• Bicara Siasah,  Review

    Tun M : Taksub – Assabiah

    HARI ini kita lihat orang Islam bukan sahaja tidak bersatu tetapi pecah seribu dan sering berperang sesama mereka. Dengan itu mereka menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh musuh Islam. Keadaan ini berlaku kerana ketaksuban pengikut pentafsir-pentafsir agama Islam. Bagi mereka – guru, imam atau pemimpin mereka lebih utama dan lebih tepat ajaran Islam mereka daripada al-Quran dan hadis yang sahih. Walau apa pun yang dilakukan oleh guru dan pemimpin mereka, walaupun jelas bertentangan dengan ajaran yang terdapat dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, mereka tetap akan terima pendapat guru mereka tanpa soal. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang berasas kepada wahyu daripada Allah SWT hanyalah satu. Tetapi…

  • Bicara Siasah,  Kisah Para Nabi,  Kisah Sahabat,  Motivasi,  Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN

    Indahnya Hidup Melayu Bersatu

    MELAYU. Apabila sebut nama bangsa ini, kebanyakkan orang akan berasa gelisah. Katanya juga “Melayu” adalah sesuatu yang takut untuk disebut. Sesuatu yang tidak menjamin syurga dan buang masa untuk diperjuangkan. Memperjuangkan Melayu juga selalu dikatakan Ultra-Melayu dan rasis. Melayu juga selalu dikatakan sebagai UMNO dan berjuang bersama UMNO dituduh sebagai seorang sekular. ISLAM. Adalah agama yang suci. Mengamalkannya adalah sesuatu yang diibaratkan sebagai memegang bara api bak kata Nabi kita, Nabi Muhammad Sholallahu A’laihi Wasallam. Islam jugalah yang memuliakan bangsa Arab, seperti kata Saidina Jaafar Bin Abi Talib, “Kami adalah bangsa (Arab) yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam” kepada Raja Najasyi. Orang Melayu dahulunya menganut agama Hindu. Segalanya telah berubah…

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Kisah Para Nabi,  Kisah Sahabat,  Perspektif

    Tragedi Thaif & Doa Kehancuran

    Sayu Jiwamu Mengenang Umatmu, Menentang Kehadiranmu, Mengalir Darah Dari Tubuhmu, Terluka Dilempar Batu Berkatalah Malaikat Kepadamu, Pohonlah Dari Tuhanmu, Agar Bisa Ditimpakan Mereka, Gunung Sebagai Balasan Lantas Kau Menadah Kedua Tangan, Bermunajat Dengan Penuh Harapan, Agar Diberi Hidayah Dan Keampunan, Bukanlah Azab Seksaan Luhur Sifatmu Tiada Tandingannya, Perjuanganmu Tak Pernah Putus Asa, Kasihkan Umatmu Tiada Taranya, Walau Hati Dan Jasadmu Terluka Berkat Dari Doa Yang Tulus Suci, Belas Ehsan Dari Seorang Nabi, Penghuni Thaif Generasinya Kini, Dilimpahi Nur Hidayah Ilahi Itulah lirik lagu daripada sebuah kumpulan Nasyid terkenal yang berjudul “Tragedi Thaif”. Walaupun lagu ini belum lagi diterbitkan di pasaran, saya ingin berkongsi kepada anda tentang Tragedi Thaif yang banyak…

  • Dakwah,  Perspektif,  Rencah

    Pak Imam Payung Terjun

    “Hari ini, anak saya buat jamuan makan dan doa selamat sempena menyambut Hari Kelahiran cucu saya. Oleh itu, marilah sama-sama kita mendoakan agar kita dimurahkan rezeki dan Allah memberi rahmat kepada kita semua”, kata Pak Ya kepada para tetamu yang hadir. Hadirin mendengar ucapan Pak Ya dengan tenang. “Jadi, dengan tidak membuang masa. Pandang kanan, pandang kiri, Pak Imam pun tak datang, jadi saya persilakan Encik Jamal membaca doa”, jemput Pak Ya. “Ha!”, saya terkejut! Ini jerangkap samar namanya! Di hadapan orang ramai dan tidak diberitahu awal, tiba-tiba dijemput membacakan doa! Gila apa! Saya bukan Imam, saya juga bukan Pak Bilal. Malah bukan seorang yang biasa mengendalikan kenduri Doa Selamat.…

  • Dakwah,  Nasyid

    Habib Syech : Ya Hanana & Terjemahan Qasidah

    Qasidah memuji kemuliaan Rasulullahi Sholallahu A’laihi Wasallam semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Fenomena ini mula mendapat liputan media arus perdana apabila kumpulan Al Mawlid yang dianggotai oleh bekas ahli kumpulan VE dan Ruffedge mengorak langkah membawa Qasidah ini dalam persembahan mereka. Bolehlah kita katakan Qasidah ini adalah satu hiburan. Setiap manusia fitrahnya gemarkan hiburan. Oleh kerana itu, pilihlah hiburan yang mendidik iman agar kita tidak lupa kepada Allah dan Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad Sholallahu A’laihi Wasallam. Baru-baru ini Habib Syech dari Indonesia telah berkunjung di Malaysia. Beliau adalah seorang Habib yang terkenal dengan Qasidah-Qasidah yang didendangkannya. Antara Qasidah yang terkenal ialah Ya Hanana. Share

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    Persepsi, Debat & Media

    “Aku tengok Mitt Romney boleh menang Pemilihan Presiden US!”, kata rakan saya dengan yakin. “Kenapa pula?”, saya bertanya. “Sebab gaya bercakap Romney lagi bagus daripada Obama”, jawab beliau. “Tahu ke apa yang Romney dan Obama nak perjuangkan? Faham ke apa yang dia cakap?”, saya bertanya lagi. “Aku tengok siapa yang hebat bercakap saja, apa yang nak dibawa tu tak payah ambil kira. Yang penting Amerika perlukan seorang pemimpin yang hebat berdebat. Aku rasa Malaysia pun kena ada debat juga macam ni. Anwar lawan Najib. Mesti Anwar menang punyalah!”, jawab rakan saya itu dan sempat pula memberi pendapat. Share