browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Adakah Media Akan Terus Berat Sebelah?

Posted by on December 31, 2012
Media adalah satu wadah yang sangat 'berkuasa' - Gambar Hiasan

Media adalah satu wadah yang sangat ‘berkuasa’ – Gambar Hiasan

Saya masih teringat dengan sebuah rancangan di TV1 yang bertajuk Bicara Rakyat. Ahli panel yang terlibat pada malam itu ialah Dr. Ridhuan Tee (Ahli Akademik), Zahid Md Arip (Mursyidul Am TIBAI) dan Samsul Iskandar (Ketua Angkatan Muda Keadilan) untuk membicarakan tentang peranan media arus perdana dalam politik Malaysia.

Dalam perbincangan tersebut, Samsul Iskandar telah menyatakan bahawa media arus perdana terlalu berat sebelah dengan hanya melaporkan laporan daripada pihak kerajaan sahaja. Pihak pembangkang pula hanya dapat menggunakan medium media baru dan surat khabar sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Saya mengakuinya.

Buktinya di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat menggunakan medium TV PAS, akhbar SelangorKini yang diedarkan setiap Jumaat di masjid-masjid seluruh Selangor, banner yang dipasang seluruh negeri dan Billboard yang tersergam indah di tepi-tepi jalan mempromosikan slogan dan produk SELANGORKU.

Menjadi pembangkang, pastinya perjalanan politik menjadi sempit kerana ditekan oleh pihak kerajaan. Perkara ini terpakai kepada mana-mana parti politik sekali pun. Tidak kiralah siapa pun memerintah, tekanan kepada lawan harus dibuat bagi memberi kelebihan kepada kekuatan kerajaan.

Kerana itulah, tidak mustahil kerajaan Pakatan Rakyat juga menutup pintu kepada pihak lawan seperti tidak membenarkan BN menggunakan dewan untuk mengadakan program (buat program sendiri sebagai alasan BN tak boleh guna dewan), memotong banner parti lawan, tidak membenarkan wartawan akhbar pro-BN masuk ke sidang akhbar dan sebagainya.

Saya tidak menyalahkan mereka melakukan sedemikian rupa kerana saya teringat dengan kisah yang berlaku di zaman Abraham Lincoln menjadi Presiden Amerika Syarikat. Pada suatu hari isteri Lincoln dan masyarakat mengecam orang-orang dari Selatan kerana sesuatu perkara yang mereka tidak sukai.

Tetapi Abraham Lincoln menjawab :

“Jangan mengkritik mereka, mereka hanya bertindak dengan cara sama seperti yang kita lakukan apabila kita berada dalam situasi yang sama”

Persoalannya sekarang, adakah media arus perdana akan adil jika Pakatan Rakyat memerintah?

MEDIA BERAT SEBELAH ATAU MEMANG AKAN TERUS BERAT SEBELAH?

Saya bukan ahli nujum yang tahu apa yang berlaku pada masa akan datang. Tetapi jika difikirkan dari segi keadaan semasa, kita boleh mengagak apa yang akan berlaku pada hemat kita sendiri.

Ketika ini, media arus perdana dilihat berat sebelah kepada kerajaan BN kerana BN adalah sebuah kerajaan. Begitu juga di negeri Selangor dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat, mereka juga menyekat kebebasan media dari media pro-BN di negeri mereka. Contohnya, larangan menggunakan logo 1 Malaysia dalam banner dan iklan. (KLIK SINI)

Hal ini membuktikan bahawa sesiapa sahaja memerintah akan menggunakan cara yang sama untuk mempertahankan kekuasaan masing-masing. Kerana itulah, saya jengkel melihat ‘perjuangan’ Pakatan Rakyat yang mahukan hak kebebasan bersuara, memberi hak kempen kepada mereka dan sebagainya. Apabila sudah dapat hak itu, mereka pula menekan orang lain. Adilkah?

Di manakah boleh dicari politikus yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan? Adakah hanya tahu menggunakan isu untuk mendapat belas ehsan pengundi dan penyokong?

Oleh kerana itu, saya berpendapat bahawa tidak ada bezanya dalam keseimbangan media jika Pakatan Rakyat memerintah sekalipun. Adakah Pakatan Rakyat akan membiarkan media arus perdana ‘membantai’ mereka jika mereka adalah sebuah kerajaan? Fikir-fikirkan.

HADI MINTA 1 JAM DI TV ULAS TENTANG AMANAT HAJI HADI

Mengapa memilih TV?

Mengapa memilih TV?

Haji Hadi Awang meminta diberikan 1 jam di TV untuk menjelaskan tentang Amanat Haji Hadi yang beliau ucapkan pada 7 April 1981 di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu.

Saya mula terfikir, mengapa sudah berpuluh tahun beliau menggunakan medium Harakah sebagai wadah menyebarkan maklumat kepada rakyat, tetapi untuk isu Amanat Haji Hadi ini beliau memerlukan Televisyen untuk menjelaskan keadaan?

Bagi saya, beliau boleh sahaja menggunakan medium media baru seperti HarakahDaily dan Youtube untuk menjelaskan keadaan. Tambahan pula, kajian telah mengatakan bahawa generasi muda lebih ramai berminat kepada Media Baru berbanding media arus perdana. Di Youtube, beliau boleh merakam sendiri video ucapan sepanjang mana yang beliau suka dan tiada sebarang suntingan.

Mengapa memilih TV? Bukankah medium TV sudah tidak dipercayai oleh orang-orang pembangkang? Sebenarnya ini adalah satu helah untuk mengenepikan isu ini seperti “Ha! Tak bagi masuk TV, bermakna mereka takut la tu!” dan sebagainya. Senang cerita, menggunakan kaedah psikologi untuk menghindarkan isu ini dan ingin menjatuhkan repotasi stesen Televisyen jika TV tidak membenarkan beliau LIVE.

Jika beliau tidak mempunyai peluang untuk bersiaran di TV, adakah beliau masih akan menjawab isu ini? Adakah syarat ini wajib dipatuhi oleh kerajaan?

Perpecahan umat yang besar, mungkin ada yang perlu diperbetulkan oleh Haji Hadi jika tidak mahu menariknya - Gambar Hiasan

Perpecahan umat yang besar, mungkin ada yang perlu diperbetulkan oleh Haji Hadi jika tidak mahu menariknya – Gambar Hiasan

Seorang politikus akan menggunakan apa-apa kaedah yang dirasakan perlu jika terdesak. Beliau tidak perlu risau jika ianya diputarbelit oleh media kerajaan kerana politikus kerajaan sudah lama diputarbelitkan oleh media pembangkang. Betul?

Walau bagaimanapun, Haji Hadi tidak perlu menunggu untuk keluar di kaca TV. Beliau perlu respon tentang Amanat Haji Hadi. Meskipun ulasan itu bernas sekalipun, ianya tetap telah memecahbelahkan masyarakat Islam di Malaysia.

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana nama dia Barisan Nasional. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita MENJADI KAFIR dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

-AMANAT HAJI HADI- 7 April 1981 di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu

Saya tidak tahu siapa yang patut menentang PAS jika mereka masih mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah bersama Pakatan Rakyat. Siapa yang akan hukum untuk semua ini? Adakah amanat ini akan terpalit semula kepada mereka yang berkenaan?

Manusia tidak dapat menghukum kerana manusia ini tidak setinggi ilmu-Nya, biar Allah yang hukum.

Untuk mereka yang masih berpegang kepada Amanat Haji Hadi, perjuangan menegakkan Islam wajib diteruskan, tetapi jangan di perjalanan itu kamu mengkafir dan bermasam muka dengan saudara kamu sendiri sehingga benci sebenci-bencinya.

MEDIA Berat Sebelah? Sekali lagi Abraham Lincoln berkata : “Jangan mengkritik mereka, mereka hanya bertindak dengan cara sama seperti yang kita lakukan apabila kita berada dalam situasi yang sama”.

It’s Ok.

BLOG : TIADA SUNTINGAN MANA-MANA PIHAK PENERBITAN

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
53100 Setapak, 31 Disember 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);