browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Bajet 2013 : Antara Candu & Subsidi

Posted by on October 8, 2012

Bagaimana agaknya hidup kita tanpa Subsidi? – Gambar Hiasan

Memberi subsidi ibarat memberi candu kepada rakyat.

Candu boleh dikategorikan sebagai bahan yang boleh membuatkan orang ketagih dan gian untuk mendapatkannya. Akhirnya, rakyat kalau tak dapat ‘candu’ itu boleh menyebabkan runtuhnya sesebuah kerajaan dengan pemberontakkan.

Persoalannya, adakah kita mampu hidup tanpa subsidi?

AMBIL NIKMAT SAMBIL MULUT BERCAKAP

“Bajet untuk tahun ini tidak membawa rakyat kepada Taqwa”, ulas seorang ahli politik tentang Bajet 2013. Saya terfikir, adakah apa yang mereka bawa menjurus kepada Taqwa? Harga kereta mewah murah menjurus kepada Taqwa?

“Bajet kali ini menggula-gulakan rakyat. Bajet Pilihan Raya”, ulas seorang lagi ahli politik. Saya juga pelik, adakah bajet bayangan yang mereka bentangkan itu tidak menggula-gulakan rakyat juga? Dan adakah bajet bayangan mereka begitu IKHLAS untuk rakyat dan bukan untuk Pilihan Raya?

Saya masih ingat orang pertama yang mengambil borang BR1M di kampung saya adalah orang kuat pembangkang! Mulut bercakap buruk sambil tangan mengambil nikmat. Syukur Alhamdulillah.

Subsidi pada asalnya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai kemampuan kewangan dalam kehidupan seperti subdisi pesawah, nelayan, dan sebagainya. Selepas itu, subsidi diberikan kepada minyak petrol, barangan runcit dan macam-macam lagi kemudahan.

HARGA NAIK TAPI ORANG TAK SEDAR

Dahulu semasa mak ayah kita bersekolah, 10 sen pun cukup untuk makan di kantin. Zaman saya pula dalam RM1.20 sudah cukup buat belanja sekolah. Sekarang?

Seperti kita juga, setiap tahun kita mahu gaji kita dinaikkan. Begitu juga dengan harga barangan, pasti akan naik dari setahun ke setahun.

Oleh kerana harga barangan naik, subsidi berperanan untuk mengawal harga barangan dengan menampung sedikit nilai barangan daripada peniaga. Contoh harga sebenar minyak RON 95 berharga RM 3.53, bagi mendapatkan harga jualan sekarang yang berharga RM 1.90, kerajaan perlu menanggung subsidi RM 1.63 seliter untuk kegunaan rakyat.

Dari Anas r.a, ia berkata : Pada masa Rasulullah saw, harga bahan-bahan pokok naik, maka para sahabat berkata kepada Rasulullah saw, ‘Wahai Rasulullah, tetapkanlah harga barang untuk kami.’

Rasulullah saw menjawab, “Sesungguhnya hanya Allah yang berhak menetapkan harga, Maha Menyempitkan, Maha Melapangkan dan Maha Pemberi Rezeki, dan aku berharap, ketika aku berjumpa dengan Tuhan ku, tidak ada seseorang pun dari kalian yang menuntut (kepada) ku kerana sesuatu tindakan zalim baik yang menyangkut darah mahupun harta.” (Hasan Sahih) [1314]

Subsidi bukanlah pemberian hakiki, perkara ini boleh bertukar-tukar mengikut dasar semasa kerajaan.

Apabila subsidi ditarik balik, ianya akan memberi kesan kepada harga barangan sedia ada. Ramai orang faham apabila kerajaan mengurangkan subsidi bermakna kerajaan menaikkan harga barangan.

Sebenarnya tidak, harga sepatutnya memang sudah mahal, jika tiada subsidi kita sebenarnya perlu membayar lebih daripada aoa yang kita patut bayar sekarang.

ORANG LUAR RASA SUBSIDI YANG SAMA

Sekarang ramai orang menuntut agar cukai dimansuhkan, subsidi dinaikkan, dan semuanya diberi percuma ibarat duduk di dalam syurga sebelum syurga. Katanya kerajaan kaya tak perlu nak kutip cukai!

Saya tergelak kecil dengan perangai orang seperti ini, orang kaya-raya sekalipun pasti akan terus bekerja untuk mendapatkan wang. Bukan untuk kegunaan bulan ini, tetapi bekerja untuk kegunaan bulan depan. Bagaimana tidak mengutip cukai boleh mendapat dana yang banyak untuk menampung rakyat? Ingat duit boleh main cop-cop saja ke?

Kita mungkin tidak perasan orang-orang Singapura pergi ke Johor hanya kerana mahu mengisi minyak dengan alasan berlibur dan bersantai-santai? Sedangkan kebanyakkan mereka sudah kaya-raya di negara mereka, masih lagi mahu isi minyak di negara orang?

Kita juga tidak perasan orang Thailand masuk ke Malaysia hanya kerana mahu membeli gula dan barang runcit yang jauh lebih murah daripada negara mereka?

Kita juga tidak perasan rakyat asing yang tinggal di negara kita menikmati subsidi kita sesuka hati. Lihatlah Mat Bangla pikul beras berguni-guni untuk mereka?

Kita mungkin tidak perasan perkara ini kerana kita tidak berkelana ke negara orang. Kita tidak perasan Malaysia adalah lubuk emas dan tempat mudah mencari rezeki berbanding dengan negara lain yang begitu susah.

Jika rajin berkelana pun, mungkin hati tidak melihat betapa banyaknya nikmat Allah diberi kepada kita. Mungkin juga hati sudah penuh dengan kebencian kepada pemerintah, sehingga ‘lupa’ untuk bersyukur. Kalau tidak mahu berterima kasih pun, cukuplah bersyukur kepada Allah. Mungkinkah begitu?

BAJET 2013

Bajet 2013 menyediakan peruntukan yang besar kepada rakyat. Kebanyakkannya adalah pemberian One-Off kepada golongan sederhana dan miskin.

Tidak kiralah apa orang nak kata kerana orang yang berkata itu adalah orang yang pertama meminta-minta, ianya perlu memberi kelebihan dan memberi manfaat kepada rakyat.

Subsidi tetap diteruskan oleh kerajaan. Pembangkang juga menawarkan pemberian produk-produk percuma mereka, tetap menyambung subsidi kepada rakyat.

Subsidi adalah hal yang sensitif, saya tidak melihat akan pemberhentian subsidi kerana ianya akan menjadi satu bom kepada mana-mana parti politik.

Rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan ‘candu’ yang diberikan, oleh kerana itu untuk memenangi hati rakyat ‘candu’ harus tetap diberikan tidak kira BN atau PR. BN dengan bajet 2013. PR pula dengan penurunan harga kereta mewah, pelajaran percuma, air percuma dan sebagainya.

Masing-masing berlumba memberi yang terbaik kepada rakyat. Nampak gayanya medium SUBSIDI masih kuat untuk digunakan kepada rakyat Malaysia. Walau sejauh mana ghairah pemerintah memberi subsidi, orang bijak pandai dalam kerajaan perlu mengira dengan sebaiknya tanpa menyebabkan ekonomi negara menjadi pertaruhan.

Apa yang akan berlaku jika SUBSIDI sudah tidak ada? Adakah Si Penggian Candu itu akan merobek tuannya?

ANTARA CANDU DAN SUBSIDI : PERLU TAPI?

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53100 Setapak, 8 Oktober 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Bajet 2013 : Antara Candu & Subsidi

  1. Bulan..Bintang...Langit....

    Contoh harga sebenar minyak RON 95 berharga RM 3.53, bagi mendapatkan harga jualan sekarang yang berharga RM 1.90, kerajaan perlu menanggung subsidi RM 1.63 seliter untuk kegunaan rakyat.

    1. Anda pasti harga RON95 berharga RM3.53 sedangkan RON 97 yang tidak bersubsidi dijual dengan harga RM3.00? Kalau tanpa subsidi tentunya RON 95 lebih rendah dari RM3.00 dan untuk dijual dengan harga RM1.90 tentunya subsidinya tak sampai RM1.63 seliter. Tolong congak semula harganya.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Saya hanya menulis CONTOH untuk menggambarkan bagaimana subsidi diberikan.. Saya juga boleh menulis CONTOH Harga sebenar RON 95 RM 50 seliter dan sebagainya..

    Bagaimana mahu mencongaknya?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);