Fenomena USTAZ DON

Kenangan bersama Ustaz Don & Pengacara ASSALAMUALAIKUM di TV Al-Hijrah

Ustaz Don ke hulu ke hilir mencari sesuatu.

“Apa yang dicari tu Ustaz?”, saya bertanya.

“Saya nak cari Quran saya. Entah mana perginya. Quran saya tu special sikit”, jawab Ustaz Don.

Ustaz Don mencari Qurannya di seluruh pejabat, maklumlah Quran itu akan digunakan untuk siaran langsung sebentar nanti. Sempoi orangnya dan mudah didekati. Itulah kali pertama saya berjumpa dengan Ustaz Don kebetulan UNIC dijemput untuk membuat persembahan dalam rancangan ASSALAMUALAIKUM di TV Al-Hijrah. Ketika itu Ustaz Don masih baru dalam dunia penerbitan dan TV Hijrah juga baru sahaja memulakan siarannya.

SUDAH MENJADI FENOMENA

Sebut sahaja Ustaz Don, ramai yang mengenalinya. Gaya penyampaian yang bersahaja dan segar membuatkan ramai yang terpikat dengan dakwahnya. Bayangkan Bapak saya yang serius itu mampu tergelak besar apabila menonton 30 Minit Bersama Ustaz Don! Bermakna cara penyampaiannya sesuai dari kecil sehingga dewasa. Tahniah Ustaz.

Gaya Ustaz Don ketika Live, nampak tak Quran ‘special’ tu?

Populariti itu juga terus meningkat apabila TV Hijrah mula bersiaran menggunakan saluran 114 Astro dan sering dijemput menghadiri ceramah dan forum.

Bazli UNIC pernah memberitahu kepada saya, Ustaz Don ketika di Mesir memang dah tunjukkan minat dalam dunia TV ini. Ustaz Don selalu rakam ucapan dan tazkirah guna kamera sendiri. Balik Malaysia pula ada rezeki dengan TV Hijrah. Ternyata usaha itu berhasil dan memberi manfaat kepada orang lain.

3000 ORANG HADIRI MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ DON

Tahniah saya ucapkan kepada Ustaz Don dan isterinya, Husna Zahry Rafie di atas perkahwinan yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

Majlis resepsi Ustaz Don Daniyal & Husna – Kredit Nadia Zahari

Tetamu yang hadir dalam majlis itu pun mencecah 3000 ribu, dah kira macam Open House raya Ustaz Don-lah tu. Semoga mahligai bahgia ini kekal dan diberkati Allah.

Bagi sesiapa yang nak tengok lagi gambar-gambar kahwin Ustaz Don, rajin-rajinlah search dekat Google ya. Saya tak upload banyak-banyak sebab bukan saya punya kamera.

Tahniah dan teruskan perjuangan kepada Ustaz Don Daniyal Bin Don Biyajid!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 29 Ogos 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Comments

  1. Pingback: Masalah Filem Islamik | Jamal Rafaie

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge