browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Pak Imam Payung Terjun

Posted by on November 19, 2012

Penerjun kalau tak bersedia boleh mendarat atas pokok – Gambar Hiasan

“Hari ini, anak saya buat jamuan makan dan doa selamat sempena menyambut Hari Kelahiran cucu saya. Oleh itu, marilah sama-sama kita mendoakan agar kita dimurahkan rezeki dan Allah memberi rahmat kepada kita semua”, kata Pak Ya kepada para tetamu yang hadir.

Hadirin mendengar ucapan Pak Ya dengan tenang.

“Jadi, dengan tidak membuang masa. Pandang kanan, pandang kiri, Pak Imam pun tak datang, jadi saya persilakan Encik Jamal membaca doa”, jemput Pak Ya.

“Ha!”, saya terkejut! Ini jerangkap samar namanya!

Di hadapan orang ramai dan tidak diberitahu awal, tiba-tiba dijemput membacakan doa! Gila apa!

Saya bukan Imam, saya juga bukan Pak Bilal. Malah bukan seorang yang biasa mengendalikan kenduri Doa Selamat. Apa perasaan anda apabila anda tidak bersedia melakukan sesuatu? Berdebar Yop!

Namun, atas jemputan itu saya tetap membacakan doa dan para hadirin mengaminkan doa yang saya baca. Bercampur doa dalam bahasa Arab dan Bahasa Melayu.

Selepas itu, saya hilang selera makan walaupun jamuan yang disediakan sedap-sedap belaka, Yop!

TIDAK DIBERI PELUANG

Masjid. Kebanyakkan Pak Bilal adalah dari kalangan orang yang sudah berusia. Mungkin juga sebab golongan muda ramai yang sudah berhijrah ke bandar menyebabkan golongan tua terus menerajui kepimpinan masjid khususnya menjadi Imam dan Bilal.

Itu tidak mengapa. Jika tiada golongan tua yang nak ambil tanggungjawab, jawabnya memang tiadalah orang yang akan melaungkan azan. Tapi ada kisah lain yang saya nak bicarakan di sini.

Pernah tak kita mendengar ada Pak Bilal yang mengunci bilik Muazzin hanya kerana tidak mahu orang lain melaungkan azan? Pernahkah juga anda mendengar ada orang muda yang nak laungkan azan dimarahi oleh Pak Bilal? Mungkin juga hal ini berlaku kepada anda sendiri.

Tidak memberi peluang kepada golongan muda akan menyebabkan potensi kepimpinan orang muda akan hilang dan hilang.

KISAH PAK IMAM PAYUNG TERJUN

Pak Ya menceritakan beberapa kisah yang beliau sendiri alami tentang Pak Imam Payung Terjun.

1. Kisah Tunggu Pak Imam

Kisah ini Pak Ya cerita semasa beliau di dalam perkhidmatan tentera dahulu. Mereka sekumpulan duduk di dalam Berek tentera yang disediakan.

Nak dijadikan cerita, memang tidak ada Pak Imam yang bertugas di surau berek tersebut. Apa yang mereka buat untuk pilih siapa yang jadi Imam? Masing-masing pula tidak berani jadi Imam!

Bila tiba waktu solat sahaja, masing-masing mengintai di jendela rumah dan melihat ke surau. Apabila seorang daripada mereka sedang azan, mereka masih tunggu dulu di rumah. Selesai azan pun masih duduk di rumah. Lama sungguh jarak masa antara Azan dan Iqamah sebab Pak Bilal tunggu seorang jemaah pun tak sampai lagi.

Akhirnya Pak Bilal tadi Iqamah dan solat seorang diri. Bila dengar sahaja Pak Bilal Iqamat dan solat, terus mereka yang ‘tunggu’ di rumah bergegas ke surau untuk menjadi makmum kepada Pak Bilal yang sudah ‘diangkat’ menjadi Imam!

2. Kisah Pak Imam Hilang Ketika Solat

Dijadikan cerita Pak Imam masjid tak datang malam tu, Pak Bilal nak selamatkan diri dari jadi Imam terus Iqamah dan cakap dalam hati, “Selamat aku tak payah jadi Imam sebab dah Iqamat, lantak korang la siapa-siapa jadi Imam”

Jemaah memandang kanan dan kiri, semua buat-buat batuk dan menundukkan kepala tanda bersedia nak jadi makmum. Tiba-tiba masuk seorang pemuda yang memakai jubah dan serban yang tidak tahu datang dari mana.

Ha! Budak ni bolehlah tolak jadi Imam, pakai pun dah jadi macam Tok Syeikh!“, kata Pak Bilal dalam hati.

Tidak diduga oleh pemuda itu, beliau diberi penghormatan oleh Pak Bilal untuk jadi Imam. Jemaah-jemaah lain pun turut mengalu-alukan “Tok Syeikh” baru mereka.

Bagus gilerr.. First time datang masjid terus jadi Imam, dasyat aku ni.. hehehe“, kata pemuda itu dengan bangganya!

Allahu Akbar. Takbir dilaungkan, jemaah khusyuk memakmumkan si pemuda tersebut. Al-Fatihah dibacakan dengan baik, diikuti dengan bacaan Surah Annas. Mereka solat seperti biasa.

Tiba-tiba ketika Imam sedang dalam duduk di antara dua sujud, “Alamak, aku dah baca Surah Annas, lepas surah tu dah tak ada surah lagi bawah tu, takkan nak baca Doa Khatam Quran kot! Aduhhh.. Apa aku nak buat ni?“. Imam bermonolog di dalam hati.

Allahu Akbar. Jemaah mengikut Imam sujud. Lama sujudnya. Ada jemaah yang pening kerana terlalu lama sujudnya, “Panjang benor Pak Imam ni sujud ye..” kata jemaah dalam hati juga. Lama sungguh sujudnya.

Akibat tidak tahan, sudah hampir 5 minit sujudnya Pak Bilal mengangkat kepala dan alangkah terkejutnya Pak Bilal melihat Pak Imam sudah tiada!

Apabila disiasat, pemuda itu lari melalui tingkap di bilik Imam. Sebab apa? Tak tahu nak baca surah apa lagi dalam rakaat kedua!

Kalau nak pilih Imam itu, kena kepada orang yang alim dan Qari dalam Al-Quran. Jaga-jaga!

PAK IMAM PUN NAK IMPORT?

Pendatang asing sudah hampir berjumlah 3 juta orang di Malaysia. Mereka datang ke negara kita ada yang secara halal dan secara haram. Pekerjaan pula bermacam-macam ragam, kalau Bangla ramai yang kerja di sektor pembersihan, Nepal jadi pengawal keselamatan, Indon kerja dalam pembinaan dan perladangan, belum dikira lagi pendatang dari China (Cina Doll) yang bekerja dalam sektor memuaskan nafsu serakah!

Hampir semua kerja-kerja yang umum diisi oleh pendatang asing.

Apa yang saya fikirkan dahulu sudah terjadi, kini sudah ada Pak Imam yang diimport khas dari luar negara semata-mata untuk mengimamkan solat. Contohnya di Masjid India Bukit Rotan Selangor, Pak Imam tersebut difahamkan daripada negara India yang dibayar khas untuk mengimamkan solat bagi India Muslim.

Perkara ini sudah terjadi kepada golongan India Muslim di Malaysia, jika usaha-usaha meramaikan Pak Imam diusia muda, kemungkinan besar satu hari nanti kita juga (kaum Melayu) akan mengimport Pak Imam kita dari luar negara.

Bayangkan, dalam soal yang paling besar dalam hidup iaitu Solat pun sudah diberikan kepada orang luar, bagaimana pula kita dapat menguruskan perkara-perkara lain dengan lebih baik?

Saya rasa jika golongan muda diberi peluang dan diberi ilmu bagi mengendalikan program-program agama seperti mengimamkan solat, azan, berzanji, marhaban, mengendalikan kenduri tahlil dan sebagainya, kita mempunyai generasi muda yang bersedia untuk memikul tugas-tugas akan datang.

Jawatan Imam di masjid amat terhad untuk disandang, tetapi sekurang-kurangnya setiap lelaki Muslim mesti bersedia menjadi Imam kepada isterinya sendiri.

PAK IMAM PAYUNG TERJUN

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 19 November 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);