browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

REVIEW : Resident Evil (Retribution)

Posted by on September 30, 2012

Resident Evil Retribution ibarat bermain video game!

Saya menyaksikan filem ini secara tiba-tiba. Tiada sebarang perancangan tetapi selepas dipelawa rakan saya (Hans), saya terus setuju dengan pelawaannya.

Filem ini adalah sebuah filem yang diadaptasi daripada permainan video popular. Menemui peminat bermula pada tahun 2002 dengan Resident Evil : Genesis dan berterusan dengan sambungannya Resident Evil : Apocalypse (2004), Resident Evil: Extinction (2007), Resident Evil: Afterlife (2010) dan yang terbaru, Resident Evil: Retribution (2012). 10 tahun filem ini mengekalkan heroinnya, Milla Jovovich yang memegang watak Alice.

Filem ini berkisar tentang sebuah syarikat yang bernama Umbrella Corporation yang bertanggungjawab mengubah dunia dengan penyebaran Virus-T selepas kemusnahan Raccoon City. Semua manusia yang terkena virus ini bertukar menjadi zombie. Di situlah wujudnya watak Alice yang dicipta Umbrella sebagai kunci kepada penyelesaian kepada masalah Virus-T.

SINOPSIS RESIDENT EVIL : RETRIBUTION

Filem Resident Evil kini kembali lagi dengan aksi yang lebih mendebarkan dan menyeramkan. Kali ini ia megisahkan tentang sebuah syarikat yang dikenali sebagai Umbrella Corporation telah menghasilkan sebuah T-Virus yang mampu memusnahkan kesemua penduduk bumi dan mengubah dunia kearah yang lebih teruk.

Pada ketika itu, manusia hanya mengharapkan pertolongan dan bergantung sepenuhnya kepada Alice, watak yang dilakonkan oleh Milla Jovovich.

Alice merupakan salah seorang yang mengetahu rahsia Umbrella Corporation dan cuba untuk membongkarkan rahsia tersebut. Pada masa yang sama, Alice turut memburu mereka yang bertanggungjawab menyebarkan wabak virus yang melanda penduduk bumi.

Operasi memburu Alice telah membawa dirinya menejelajah ke seluruh dunia yang bermula dari Tokyo ke New York, Washington, D.C dan Moscow. Alice tidak memburu secara berseorang, misinya telah dibantu oleh seorang kawan yang baru ditemuinya. Dalam misi tersebut, Alice mesti bertahan lama untuk melepaskan diri daripada dunia yang hampir musnah. Adakah Alice berjaya?

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: KLIK SINI

ULASAN TENTANG FILEM INI

Menyaksikan filem ini ibarat kita bermain dalam sebuah Video Game. Dari awal sehingga akhir kita dapat menyaksikan adegan-adegan yang mendebarkan dan penuh dengan aksi.

Alice dikurung di dalam bilik tahanan Umbrella Corporation, tiba-tiba Ada Wong dan Albert Wesker menggodam sistem keselamatan dan melepaskan Alice daripada kurungan.

Li Bingbing (Ada Wong) dan Milla Jovovich (Alice) bergandingan dalam filem ini

Umbrella Corporation membina sebuah markas di bawah ketukan ais di benua Artik yang terdiri daripada klon bandaraya dunia seperi Tokyo, Moscow dan New York yang menjadi tempat ujian senjata biologinya. Apa yang perlu Alice tempuhi ialah beliau perlu melalui dan mendepani semua zombi-zombi yang terdapat di setiap bandaraya klon untuk keluar daripada markas itu.

Manakala sekumpulan tentera ditugaskan oleh Albert Wesker untuk membawa keluar Alice daripada Umbrella Corporation yang kini telah dikuasai oleh Red Queen (sebuah perisian yang direka untuk menguruskan Umbrella Corporation).

Alice perlu melepasi zombi-zombi yang semakin laju dan aktif!!

Plot cerita dalam siri ini hanya sekitar misi untuk Alice keluar daripada Umbrella Corporation sahaja. Adegan berlawan dengan zombie di setiap check point (negara) menyerikan filem ini.

Antara nilai baik yang terdapat dalam filem ini adalah Alice ingin menyelamatkan anak klonnya sendiri walaupun beliau tahu bahawa terdapat banyak klon seperti budak itu di dalam kilang Umbrella.

Tidak seperti siri yang sebelumnya (saya hanya menonton satu siri sahaja sebelum ini, tak ingat siri yang mana satu) lebih ramai watak yang diketengahkan dan latar belakang

Bagi saya filem ini hanyalah satu ‘sedutan’ bagi menghubungkan kisah sebelumnya dengan siri yang akan diterbitkan akan datang. Saya bagi 7/10 daripada markah yang ada.

Selamat menonton.

RESIDENT EVIL : WANITA MENJADI HERO, LELAKI MENJADI HEROIN?

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 30 September 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);