browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Majlis Resepsi Perkahwinan IMAM MUDA HAFIZ

Posted by on September 17, 2012

Imam Muda Hafiz & Syarifah Aisyah

Persiapan majlis dirancang sebelum menyertai Imam Muda. Dalam Fakulti Imam Muda, setiap minggu beliau akan menghubungi keluarganya untuk bertanyakan tentang persiapan perkahwinan beliau.

Keterbatasan untuk berhubung dan ketidakbolehan menguruskan persiapan perkahwinan semasa berada di dalam fakulti menyebabkan beliau selalu berasa risau. Ditambah pula dengan kursus perkahwinan yang belum dihadirinya lagi! Lagi bertambah risau.

Alhamdulillah. IM Hafiz telah mendapat tempat kedua dalam Program Imam Muda Musim Ketiga di belakang IM Jabar dan memori itu telah tersemat dalam perjalanan kehidupannya. Kini, tiba masanya satu lagi memori terpahat dalam sanubarinya, Imam Muda Hafiz menamatkan zaman bujangnya!

MAJLIS RESEPSI PERKAHWINAN IMAM MUDA HAFIZ & SYARIFAH AISYAH

Pada 16 September 2012 di Pusat Komuniti Bukit Damansara telah berlangsung majlis perkahwinan kedua mempelai, Imam Muda Hafiz dan isterinya Syarifah Aisyah. Difahamkan majlis perkahwinan di sebelah isteri telah berlangsung sehari sebelumnya dan majlis akad nikah pula diadakan selepas solat Jumaat 14 September 2012.

Pengantin disambut meriah oleh tetamu dan ahli keluarga

Turut meraikan ialah krew Astro dan Imam-Imam Muda yang lain. Turut hadir ialah Mudir Imam Muda, Dato’ Hassan Mahmud dan Pengurus Saluran Astro Oasis, Haji Izelan Basar.

Majlis Makan Beradap bersama keluarga kedua-dua mempelai

Pengantin memberi ucapan terima kasih dan memohon doa daripada tetamu

Tetamu yang hadir menikmati hidangan yang disediakan. Mantop!!

Teman-teman Imam Muda sempat juga membuat persembahan. IM Hafiz pun turut serta!

Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Saya secara peribadi mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada Imam Muda Hafiz dan isteri, semoga Allah memberkati kehidupan kalian berdua di dalam perjalanan sebagai sepasang suami isteri.

IMAM MUDA HAFIZ DAN SELESAI, YANG LAIN BILA LAGI?

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 17 September 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);