2012 Tahun ‘Berhantu’? Welcome 2013!

Mungkin Kaum Mayan dah  terfikir kiamat tak akan berlaku sebab dah lepas tarikhnya? - Gambar Hiasan

Mungkin Kaum Mayan dah terfikir kiamat tak akan berlaku sebab dah lepas tarikhnya? – Gambar Hiasan

Bila tiba 31 Disember, ramai yang berkata tentang peristiwa pahit manis di sepanjang tahun. Masuk 1 Januari pula, ramai juga yang bercakap tentang azam yang ingin dicapai sepanjang tahun itu.

Yang lepas biarkan pergi. Yang akan datang teruskan menanti.

Saya tidak berhasrat untuk membuat azam tahun baru, kerana azam kita haruslah sama setiap masa iaitu mencari keredhaan Allah dalam kehidupan kita. Impian dalam hidup? Pastinya kita ada impian kan? Tapi saya tak mahu nak menulis di sini, biarlah rahsia!

Tahun 2012 adalah tahun terakhir mengikut kalendar kaum Mayan. Tergelak besar apabila menyaksikan kerenah penduduk dunia yang menunggu saatnya kiamat itu datang. Ada yang membuat bot ala filem 2012, ada yang meratap memohon ampun, ada yang membuat bilik khas yang memuatkan bekalan makanan yang cukup untuk dia seorang diri di ‘dunia’ baru!

Kita sebagai Muslim memang sudah awal-awal menolak teori tersebut, manakan berlakunya kiamat sedangkan Dajjal belum menampakkan diri secara jelas, Nabi Isa a.s belum diturunkan oleh Allah untuk membantu Imam Mahdi membunuh Dajjal.

Oh! Semoga Allah tidak meletakkan kita dalam ketika berlakunya kiamat kerana hujan ribut pun kita berasa takut untuk melihatnya, apatah lagi seluruh dunia akan hancur? Anda mahu tengok juga ke?

Setiap tahun adalah tahun yang bermakna, begitu juga tahun 2012 ini. Usah dikira peristiwa arus perdana, tetapi fikirkan pula tentang diri kita. Apakah peristiwa yang bermakna dalam diri anda sepanjang tahun ini?

Tahun ini adalah tahun saya bertukar tempat kerja. Daripada menjadi pengurus kepada kumpulan nasyid UNIC kepada menjadi penulis kreatif untuk Imam Muda ASTRO yang sememangnya bukan bidang saya! Tetapi itu adalah peristiwa yang bermakna kerana saya dapat mencabar diri saya sendiri untuk bersedia menjadi orang yang boleh membuat banyak benda.

Saya yakin anda juga mempunyai memori tersendiri. Anda bagaimana? Mesti ianya menarik bukan?

BERSAMA TEAM AL AFIAH

Saya bukan seorang pengamal perubatan Islam dan saya tidak boleh memandai-mandai dalam mengubati pesakit jika tidak ada ilmunya!

Saya bersama Ustaz Nabil Mahathir (pengamal perubatan Islam) dan Encik Shamsol mengembara ke seluruh negara sehingga ke Singapura untuk membantu menyelesaikan masalah saudara-saudara se-Islam kita yang mengalami masalah kesihatan dan gangguan makhluk halus!

Sebelum ini saya tidak terfikir dapat mengembara ‘memancung’ jin dan ianya sangat mencabar!

Dari kiri : En. Shamsol (Pengurus Team Al Afiah), Ustaz Nabil, dan para pesakit ketika di rumah pesakit

Dari kiri : En. Shamsol (Pengurus Team Al Afiah), Ustaz Nabil, dan para pesakit ketika di rumah pesakit

Kami pernah menghadapi masalah ‘roh’ mak yang baru meninggal pulang ke rumah yang begitu menyeramkan. Bayangkan jika ‘arwah mak’ pulang semula ke rumah dan duduk di bangku bawah pokok, tidakkah kecut perut dibuatnya?

Kami juga pernah melihat seorang pesakit yang menghidapi masalah kulit yang seakan disiat-siat. Kulitnya seperti dipotong dan dibelah dengan pisau dan berasa gatal jika mahu tidur. Seksa!

Pernah juga kami ke sebuah kampung yang kebanyakkan kaum wanitanya mengalami masalah kanser payu dara. Yang peliknya, mengapa sebegitu ramai?

Kami juga pernah berjumpa dengan pasangan yang sudah bertahun-tahun lamanya tidak ‘bersama’. Mereka tidak dapat tidur bersama kerana berasa panas dan menjadi marah kepada pasangan ketika masuk sahaja waktu malam. Mengapa?

Itu adalah secebis pengalaman yang sedikit dari kami. Bayangkan pengalaman yang ada dengan pengamal perubatan Islam yang sudah lama berkhidmat dalam bidang ini?

Tahun 2012 membawa saya ke tempat ‘jin bertendang’ dan mendengar masalah masyarakat di peringkat akar umbi. Kalau jadi wakil rakyat ni, pening memikir Yop!

WELCOME 2013!

Selamat datang 2013. Tahun yang baru ini memberi ruang kepada kita untuk terus berusaha meningkatkan amalan kepada Allah disamping kita mengejar dunia yang perlu juga diusahakan.

Semoga tahun hadapan lebih baik daripada tahun ini dan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga Allah merahmati kita.

SEMOGA TERUS KAYA DAN BERJAYA!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53100 Setapak, 31 Disember 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Comments

  1. Salam,

    Semoga En. Jamal berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera.
    Saya terjumpa web ini sedikit sebanyak membaca kisah di dalamnya termasuk Ustaz Nabil dan penglibatanya, membuatkan saya pertama kali tergerak di hati saya untuk ambil kisah.

    Sebelum ini saya kurang mengambil pusing tentang hal sedemikian walaupun disaji dgn cerita2, mimpi, “ditindih” dan nampak (jarak jauh) tentang hal sedemikian. Bukan tidak percaya, mungkin kurang pendedahan atau tidak betul2 menghadapi hal2 sedemikian. Mohon pada Allah, minta simpanglah hal2 sedemikian.

    Tetap di dalam hati tetap akan berdebar dan terkejut kalau terserempak, kerana ia bukan perkara normal utk dihadapi. Tetapi perasaaan takut tak timbul, sebab ada kepercayaan kuat tertanam dihati bahawa ‘golongan’ sedemikian tiada kuasa utk “mencuit” manusia kecuali di atas izin Allah. Mungkin juga sikap saya yg kurang ambil pusing atas perkara2 sedemikian.

    Kerana naluri manusia ada sifat ingin tahu tentang hal yang tidah difahami, saya ingin tahu lebih lanjut, insyalah secara live. Takde niat di hati utk membuat apa yang dikatakan dengan istilah “membuka hijab”. Cuma ingin turut tahu dan memahami sedikit tentang hal ini.

    Saya angap ini adalah salah satu “pintu pemahaman” dengan izinNYA. Jika pihak Jamal ada ke Johor Bahru di atas urut tersebut, saya ingin turut serta sebagai peninjau sahaja, jika dibenarkan. Hubungilah saya jika keadaan mengizinkan.

    Abrar – 019 6600 669

    Terima kasih
    Wasalam

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge