• Rawatan Islam,  Tinta ADMIN

    2012 Tahun ‘Berhantu’? Welcome 2013!

    Bila tiba 31 Disember, ramai yang berkata tentang peristiwa pahit manis di sepanjang tahun. Masuk 1 Januari pula, ramai juga yang bercakap tentang azam yang ingin dicapai sepanjang tahun itu. Yang lepas biarkan pergi. Yang akan datang teruskan menanti. Saya tidak berhasrat untuk membuat azam tahun baru, kerana azam kita haruslah sama setiap masa iaitu mencari keredhaan Allah dalam kehidupan kita. Impian dalam hidup? Pastinya kita ada impian kan? Tapi saya tak mahu nak menulis di sini, biarlah rahsia! Tahun 2012 adalah tahun terakhir mengikut kalendar kaum Mayan. Tergelak besar apabila menyaksikan kerenah penduduk dunia yang menunggu saatnya kiamat itu datang. Ada yang membuat bot ala filem 2012, ada yang…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    Adakah Media Akan Terus Berat Sebelah?

    Saya masih teringat dengan sebuah rancangan di TV1 yang bertajuk Bicara Rakyat. Ahli panel yang terlibat pada malam itu ialah Dr. Ridhuan Tee (Ahli Akademik), Zahid Md Arip (Mursyidul Am TIBAI) dan Samsul Iskandar (Ketua Angkatan Muda Keadilan) untuk membicarakan tentang peranan media arus perdana dalam politik Malaysia. Dalam perbincangan tersebut, Samsul Iskandar telah menyatakan bahawa media arus perdana terlalu berat sebelah dengan hanya melaporkan laporan daripada pihak kerajaan sahaja. Pihak pembangkang pula hanya dapat menggunakan medium media baru dan surat khabar sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Saya mengakuinya. Share

  • Perspektif,  Rencah,  Sunnah

    Apa Guna Bertunang, Kalau…

    Saya amat bersimpati dengan nasib sahabat saya yang bagi pendapat saya beliau ‘dibuli’ oleh tunangnya. Mengapa? Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar tetapi telah diminta oleh pasangannya untuk membuat itu dan ini, pasti ianya dianggap melampau. Syarat tunang (perempuan) kepada sahabat saya ialah beliau perlu menghadiahkan sehelai sejadah berbulu kambing yang pasti mahal harganya, sebuah kamera DSLR yang berharga tinggi, dan meminta pihak lelaki menanggung majlis pertunangan dan menjemput orang ramai ke majlis tersebut. Bagi saya sahabat saya itu sudah ‘kopak’! Buktinya beliau ke hulu ke hilir berjumpa dengan rakan dan taulan untuk meminjam duit! Perbelanjaan harian sudah tidak terurus dan sering ‘terguna’ duit yang ayahnya beri untuk membayar bil…

  • KEMBARA,  Rawatan Islam

    Operasi Bunuh Jin Di Kompleks Membeli-Belah

    Saya bersama Ustaz Nabil Mahathir dan pengurus Team Al Afiah (Encik Shamsol) pergi ke sebuah Kompleks membeli-belah yang terletak di utara tanah air. Tujuan kami ke sana adalah kerana jemputan pengerusi dan persatuan peniaga Kompleks tersebut bagi membantu menyelesaikan masalah ‘gangguan’ yang membimbangkan mereka. Mengikut laporan yang kami terima daripada Pengerusi ialah kerap kali terjadinya kejadian yang tidak diingini berlaku di Kompleks ini semenjak ianya dibuka kepada orang ramai. Ada pelanggan yang tiba-tiba pengsan, ada juga yang histeria secara tiba-tiba dan ada peniaga yang nampak lembaga hitam berkeliaran di waktu malam. Disebabkan itu, bermula sahaja pukul 7 malam, para peniaga sudah tidak berani berada di kedai dan akhirnya Kompleks berkenaan…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    Demonstrasi, Pengadil & Bola Sepak

    Sehingga ke hari ini saya tidak percaya dengan demonstrasi. Jika kita menonton berita-berita dunia yang menayangkan tentang demonstrasi rakyat di mana-mana negara, pastinya persepsi kita akan mengatakan bahawa negara itu sudah tidak aman lagi. Bayangkan pula jika orang luar melihat demonstrasi di Malaysia di kaca TV mereka, tidakkah mereka juga akan beranggapan bahawa Malaysia juga sudah tidak aman? Mereka juga boleh beranggapan bahawa kerajaan Malaysia begitu zalim sehinggakan rakyat bangkit berdemonstrasi menuntut hak mereka. Itulah yang difikirkan oleh puak-puak pembangkang. Mereka mahukan huru-hara berlaku di Malaysia dan mengidamkan sokongan luar untuk bersimpati kepada puak-puak pembangkang dan bukannya menuntut hak yang sebenar. Share

  • Dakwah,  Kisah Sahabat,  Perspektif,  Rencah,  Sunnah

    Ulama, Pengikut & Ketaksuban

    Saya pernah mengajak rakan saya untuk pergi mendengar majlis ilmu yang akan disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias. Katanya, “Tak mau la Ustaz Kazim, dia kritik PAS. Aku dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus saja sebab dia orang PAS”. Saya menggelengkan kepala. Mengapa masyarakat kita terlalu taksub dengan seseorang. Kita telah dihidangkan dengan situasi ketaksuban yang tinggi dalam kalangan ahli jemaah dan perkara ini menjadi barah di kalangan kita seperti yang berlaku kepada Jemaah Al Arqam. Tidak dapat dinafikan setiap daripada kita mempunyai individu khususnya pendakwah yang kita sukai. Saya secara peribadi amat meminati dan selesa dengan gaya ceramah Ustaz Kazim Elias. Namun, di sebalik ‘meminati’ itu kita tidak seharusnya begitu taksub…

  • Filem,  Review

    Review : Istanbul Aku Datang (Full Movie)

    SINOPSIS “ISTANBUL AKU DATANG” Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad. Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya. Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru. Share