browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Apa Guna Bertunang, Kalau…

Posted by on December 28, 2012
Usah biar 'terlebih tanggungjawab' sebelum kahwin, dia belum milik kita - Gambar Hiasan

Usah biar ‘terlebih tanggungjawab’ sebelum kahwin, dia belum milik kita – Gambar Hiasan

Saya amat bersimpati dengan nasib sahabat saya yang bagi pendapat saya beliau ‘dibuli’ oleh tunangnya.

Mengapa? Sebagai seorang yang masih bergelar pelajar tetapi telah diminta oleh pasangannya untuk membuat itu dan ini, pasti ianya dianggap melampau.

Syarat tunang (perempuan) kepada sahabat saya ialah beliau perlu menghadiahkan sehelai sejadah berbulu kambing yang pasti mahal harganya, sebuah kamera DSLR yang berharga tinggi, dan meminta pihak lelaki menanggung majlis pertunangan dan menjemput orang ramai ke majlis tersebut.

Bagi saya sahabat saya itu sudah ‘kopak’! Buktinya beliau ke hulu ke hilir berjumpa dengan rakan dan taulan untuk meminjam duit! Perbelanjaan harian sudah tidak terurus dan sering ‘terguna’ duit yang ayahnya beri untuk membayar bil Astro gara-gara tidak ada duit untuk membeli makanan! Bukankah itu sudah ‘kopak’ namanya?

Satu lagi yang saya simpati ialah tunangnya akan ‘meninggalkan’ dirinya jika tidak kurus mengikut selera si perempuan (badan sahabat saya agak besar). Bersungguh-sungguh rakan saya itu menurunkan berat badan secara terpaksa, Herbalife dan Gym sudah banyak kali dicuba.

Sekarang saya tidak tahu apa nasibnya kerana berat badan belum turun-turun lagi dan duit banyak habis untuk pertunangan tersebut!

Mungkin anda juga mempunyai pengalaman seperti ini dan mungkin ada yang lebih teruk lagi! Saya pula tidak tahu apa nasib saya apabila nak bertunang dan mendirikan rumahtangga nanti, kerana orangnya masih belum muncul dalam hidup saya.

KERANA KASIH HAMBA TURUTKAN

“Kalau hati sudah suka
Semua indah saja
Itukah tanda bunga kasih bermula
Di dalam jiwa”

“Memang benar kata dinda
Berkasih ada tanda
Tetapi hati mana sanggup merana
Sepanjang masa”

Mungkin bagi diri sahabat saya itu, permintaan kekasih adalah satu pengorbanan bak kata pepatah “Gunung-ganang sanggup direntasi, lautan luas sanggup direnangi”, segalanya akan diturutkan untuk kekasih hati. Betul tak?

Orang bercinta, kalau diminta intan permata oleh kekasihnya, sanggup menggapai bintang bak kata Yuna. Maknanya, kalau kekasih minta Pizza di pasar malam pasti akan dibelinya Pizza Hut yang paling mahal! Itu lumrahnya, kita akan memberi apa yang terbaik semata-mata mahu melihat kekasih kita bahagia.

Walaupun orang luar melihat pasangan kita pisau cukur, gedik, seksi, banyak karenah, maintanance tinggi dan sebagainya, semua itu akan dipersetankan jika cinta sudah meresapi dalam sanubari insan yang bernama kekasih.

Persoalannya, adakah hanya kerana cinta semua yang diminta oleh pasangan kita perlu dilaksanakan? Oh! Tidak semestinya.

Bertunang adalah proses untuk 'berkenal-kenal' bagi yang dah kenal - Gambar Hiasan

Bertunang adalah proses untuk berkenal-kenal bagi yang dah kenal – Gambar Hiasan

Mengikut cerita-cerita yang saya dengar daripada rakan-rakan yang berpengalaman, kita tidak boleh memberi sepenuh jiwa dan raga kita sebelum berkahwin. Lebih-lebih lagi memang semestinya dalam agama Islam pun tidak membenarkan perhubungan yang ‘terlebih’ dan mencetus kepada kemaksiatan.

Dia belum lagi menjadi isteri atau suami kita, oleh itu kita belum lagi mempunyai tanggungjawab untuk menanggung dan memberi sepenuh perhatian kepadanya. Jika tidak perlu memberi sepenuhnya sebelum berkahwin adalah kita tidak perlu setia?

Tidak. Pertunangan adalah sesi berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga sebelum akad nikah berlangsung. Dalam tempoh ini setiap pasangan masih mempunyai peluang untuk menerima atau menolak hasrat hati mereka. Di masa ini jugalah para wali boleh membuat pilihan sama ada menantu yang akan menjaga anak kita nanti boleh diharap atau tidak.

Ramai yang tersilap memahami makna pertunangan. Kebiasaannya, ramai orang yang beranggapan bahawa bertunang adalah tiket ‘dekat-dekat’ dan confirm aku punya! Ramai juga yang beranggapan bahawa majlis pertunangan adalah sesuatu yang wajib ditekankan dan dipandang berat.

Oleh kerana itulah, ramai yang sudah membuat majlis pertunangan secara besar-besaran dan meminta itu dan ini sehingga pasangannya sanggup berhutang keliling pinggang! Semuanya hanya kerana mahu mengikut trend dan malu bila orang kata “bila You bertunang? tak tahu pun!” atau “majlis tunang You, biasssssa jer”.

APA GUNA BERTUNANG, KALAU…

Apa yang perlu dibuat semasa bertunang? Di sini saya tidak berhasrat menyentuh bagaimanakah memilih calon isteri/suami yang sesuai, kerana perkara ini semua orang sudah tahu berdasarkan hadis Nabi yang popular. Pilihlah yang terbaik untuk kita dan ianya adalah begitu subjektif kepada seseorang. Calon? Terserah anda.

Berkenaan soal bertunang, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa kita perlu merahsiakan pertunangan dan menghebahkan perkahwinan melalui Walimatul Urus.

Disebabkan demikian, tidak perlulah si bakal isteri mahukan yang mahal-mahal daripada si bakal suami. Disebalik kesusahan menyediakan hantaran untuk perkahwinan, kini dibebani pula dengan hantaran pertunangan yang sudah mengalahkan puteri raja.

Seorang lagi rakan saya pernah berkata : “Apa guna bertunang mahal-mahal, kalau tak boleh pegang-pegang lagi!”. Sebab itulah sebenarnya kita tidak perlu bersusah payah membuat majlis pertunangan yang hebat, bukan boleh buat apa-apa lagi pun.

Apa yang perlu dibuat ialah menjaga batasan, membuat persediaan yang terbaik dan menjaga kesetiaan agar tidak terkandas di tengah jalan disebabkan ‘peranan’ orang ketiga.

Selamat Pengantin Baru kepada rakan-rakan semua yang telah menamatkan zaman bujang. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian sehingga ke syurga hendaknya. Insya-Allah.

Yang belum ni bila pulak?

Walallahua’lam.

DAH BAGI MASA BERTUNANG, MASA KAHWIN NAK BAGI APA?

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 28 Disember 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

6 Responses to Apa Guna Bertunang, Kalau…

  1. ain

    hmmm, kiranya benda- benda dlm drama melayu ni mmg realiti la, tak mustahil ianya di dramakan..hehe..mmg dramatik materialistik sungguh org melayu….kalau orang islam dia realistik 😀

    jadi apa yg akhi nasihat pd sahabat tu? sepertinya kes ni mcm berat…..simpati pada kaum hawa yg ada sifat2 sedemikian, perlu ditarbiyah kalau tak bagaimana mahu menghandle urusan yg lebih besar slps kawin kalau asyik memikirkan faktor2 kebendaan shj 🙂
    ain´s last blog post ..Muhasabah luau tikau sejadah

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Dalam soal minta yang mahal-mahal tu bolehlah diterima lagi alasannya. Tapi bab yang nak tinggalkan kawan saya kalau dia masih gemuk itu yang membimbangkan. Sebabnya kalau tunang dia tak dapat menerimanya seadanya, bagaimana kalau dah kahwin nanti sahabat saya itu sakit ke apa ke, adakah dia masih nak jaga?

    Yang menjadi kegusaran tu, tunang itu jurusan agama. Sangat sedih kalau yang jurusan agama pun masih bersikap seperti itu. Dari cerita sahabat saya itu juga, tunangnya itu susah nak dengar cakap dia dan agak degil. Tapi sahabat tu nak juga, mungkin sebab cinta seperti yang saya gambarkan dalam artikel ini.

    Saya dan rakan2 yang lain nasihatkan kat dia supaya berfikir banyak kali. Sebelum kahwin dah macam-macam, apatah lagi selepas kahwin. Bukan niat kami untuk memisahkan apatah lagi jeles dengan tunangnya, tapi kami sayangkan sahabat kami itu supaya tak terkandas di masa depan.

    Mak saya ada pesan, “biar tak cantik, tapi sedap hati menjaganya”. Huhu. Walallahua’lam.

    [Reply]

  2. Khairunnisa Jamil

    Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah saudara telah membuka mata saya tentang pertunangan..Sememangnya saya berstuju dengan pendapat saudara. Tidak perlu mengongkong seseorang itu sekiranya belum lagi menjadi suami atau isteri kita,tetapi situasi tersebut semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat zaman sekarang.Malahan,majlis pertunangan dibuat seperti majlis kenduri kawen yang tiada penghujungnya. Pada pendapat saya,majlis pertunangan tersebut cukuplah dengan menghantar sebentuk cincin (walaupun menghantar sebentuk cincin itu dianggap adat merisik dalam masyarakat Melayu). Tidak perlu membazir duit untuk membuat majlis pertunangan yang besar-besar, cukup sekadar ala kadar je. Saya simpati dengan sahabat saudara, harap saudara dapat menasihati sahabat saudara. Saya risau, sahabat saudara manjadi tidak keruan ekoran daripada sikap tunangnya itu..Walallahua’lam misawab..

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Kami kawan-kawan, sahabat saya itu mendoakan yang terbaik. Saya sendiri masih belum ada pasangan lagi, saya juga terus berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya..

    Terima kasih saudari..

    [Reply]

  3. sweet lavender

    Assalamualaikum…. kadang2 buat saya jadi terfikir, selepas proses pertunangan dijalankan, kenapa ada lelaki yg masih bergaul dan berkawan dengan perempuan lain sedangkan si tunangnya terlalu setia dengannya? Saya tidak menafikan andainya lelaki tersebut berpotensi untuk berlaku curang pada tunangnya kerana dalam tempoh pertunangan ini terlalu banyak dugaan yg akan ditempuhi oleh pasangan yg bertunang. Ini yang akan merisaukan saya dan apakah yg perlu saya lakukan?

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam.. Tentang soal lelaki yang bertunang tapi masih bergaul dengan kawan perempuan, itu saya tidak pasti sama ada pergaulan cinta atau sekadar pergaulan biasa. Jika pergaulan biasa, itu tak jadi masalah mengikut batasan syarak. Tetapi jika sudah bertunang pun masih bermain cinta dengan perempuan lain itu adalah tidak wajar. Walau bagaimanapun, pertunangan adalah proses berkenalan, jika dirasakan pasangan itu tidak sesuai, boleh memutuskan pertunangan tersebut. Dan itu sebenarnya tidaklah begitu memalukan.

    Yang harus kita lakukan di pihak kita adalah menunjukkan keikhlasan dan menjaga perhubungan dengan baik. Jika pasangan buat perangai, kita boleh menilai sendiri tindakannya dan boleh diambil tindakan yang sewajarnya.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);