browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Kontroversi Imam Muda : Idea Asal Milik Siapa?

Posted by on September 12, 2012

Idea asal format Imam Muda milik siapa?

Imam Muda sudah lama berakhir. Tiba-tiba timbul semula tentang cerita Imam Muda dalam arus media perdana. Kali ini bukan tentang kejayaan program Imam Muda tetapi tentang kontroversi yang melanda.

Siapa sebenarnya yang mencetuskan idea program Imam Muda ini?

Saya sebagai bekas krew yang terlibat secara langsung dalam penerbitan Imam Muda pasti terasa apabila isu ini diperkatakan oleh media. Jika halnya elok tidak apa juga, tetapi hal yang tidak sedap didengar menyebabkan panas telinga mendengarnya.

Ianya bermula apabila Harian Metro menyiarkan artikel tentang katanya seorang penggiat produksi mendakwa Imam Muda adalah idea beliau tetapi disanggah oleh seorang individu lain dalam JAWI yang turut mengatakan idea Imam Muda sebenarnya ideanya bersama JAWI.

Artikel Harian Metro

Jadi Imam Muda ini siapa punya? Pihak Astro Oasis sudah mempatenkan jenama Imam Muda dan ianya adalah hak eksklusif Astro. Manakala Tuan Asmawi Tuan Umar (PRO Jawi) pula mengatakan idea program Imam Muda adalah daripada kertas kerja JAWI dan bagi merealisasikan program ini mereka bekerjasama dengan Astro Oasis bagi menerbitkan program ini.

Kita baca keratan akhbar ini pula..

Keratan Akhbar Harian Metro yang diterbitkan pada 8 September 2012 (KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH BESAR)

Memang sejak awal penglibatan saya dalam krew Imam Muda saya terfikir ke manakah perginya JAWI yang menjadi penyokong kuat Imam Muda dalam musim ketiga ini? Orang yang lama terlibat dalam Imam Muda lebih mengetahui.

Saya sering mendengar ucapan daripada Pengurus Saluran Astro Oasis, Encik Izelan Basar mengatakan bahawa Imam Muda adalah program yang diwujudkan daripada ideanya.

IDEA ASAL MILIK SIAPA?

Dunia ini serba tidak adil. Siapa punya idea pada peringkat asalnya kita pun tidak tahu. Isu ini menunjukkan Hakcipta dan Idea Intelek sangat sensitif kepada kita. Lebih-lebih lagi kalau ada orang yang menggunakan idea orang lain untuk mengangkat diri sendiri. Ini namanya, ‘MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI’.

Dalam hal Imam Muda ini, saya secara peribadi mahu perkara ini diselesaikan dengan secepat mungkin. Mungkin pihak Astro Oasis perlu meletakkan kredit JAWI ke dalam End-Credit mereka atau membuat sidang akhbar bagi menghargai peranan JAWI dalam Imam Muda. Ianya untuk memberi keadilan kepada orang lain yang turut memberi idea dan sumbangan dalam program ini. Elakkan menggunakan nama perseorangan dalam memberi kredit, cukuplah dengan mengatakan IDEA ASAL : ASTRO OASIS & JAWI.

Soal siapa yang ikhlas untuk berdakwah, biar Allah yang menentukan.

Walau bagaimanapun, program Imam Muda sudah melahirkan pendakwah muda yang serba boleh. Ianya sudah mempunyai peminatnya yang tersendiri dan memberi impak yang baik kepada masyarakat.

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah yang telah memberi ilham kepada Hj. Izelan Basar (Astro Oasis) dan Tuan Asmawi (JAWI) untuk melaksanakan program Islamik ini. Terima kasih kepada mereka.

Nampak gayanya Astro Oasis perlu libatkan semula JAWI dalam program ini untuk musim akan datang. Adakah hubungan JAWI & ASTRO OASIS akan pulih? Atau sudah tidak ada lagi program Imam Muda ini dalam masa akan datang?

Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik.

Walallaua’lam.

UPDATED : Keterangan daripada Tuan Asmawi tentang isu ini. [KLIK SINI]

IMAM MUDA : TERUS MEMECAH TRADISI

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 11 September 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);