• Imam Muda Musim 3,  Imam Muda Musim Ketiga,  Memori Imam Muda 3

    Kontroversi Imam Muda : Idea Asal Milik Siapa?

    Imam Muda sudah lama berakhir. Tiba-tiba timbul semula tentang cerita Imam Muda dalam arus media perdana. Kali ini bukan tentang kejayaan program Imam Muda tetapi tentang kontroversi yang melanda. Siapa sebenarnya yang mencetuskan idea program Imam Muda ini? Saya sebagai bekas krew yang terlibat secara langsung dalam penerbitan Imam Muda pasti terasa apabila isu ini diperkatakan oleh media. Jika halnya elok tidak apa juga, tetapi hal yang tidak sedap didengar menyebabkan panas telinga mendengarnya. Ianya bermula apabila Harian Metro menyiarkan artikel tentang katanya seorang penggiat produksi mendakwa Imam Muda adalah idea beliau tetapi disanggah oleh seorang individu lain dalam JAWI yang turut mengatakan idea Imam Muda sebenarnya ideanya bersama JAWI.…

  • Hiburan,  Review

    REVIEW : 29 FEBRUARI

    Saya ke pawagam untuk menyaksikan filem 29 FEBRUARI. Tapi hampa, tayangan dibatalkan kerana tidak banyak penonton. Bukan sekali, tetapi dua kali saya ke pawagam, kedua-duanya dibatalkan kerana kurang penonton. Akhirnya saya berpeluang juga untuk menyaksikannya gara-gara penangan ulasan sahabat saya Hans, yang mengatakan cerita ini sangat bagus! ianya menarik minat saya walaupun saya dan rakan saya sahaja berada di dalam panggung kerana tiada orang lain yang menontonnya! Hanya kami berdua! Share

  • Tinta ADMIN

    Jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri 1433H

    Dengan segala hormatnya, ayahanda saya, Jakiran Bin Jacomah menjemput saudara dan saudari sekeluarga ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri beliau, pada 8 September 2012, bertempat di Perkarangan Tabika KEMAS, Kg. Pasir Tuntong Kuala Selangor, bermula jam 2 petang sehingga pukul 6 petang. Eratkan jalinan sesama Islam, semoga Allah memberkati kita semua tidak kira di dunia mahupun di akhirat, Insya-Allah. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin. Boleh menghubungi saya untuk keterangan lanjut. Terima Kasih. Share

  • KEMBARA,  Perspektif,  Rencah

    Iktibar Dari Monumen Nasional (MONAS)

    “Kamu tak mahu ambil emas yang ada kat atas tu?”, tanya Bapak kepada pemandu pelancong, Pak Yono. “Kami rakyat Indonesia ngak akan coba ambil emas itu, emas itu miliknya negara kami”, jawab Pak Yono. Orangnya bersederhana dan sangat menghiburkan. Beliau menjaga kami sekeluarga sepanjang percutian ke Jakarta dan Bandung pada tahun 2007. Monumen Nasional atau lebih dikenali sebagai MONAS adalah monumen negara seperti Tugu Negara kita. Monas yang terletak di bandaraya ‘machet’ Jakarta itu dibina ketika zaman Pak Sokarno memerintah Indonesia. Apa yang menjadikan ia begitu berharga ialah obor emas seberat 50kg yang menjulang di puncak menara setinggi 132 meter itu. Share