browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Imam Muda Jadi Imam Gila

Posted by on October 23, 2012

Seorang Imam pun boleh jadi orang gila. Apa cerita?

Ops!! Kisah ini bukan tentang Imam-Imam dalam program realiti Imam Muda Astro Oasis! Tetapi kisah ini berkenaan orang agama yang sudah menjadi Imam yang gila!

Pertama, berita tentang seorang Ustaz yang menipu dengan mengahwini 11 orang wanita, mengambil wang dan meninggalkan isteri-isterinya. Tidak cukup dengan itu, Ustaz ini juga telah memalsukan dokumen yang mengatakan bahawa beliau masih bujang kepada Jabatan Agama sewaktu bernikah dengan isteri-isterinya.

Bagaimana Jabatan Agama boleh tertipu? Adakah kerana Jabatan Agama tidak mempunyai Database pendaftaran perkahwinan? Bagaimana pula beliau dapat menipu ‘isteri-isteri’ yang kebanyakkan terdiri daripada Muslimah yang berniqab dan baik akhlaknya?

Oh! Wanita pasti akan cair dengan Ustaz yang berbicara dengan lembut dan berimej agama, ditambah pula Ustaz itu tidak mahu couple-couple dan mahu terus dijadikan isteri lebih memberi ‘kecairan’ kepada wanita itu. Mereka mengimpikan seorang lelaki soleh yang akan membawa mereka ke syurga.

Malangnya, mereka ditipu. Wang habis dikebas, badan sudah ‘terjual’, perkahwinan pula silap-silap tidak sah sebab ada isteri lebih dari 4 dalam satu-satu masa!

Ini adalah kisah benar, semua orang harus berwaspada dengan orang yang Musang Berbulu Ayam macam Ustaz ini.

Cerita kedua yang saya nak kongsikan ialah tentang kisah seorang Imam Masjid pada awalnya dan akhirnya menjadi gila.

IMAM MASJID JADI GILA

Ada seorang Imam Masjid yang masih muda di sebuah kampung. Beliau adalah Imam Utama yang mengetuai segala urusan solat, kenduri dan sebagainya. Beliau memang seorang ahli agama yang sangat dihormati oleh penduduk kampung.

Pada suatu hari, Pak Imam itu ditugaskan membaca khutbah. Tetapi Allah punya kuasa, tiba-tiba Pak Imam itu tertinggal satu rukun di dalam khutbah. Minggu pertama tidak mengapa kata orang masjid, mungkin terlupa sekali sekala. Namun Allah punya kuasa sekali lagi, Pak Imam itu terlupa lagi rukun khutbah buat kali kedua, ketiga, dan keempat!

Akhirnya, pihak pengurusan masjid tidak lagi membenarkannya membaca khutbah dan digantikan dengan Imam yang lain. Pak Imam tersebut hanya boleh mengimamkan solat fadhu sahaja.

Selepas itu lain pula yang berlaku, Imam itu tidak dapat membaca surah Al-Fatihah di dalam solat. Sering kali terlangkau ayat dan terlupa langsung dengan ayat ke-5 dalam surah Al-Fatihah, “Hanya kepada-Mu kami menyembah, dan hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan”.

Sudah nasib badan, Imam itu diberhentikan terus dari menjadi Imam oleh pengurusan masjid. Bermulalah kisah hidup baru Pak Imam tersebut yang tidak dapat menerima kenyataan dan akhirnya menjadi gila.

Pak Imam itu sudah gila, sudah mula tinggal di kaki lima. Sudah tidak berbaju dan lama kelamaan tidak berseluar pula, sampai satu ketika seluar dalam pun sudah dibuka! Orang panggil Imam Gila!

Gila Pak Imam ini bukan sahaja bertelanjang bulat sekeliling kampung, tetapi sehingga tahap dia berak dan makan tahinya sendiri!! Masya-Allah!

Orang gila, kebiasaannya kalau tak mati sakit dia akan mati kena langgar kereta. Di penghujung nyawa Pak Imam Gila itu, dia dilanggar kereta dan mati ditempat kejadian sewaktu melintas jalan.

Mengapa begitu teruk kisah ini? Tidakkah jawatan Imam itu sudah sangat dimuliakan oleh Allah? Orang kata satu kaki dah masuk dalam syurga, tetapi mengapa jadi gila? Adakah kerana ilmunya ke?

TIDAK. Beliau jadi begitu kerana berbuat sesuatu yang membuatkan Allah murka kepadanya.

KISAH SEBELUM JADI GILA

Dijadikan cerita, ayah kepada Imam tersebut meninggal dunia. Semua adik beradik Imam dikumpulkan oleh ibu mereka untuk membahagikan harta pusaka milik ayah mereka.

Harta pusaka pun dibahagikan kepada semua adik-beradik Imam tersebut. Tetapi Pak Imam itu tidak puas hati dengan pembahagian yang dibuat ibunya dan akhirnya….

PAK IMAM ITU MENENDANG PERUT IBUNYA!!!

Pak Imam itu sanggup menendang yang mengandungkannya selama 9 bulan itu hanya kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka. Yang peliknya, adik-beradik yang lain tidak pula berasa tidak puas hati dengan pembahagian harta, tiba-tiba Pak Imam itu pula yang lebih-lebih.

Hati ibu mana yang tidak runtuh apabila si anak kandung sendiri menyepak perut si ibu? Dan Allah membalas dengan balasan yang hina! Dari Imam Masjid yang dihormati, akhirnya mati menjadi gila.

Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Kazim Elias sebagai iktibar kepada kita. Kata Ustaz Kazim, orang yang berbuat baik dengan ibu dan ayahnya, Allah pasti akan membalas kebaikkan itu dengan memberi rezeki yang berkat yang tidak disangka-sangka. Rezeki macam mana? Tidak tahu, kerana rahmat Allah sangat luas untuk dihitung.

IMAN BUKAN TUNJUK DENGAN PAKAIAN

Gambar : Rusydee Artz

Orang kuat iman bukan dapat dilihat dengan besarnya serbannya. Kalau serban pengukur iman, lagi besar iman orang Sikh, tak pernah berbuka serbannya.

Kalau kuat iman dilihat dari jubahnya, sami Siam lagi kuat imannya sebab tak pernah pakai baju lain, jubah oren saja!

Bermacam-macam tamsilan yang Allah dan Nabi sebutkan untuk menggambarkan imam seseorang. Salah satu petunjuk iman adalah berbuat baik terhadap kedua-dua orang tua kita. Jika mereka sudah tiada, berbuat baiklah dengan rakan-rakan mereka dan berdoa kepada Allah untuk kesejahteraan mereka di alam sana.

Orang yang belajar agama pun kadang-kadang tersasar, inikan pula kita yang kurang ilmu ini. Mari kita belajar selagi mana kita hidup di muka bumi Allah Subhanahu Wa Taa’la. Ilmu Allah tak pernah habis untuk dipelajari dan banyak lagi yang belum diterokai.

Walallahua’lam.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 23 Oktober 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);