browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Bertemu Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com)

Posted by on August 27, 2012

Bergambar kenangan bersama Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com)

“Bukan mudah nak jadi macam sekarang”, Ustaz Hasrizal memulakan bicara.

Pertemuan yang tidak disangka itu hadir apabila Ustaz Hasrizal dijemput oleh Imam Muda Asyraf ke Fakulti Imam Muda. Kehadiran Ustaz Hasrizal adalah untuk mengisi slot Fiqh Dakwah kepada Imam Muda Musim Ketiga.

“Saya mula menulis blog kira-kira 15 tahun yang lalu. Pada mulanya, saya guna nama Hasrizal.com”, terang Ustaz Hasrizal.

“Macam mana boleh jadi Saifulislam.Com?”, saya bertanya.

“Ramai orang tanya apa maksud Hasrizal dan mungkin susah nak mengingatnya, saya pinjam nama anak saya, Saifulislam. Pinjam-pinjam rupanya sampai sekarang guna, kesian dia”, jawab Ustaz Hasrizal berseloroh. Beliau merupakan di antara blogger yang popular dan terawal menulis di blog sebelum lahirnya blogger-blogger Islami yang sedia ada.

Artikel dalam blog beliau sering diambil sebagai bacaan pilihan pelajar-pelajar sekolah dan Universiti khususnya dalam bab perkahwinan, cinta dan remaja. Bermula dari situ Ustaz Hasrizal menempa nama dalam bidang penulisan.

SETIAP HARI KENA TULIS

“Setiap hari mesti saya menulis, selalunya sebelum tidur saya kana menulis sesuatu. Kalau tak tulis rasa lain macam dan tak boleh tidur”, Ustaz berkongsi lagi. Sungguh gigih orangnya.

“Untuk menulis dalam blog, kita perlu tulis apa sahaja yang kita fikir dan jangan lupa untuk meletakkan Tag atau Kategori untuk setiap artikel yang kita tulis. Ia bagi memudahkan kita membuat rujukan dan mungkin satu hari nanti boleh dibuat buku”, Ustaz Hasrizal memberi petua.

Buku-buku karya Ustaz Hasrizal

“Saya pun tak sangka saya akhirnya dapat menghasilkan beberapa buah buku hasil daripada artikel yang saya tulis. Pada asalnya penerbit Galeri Ilmu tidak berapa yakin untuk menerbitkan buku kerana bahan di dalam buku itu adalah daripada koleksi artikel yang terdapat dalam blog saya, tapi akhirnya buku itu laris di pasaran. Baca buku mungkin feelnya lain sebab itu orang beli juga walaupun dah ada dalam blog”, kata Ustaz lagi.

Buat masa ini, beliau sudah mempunyai 7 buah buku dan antara yang paling laris ialah Kompilasi “Aku Terima Nikahnya” (Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga & Murabbi Cinta) yang pernah saya tulis ulasannya dalam blog ini tidak lama dahulu. Karyanya yang lain seperti Rindu Bau Pohon Tin dan Secangkir Teh Pengubat Letih.

JIKA 15 TAHUN MENJADI UKURAN

Tahniah Saifulislam.Com sempena sambutan 15 tahun perjalanannya

Blog beliau sudah mencecah umur 15 tahun. Ia adalah satu jangka masa yang lama bagi jangka hayat sesebuah blog di alam maya.

15 tahun pastinya terlalu banyak onak dan duri yang dilalui. Saya pernah terbaca tentang susah payah Ustaz Hasrizal untuk menyelenggara laman webnya termasuk masalah kewangan dan karenah syarikat Hosting bagi menyelamatkan karyanya. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, pastinya kita sekarang tidak dapat membaca hasil nukilan beliau yang terdahulu.

Namun, kecekalan membuahkan hasil dan kemanisan dapat dirasai. Beliau dapat bertahan dan terus menulis dari semasa ke semasa. Saya pun kadang-kadang jarang untuk dapat menulis kerana kesibukan yang melanda dan kadang kala juga minat untuk menulis itu hilang.

JIKA 15 TAHUN MENJADI UKURAN pastinya masih jauh perjalanan blog Jamal Rafaie Dot Com (JRDC) untuk dilalui. Entah apa yang akan terjadi pada masa akan datang saya pun masih tidak tahu. Semoga Allah beri kekuatan kepada saya untuk terus menulis, mengambil semangat Saifulislam.Com!

Terima kasih Ustaz kerana sudi berkongsi tips dan ilmu.

NOTA : Insya-Allah jika saya ada anak nanti, adakah saya juga akan tukar nama blog ini ikut nama anak saya?

SAIFULISLAM.COM & JAMALRAFAIE.COM

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 27 Ogos 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Bertemu Ustaz Hasrizal (Saifulislam.Com)

  1. muhammad fakhruddin

    Beruntung sungguh akh, bukan sahaja dapat perkongsian ustaz tapi juga bersama para Imam Muda 😉
    muhammad fakhruddin´s last blog post ..Anak Apak Ke Rihlah Ilmiah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Alhamdulillah.. Moga2 selepas ini dapat berjumpa dengan orang-orang agama yang lain.. Selamat Hari Raya Fakhruddin..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);