browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Monthly Archives: September 2012

REVIEW : Resident Evil (Retribution)

Saya menyaksikan filem ini secara tiba-tiba. Tiada sebarang perancangan tetapi selepas dipelawa rakan saya (Hans), saya terus setuju dengan pelawaannya. Filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi daripada permainan video popular. Menemui peminat bermula pada tahun 2002 dengan Resident Evil : Genesis dan berterusan dengan sambungannya Resident Evil : Apocalypse (2004), Resident Evil: Extinction (2007), … Continue reading »

Categories: Filem, Review | Tags: , , , , | Leave a comment

Ada Apa Dengan Bajet 2013

Syukur pada-Mu Ya Allah yang memberi nikmat kepada kami. Alhamdulillah. Bajet 2013 telah selesai dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak. Disertakan di sini ringkasan daripada Bajet yang telah dibentangkan kepada rakyat. Share

Categories: Bicara Siasah, Review | Tags: , , , , , , , , , , | Leave a comment

Review : Album Imam Muda 3 Dilancarkan!

Album yang dijanjikan Astro untuk Imam Muda Musim Ketiga sudah berada di pasaran dan juga selamat dilancarkan. Majlis Pelancaran diadakan di Grand Saloon, Le Meridien Hotel Kuala Lumpur pada 27 September 2012. Imam Muda hanya dihadiri oleh 5 orang Imam Muda sahaja iaitu IM Hafiz, IM Naufal, IM Faris, IM Nasir dan IM Omar. Mereka … Continue reading »

Categories: Aktiviti, Hiburan, Imam Muda Musim 3, Imam Muda Musim Ketiga, Nasyid, Review | Tags: , , , , , , , | 5 Comments

Masalah Filem Islamik

Saya pernah menulis di laman Twitter saya tentang masalah penerbitan filem Islamik di Malaysia. Saya mengatakan bahawa tidak ramai Ustaz-Ustaz atau golongan agama yang bergiat secara serius di dalam industri perfileman ataupun penerbitan rancangan TV. Jika ada pun golongan agama yang terlibat dalam bidang ini, kebanyakkan daripada mereka hanya menjadi TALENT di hadapan kamera dengan … Continue reading »

Categories: Dakwah, Info, Perspektif, Review | Tags: , , , , , , , , | 2 Comments

“Innoucence Of Muslim” Dan Cacian Ummat

Tidak berapa lama dahulu, seorang Ahli Parlimen Belanda bernama Greert Wilders telah menerbitkan sebuah filem menghina Islam yang berjudul FITNA. Tindakannya itu telah mendapat bantahan dan kecaman umat Islam dari seluruh dunia termasuk Malaysia. Hasilnya, umat Islam berhimpun beramai-ramai di hadapan kedutaan Belanda bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada penerbitan filem tersebut. Kedutaan diceroboh … Continue reading »

Categories: Bicara Siasah, Kisah Para Nabi, Kisah Sahabat, Perspektif, Rencah | Tags: , , , , , , | Leave a comment

Suara Hati Dr. Mahathir

Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya : perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka … Continue reading »

Categories: Bicara Siasah, Review | Tags: , , , , , , , | Leave a comment

Majlis Resepsi Perkahwinan IMAM MUDA HAFIZ

Persiapan majlis dirancang sebelum menyertai Imam Muda. Dalam Fakulti Imam Muda, setiap minggu beliau akan menghubungi keluarganya untuk bertanyakan tentang persiapan perkahwinan beliau. Keterbatasan untuk berhubung dan ketidakbolehan menguruskan persiapan perkahwinan semasa berada di dalam fakulti menyebabkan beliau selalu berasa risau. Ditambah pula dengan kursus perkahwinan yang belum dihadirinya lagi! Lagi bertambah risau. Alhamdulillah. IM … Continue reading »

Categories: Imam Muda Musim 3, Imam Muda Musim Ketiga, Memori Imam Muda 3, Review, Tinta ADMIN | Tags: , , , , , , | Leave a comment

Si “Celik” Di Teluk Cempedak

Di hujung sana kelihatan seorang lelaki sedang dipimpin sahabatnya. Berjalan di atas laluan pejalan kaki yang dibina khas menyusuri pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Lelaki itu seorang buta, harus dipimpin oleh seorang pembantu bernama Sam. Saya bersama mereka ke Teluk Cempedak Kuantan untuk menikmati keindahan alam. Kunjungan kami ke Kuantan adalah untuk menemankan Ustaz Nabil Mahathir … Continue reading »

Categories: KEMBARA, Rawatan Islam, Review | Tags: , , , , , , , , , , , , | Leave a comment