browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Review : Album Imam Muda 3 Dilancarkan!

Posted by on September 28, 2012

Album Imam Muda 3 : “Ada Imam Di Kalangan Kita”

Album yang dijanjikan Astro untuk Imam Muda Musim Ketiga sudah berada di pasaran dan juga selamat dilancarkan. Majlis Pelancaran diadakan di Grand Saloon, Le Meridien Hotel Kuala Lumpur pada 27 September 2012.

Imam Muda hanya dihadiri oleh 5 orang Imam Muda sahaja iaitu IM Hafiz, IM Naufal, IM Faris, IM Nasir dan IM Omar. Mereka juga menyampaikan sebuah lagu yang berjudul SATU ciptaan AG Coco yang turut dimuatkan dalam album tersebut.

TENTANG ALBUM INI : ADA IMAM DI KALANGAN KITA

Review : Album “Ada Imam Di Kalangan Kita”

Album ini memuatkan 5 buah lagu iaitu :

1. Satu
2. Hasbi Rabbi
3. Subhanallah
4. Astaghfirullah
5. Taqwa Iman 2012

Keseluruhan lagu dan muzik di dalam album ini dikompos oleh Komposer Faris Awanband dan AG Coco (Gitaris Kumpulan Hujan) kecuali lagu Taqwa Iman.

Subhanallah (IM Adan & IM Hafiz), Astaghfirullah (IM Jabar & IM Megat), Hasbi Rabbi (IM Nasir & IM Faris) adalah trek zikir yang diadaptasi daripada zikir-zikir yang sedia ada tetapi diberi kelainan dari segi susunan muzik.

Lagu SATU adalah satu-satunya single ciptaan penuh AG Coco dan Faris Awanband yang melibatkan semua Imam Muda.

Satu lagi kelainan dalam album ini kita dapat mendengar para Imam Muda kita seolah-olah seperti berkaraoke di dalam majlis perkahwinan! Mereka menyanyikan lagu Taqwa Iman yang pernah dipopularkan oleh Arwah Ahmad Jais.

Seluruh rakaman vokal untuk album ini disiapkan hanya dalam satu hari sahaja sewaktu bulan Ramadhan. Dari pagi sehingga sahur keesokkan harinya.

Keistimewaan lagu di dalam album ini adalah melalui muziknya. Al-maklum muzik yang dibuat oleh AG Coco memang mantap dan tak perlu dipertikai lagi. Muziknya nampak segar dan sekali dengar memang setaraf dengan lagu-lagu Hujan dan Band-Band arus perdana.

Cuma melodinya sahaja yang nampak klise dan lebih kurang rentak Sami Yusuf atau zikir-zikir tradisional selepas solat. Tetapi memang pada asalnya Faris dan AG Coco mengambil aspirasi daripada lagu-lagu Sami Yusuf mengikut kata mereka ketika saya menemuramah mereka tidak lama dahulu. Walau bagaimanapun, saya sebagai pendengar masih boleh lagi mengenali ‘identiti’ lagu-lagu ini, tidaklah kata sama dengan lagu-lagu lain.

Tahniah AG Coco di atas karyanya ini. Tahniah juga kepada Imam Muda yang berjaya mempunyai album sendiri. Ada Imam Muda yang tak sangka ada bakat terpendam katanya!

SEKITAR MAJLIS PELANCARAN

Imam Muda berlatih sebelum mengadakan persembahan

Barisan Imam Muda, AG Coco, Hj. Izelan Basar dan orang kuat ASTRO bergambar kenangan

Album ini dijual dengan harga RM19.90 terbitan MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD dan diedarkan oleh Warner Music. Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada Imam Muda 3, AG Coco, Faris Awanband dan semua yang terlibat dalam pembikinan album ini.

Tahniah juga kepada saya yang menemankan Imam Muda sewaktu merakamkan album ini, sampai tertidur-tidur kami dalam studio Morning Rocket!

SIAPA NAK DENGAR IMAM MENYANYI BOLEHLAH DAPATKAN ALBUM INI YA!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53100 Setapak, 28 September 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

5 Responses to Review : Album Imam Muda 3 Dilancarkan!

  1. stonez145

    assalamualaikum.

    rasanya blog ini yang banyak melaporkan mengenai imam muda.
    mohon jasa baik tuan mencadangkan pada setiap imam muda untuk memaklumkan mengenai senarai aktiviti masing2 setiap bulan di laman facebook. seeloknya dalam bentuk poster seperti yang sering dilakukan oleh syeikh nuruddin, habib ali zaenal abidin al-hamid, dan ustaz azhar idrus sendiri.
    poster begitu lebih mudah untuk disemak.
    terima kasih tuan 🙂

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalamualaikum.. Saya terlibat secara langsung dalam produksi Imam Muda, alhamdulillah bolehlah berkongsi tentang Imam Muda.

    Berkenaan tentang program mereka, pihak ASTRO telah menyediakan akaun Facebook untuk setiap Imam Muda, selepas program mereka harus bergerak sendiri mengikut pengurusan mereka masing-masing.

    Saya sudah memberi cadangan untuk bagaimana merapatkan diri mereka kepada masyarakat, dan kini terpulang kepada mereka untuk melaksanakannya.

    Ada yang aktif, ada yang menghilang diri. Ada yang benar-benar mahu jadi Imam Muda dan ada yang sebaliknya. Sekarang, mereka adalah mereka.

    Terima kasih kerana melawati blog saya, cadangan itu sangat baik untuk mengekalkan survival mereka dalam industri ini.

    Wallahualam.

    [Reply]

  2. nora

    salam. sedap lagu2 dalam album ni especially hasbi rabbi. dengar dekat astro mustika semalam. baru je beli dekat itunes. thanks sbb post kat sini.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Tengok kat Astro Mustika tu Video Klip ke?

    [Reply]

  3. Fadzli

    Salam,

    I heard the song Hasbi Rabbi on the telly yesterday before iftar. It was such a pleasant song. However I couldn’t find the song anywhere on YouTube. Could you please upload it?

    Thank you

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);