browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Iktibar Dari Monumen Nasional (MONAS)

Posted by on September 1, 2012

Kenangan bergambar di hadapan MONAS, Indonesia pada tahun 2007

“Kamu tak mahu ambil emas yang ada kat atas tu?”, tanya Bapak kepada pemandu pelancong, Pak Yono.

“Kami rakyat Indonesia ngak akan coba ambil emas itu, emas itu miliknya negara kami”, jawab Pak Yono. Orangnya bersederhana dan sangat menghiburkan. Beliau menjaga kami sekeluarga sepanjang percutian ke Jakarta dan Bandung pada tahun 2007.

Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai MONAS adalah monumen negara seperti Tugu Negara kita. Monas yang terletak di bandaraya ‘machet’ Jakarta itu dibina ketika zaman Pak Sokarno memerintah Indonesia. Apa yang menjadikan ia begitu berharga ialah obor emas seberat 50kg yang menjulang di puncak menara setinggi 132 meter itu.

Yang menariknya, apabila kita bertanya kepada rakyat Indonesia sama ada miskin atau kaya, mereka tidak mempunyai hasrat untuk mencuri emas yang berada di atas MONAS itu. Mereka tahu itu hak negara mereka dan mereka berasa bangga dengan apa yang dimiliki Indonesia.

CONTOHI SEMANGAT PATRIOTIK YANG BAIK

Orang Indonesia lain dari kita, walaupun mereka berlainan parti, berlainan agama, alim atau tidak alim, semuanya mempunyai semangat yang patriotik. Tapi bab patriotik melampau jangan pula kita contohi. Membangkitkan isu yang remeh dan menghina negara lain sangat tidak wajar kita contohi.

Adakah ini patriotik yang sebenar? Jangan contohi sifat ini

Saya pernah terdengar kumpulan Shoutul Harakah menyanyikan lagu bertemakan Indonesia walaupun mereka membawa lagu-lagu perjuangan untuk Palestin. Mereka adalah orang yang kuat berpegang pada agama, tetapi masih mampu untuk menunjukkan semangat Patriotik itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlu mencontohi budaya Patriotik yang baik ini. Usah difikirkan tentang sambutan kemerdekaan yang berunsur kepartian, tiada pemberian bendera percuma, dan sebagainya. Jika kita orang Malaysia yang bersatu hati, sila tunjukkan semangat cintakan negara kepada Malaysia tercinta ini.

Saya pernah terdengar ada orang mengatakan bahawa sayangkan negara adalah perkara yang sia-sia yang tidak menjurus kepada syurga, terlalu ‘warak’ orang itu gamaknya. Tetapi saya tidak pernah pula mendengar ada orang agama kata cintakan negara adalah haram!

Bagi saya, cintakan negara dengan erti kata menjaga keamanan sangat penting diperjuangkan kerana negara yang aman menjamin rakyatnya untuk mudah beribadat kepada Allah. Cuba kita bayangkan jika Malaysia huru-hara dan berperang, bagaimana kita mahu ke masjid dengan hati yang tenang? Mahukah kita menjadi seperti Iraq, Syria dan sebagainya?

MASIH ADA PATRIOTIK?

Walaupun bendera sudah kurang dipasang di waktu musim kemerdekaan, saya masih yakin rakyat Malaysia masih ada lagi semangat itu.

Mungkin cara penunjukkan semangat itu sahaja yang sudah berubah. Jika kita perhatikan, semangat patriotik rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang sukan memang terlalu nampak.

Sebut bab sukan, rakyat Malaysia memang semangat! Tapi bersukan malas..

Lihat sahajalah orang-orang kita mampu memberi sokongan padu terhadap Team Harimau Malaya ketika berentap dengan Indonesia dalam sukan SEA. Datuk Lee Chong Wei di perlawanan akhir Olimpik menentang Lin Dan, dan sokongan tak berbelah bagi kepada Azizulhasni Awang yang bersaing dengan pelumba basikal terbaik dunia juga di Sukan Olimpik.

Itu menunjukkan kita masih sayangkan negara kita. Usah biarkan ada anasir jahat yang cuba untuk memerangkap kita untuk menjatuhkan sendiri negara tercinta. Semoga Malaysia lebih maju dari segi insan dan teknologi di masa akan datang.

Terima kasih Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Tunku Abdul Rahman, Onn Jaafar, Dr. Burhanuddin Al-Helmi, dan lain-lain. Al-Fatihah kepada pejuang-pejuang negara yang telah pergi dan bertungkus-lumus mendaulatkan Malaysia. Semoga Allah memberi ganjaran yang baik kepada kalian.

MALAYSIA : 55 TAHUN MERDEKA

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 31 Ogos 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Iktibar Dari Monumen Nasional (MONAS)

  1. chanz

    Tapi bab bersukan tu malas…haha terkena batang hidung sendiri dan semua.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Rajin sangat main PES, padang lengang..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);