browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

REVIEW : 29 FEBRUARI

Posted by on September 4, 2012

Saya ke pawagam untuk menyaksikan filem 29 FEBRUARI. Tapi hampa, tayangan dibatalkan kerana tidak banyak penonton. Bukan sekali, tetapi dua kali saya ke pawagam, kedua-duanya dibatalkan kerana kurang penonton.

Akhirnya saya berpeluang juga untuk menyaksikannya gara-gara penangan ulasan sahabat saya Hans, yang mengatakan cerita ini sangat bagus! ianya menarik minat saya walaupun saya dan rakan saya sahaja berada di dalam panggung kerana tiada orang lain yang menontonnya! Hanya kami berdua!

SINOPSIS 29 FEBRUARI

Mengisahkan kehidupan Budi yang dilahirkan pada 29 Februari 1896 dan hanya dimakan usia 4 tahun sekali. Keadaan fizikalnya yang kelihatan terbantut menyebabkan masyarakat menganggap ‘kecacatan’ itu sebagai suatu sumpahan, sedangkan ianya suatu anugerah bagi Budi untuk melalui era transformasi Tanah Melayu, Malaya dan akihirnya Malaysia yang bebas merdeka. dia diuji sekali lagi apabila dipisahkan dari ibu dan bapanya ketika peperangan zaman Jepun.

Masa seolah tidak berganjak buat Budi, dan akibatnya sentiasa menyaksikan kehilangan orang tersayang.. Beliau diasuh di sebuah rumah bakti bersama sahabat baiknya Razak, yang cacat penglihatan Budi melalui perjalanan hidup berlatarbelakangkan detik-detik bersejarah Negara dan mula mengenali erti kebahagiaan apabila berkenalan dengan Lily.

Walaubagaimanapun, kisah percintaan Budi dan Lily melalui pelbagai cabaran dan dilarang oleh keluarga Lily. Apakah satu-satunya cinta Budi akan kekal abadi, seiring dengan hayatnya yang seolah tidak berpenghujung?

KOMEN SAYA TENTANG FILEM 29 FEBRUARI

Saya bukannya seorang pengulas filem yang tegar. Tetapi saya terpanggil untuk mengulas tentang filem ini kerana teknologi 3D dan tertarik dengan kisah budak tahun lompat yang tidak tua.

Pertama sekali, tahniah kepada KRU STUDIOS kerana berjaya menerbitkan filem 3D pertama di Malaysia. Apa yang saya banggakan dengan KRU STUDIOS ini ialah mereka berani untuk mencuba sesuatu yang baru yang belum pernah dibuat oleh mana-mana penerbit filem di Malaysia. Filem terbitan mereka tidak nampak klise dan keberanian penggunaan teknologi yang lebih maju membuatkan mereka lebih kehadapan. Tahniah diucapkan.

1) PERMULAAN KISAH ZAMAN SEBELUM MERDEKA
Pada permulaan filem ini. Edry membawa penonton ke zaman sebelum merdeka yang dilakonkan dengan begitu baik. Saya dapat merasai saya juga berada dalam zaman itu. Props juga nampak rajin dengan visual yang ala-ala 50-an zaman P.Ramlee.

Antara babak yang mencemaskan dalam 29 Februari

Jalan cerita dalam tempoh ini sangat menarik dan tidak bosan untuk ditonton. Babak ayah Budi yang dipancung tentera Jepun pun sangat mendebarkan. Namun, babak sambutan Merdeka di Stadium Merdeka (diwarnakan semula dari footage asal) nampak kurang kemas dan lebih-lebih lagi apabila anda menonton dengan 3D, paparannya nampak seperti gambar-gambar yang ditampal. Tetapi bagi saya perkara ini terjadi kerana memang kondisi footage asal sudah nampak pudar dan sukar untuk dibaiki semula. Tidak mengapa.

2) KISAH PERCINTAAN MELAYU-CINA
Kisah percintaan dalam filem ini tidak nampak sama dengan kisah-kisah cinta dalam filem lain. Pemilihan kisah percintaan di antara berlainan kaum menampakkan satu idea yang baru. Kisah cinta berlainan bangsa dan agama memberi lebih cabaran.

Budi beragama Islam dan Melayu, tinggal di rumah anak yatim dan miskin. Bagaimana mahu mengahwini seorang perempuan Cina yang berlainan agama dan mempunyai ayah yang sangat kuat dengan perjuangan bangsanya? Budi memainkan peranan yang baik dengan pergi menggadai rantai arwah emaknya dan pergi meminang Lily! Satu yang sangat sukar untuk dilakukan! Cinta punya pasal semua boleh dibuat, namun pinangannya ditolak.

Percintaan Lily dan Budi yang ditentang keluarga Lily

Apa yang mengecewakan saya adalah kehilangan Lily yang pelik. Lily hilang membawa diri ke Penang tanpa khabar berita dan tidak memberitahu kepada Budi sekalipun. Yang pelik juga, Budi merantau ke Penang untuk mencari Lily dan bertahun-tahun tidak berhasil mencari Lily. Edry juga tidak menggambarkan apa yang berlaku kepada Lily di Penang, apa pekerjaannya? Sudah berkahwinkah? Apa tujuannya ke Penang dan adakah semata-mata kerana kecewa?

Saya tertanya-tanya tentang kisah ini. Tiba-tiba watak Lily muncul kepada sebagai orang tua pada 2012 yang terbaring di atas katil Hospital kerana kanser. Plot cerita ketika ini agak cepat dan mungkin perlu diterangkan lagi kepada penonton.

3) BUDI HIDUP LAMA
Hal inilah yang menariknya dalam filem ini. Idea umur yang bertambah setiap 4 tahun sekali memberi kelainan. Budi dapat melalui kehidupan abad ke-19 dan 21.

Tetapi apa yang peliknya, adakah Budi tidak perasan bahawa beliau telah hidup lama dan tidak tua? Beliau hanya perasan tua apabila melihat Lily yang sudah dimamah usia. Tidakkah dia berasa hidupnya sudah lama dan insan-insan di sekelilingnya pergi meninggalkannya?

Babak yang berlalu dengan cepat, tiba-tiba 2012

Pertukaran zaman juga berlalu begitu cepat, lebih-lebih lagi selepas Budi berhijrah ke Penang. Waktu itu dipertontonkan begitu sahaja dan tiba-tiba dah tahun 2012!

Pengarah dan kumpulan penulis perlu menghuraikan lagi cerita ini untuk lebih menarik bagi menceritakan tentang misteri umurnya yang tidak tua. Jika Budi tidak mati dilanggar kereta, bilakah beliau akan mati?

Saya rasa idea umur 4 tahun sekali ini lebih sesuai untuk filem kongsi gelap yang silih berganti pengikutnya kerana mati tua tetapi bosnya tidak tua-tua!

4) FILEM MUZIKAL
Filem ini adalah filem Muzikal. Lagu-lagu dalam filem ini juga sangat sedap didengar khususnya lagu Kelip-Kelip nyanyian Remy Ishak.

Tetapi babak Budi menyanyi di katil sebelum pergi ke Hospital sangat melucukan! Mana mungkin orang yang kalut dengan kecemasan di Hospital sempat lagi untuk menyanyi dan meluahkan perasaan? Tidak sesuai pulak dimasukkan lagu dalam babak itu.

KESIMPULAN

Jika anda ingin menonton filem ini, saya akan katakan filem ini lain dari yang lain dan tidak jemu untuk ditonton. Saya memberikan 7/10 kepada filem ini.

Selamat menonton.

NOTA : Kita masih kurang penulis dan pengarah yang kreatif.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53100 Setapak, 4 September 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to REVIEW : 29 FEBRUARI

  1. Suzlin

    Baru nak tengok cerita ni (*____*) baca spoiler ni terus xjadi. Huhuhu.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Eh! Tengok je lah.. ^_^

    Thanks..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);