browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Bersediakah Kita Apabila Kereta Sudah Boleh Terbang?

Posted by on December 6, 2012

Laptop pertama yang dihasilkan di dunia, sekarang bagaimana?

“Bermulalah Era Kamera Yang Mampu Berhubung”

“Ya Allah.. Canggih betul teknologi sekarang, kamera pun dah boleh jadi telefon ye”, kata Bapak apabila menonton iklan Samsung Galaxy Camera di televisyen.

Teknologi sekarang tidak dapat diduga. Perkembangannya semakin hari semakin pantas. Jika dahulu, orang sudah mula kecoh apabila Nokia 3310 dilancarkan kerana telefon model 3310 adalah telefon pertama yang tidak ada arial. Maklumlah telefon bimbit dahulu semuanya besar bata, baling anjing pun mati!

Kini bukan sahaja telefon berfungsi untuk bercakap dan berSMS dengan rakan di tempat lain, tetapi lebih dari itu kita dapat ambil gambar, berFACEBOOK, Twitter, Instagram, dan macam-macam lagi yang membolehkan kita berhubung dengan seluruh dunia! Semuanya di hujung jari la katakan!

Jika dahulu keypad biasa digunakan, tetapi sekarang semuanya main touch-touch sahaja! Bermula dari era Iphone, diikuti oleh Samsung dan hampir semua telefon sudah mempunyai Touch Screen.

Saya berani mengatakan bahawa kebanyakkan perkembangan dan inovasi dalam teknologi bermula dari filem-filem Hollywood. Contohnya dalam filem Iron Man, kecanggihan komputer di dalam filem tersebut yang hanya menggunakan jari bagi menyusun sesuatu kerja. Tidak lama lagi, keluarlah teknologi dalam filem itu sebagai satu produk yang boleh digunakan oleh orang awam seperti kita.

Benarlah, manusia sentiasa berfantasi dan menginginkan kehidupan yang lebih selesa. Tetapi kecanggihan itu kadang-kadang membuatkan manusia lebih malas seperti wujudnya tandas automatik sampai najis sendiri pun malas nak cuci!

Fantasi yang tinggi itu akhirnya direalisasikan kepada bentuk sebenar dan lahirlah gajet-gajet yang sangat canggih sekarang ini. Cuma duit saja yang tak berapa ada, kalau ada semua gajet dah ada dalam simpanan!

TEKNOLOGI YANG DITERTAWAKAN

Di zaman dahulu, manusia di zaman itu mentertawakan idea yang mengatakan satu hari nanti besi boleh terbang dan boleh timbul di atas air. Mereka mentertawakan idea itu, mana mungkin besi yang berat itu dapat terbang di udara dan dapat timbul di atas air? Gila ke apa?

Buktinya sekarang, besi sudah boleh terbang dengan adanya Kapal Terbang sebesar Airbus! Kita sudah ada kapal kargo yang menyusuri lautan pasifik setiap hari! Jadi, adakah idea besi boleh terbang dan terapung di atas air adalah tidak relevan? Pasti jika orang yang mentertawakan idea itu masih hidup, pasti mereka akan mati kelopongan melihat kecanggihan yang diketawakan itu!

Bayangkan jika telefon bimbit sekarang masih seperti dulu? Ramailah yang bawa batu bata datang ke pejabat!

Jika ayah saya begitu terpegun dengan kecanggihan yang semestinya tidak ada di zaman mudanya, bagaimana pula dengan kita (anak muda) ketika di zaman tua nanti? Mungkin juga anak kita pula yang mengajarkan kepada kita bagaimana cara menggunakan telefon disebabkan telefon sudah tidak lagi berada di tangan tetapi di dalam tangan! Persis filem Total Recall yang telefonnya ditanam di dalam tangan manusia. Nampak menggelikan!

Persoalannnya, apakah bentuk kecanggihan yang akan dipersembahkan pada masa akan datang? Kita pada hari ini pun sudah berasa sungguh canggih dan bagaimana pula untuk hari esok? Bersediakah kita memandu kereta terbang barangkali?

Bersedialah kita berdepan dengan kecanggihan yang mengaburi dan meninggalkan kita yang boleh dianggap kuno nanti. Akan datang mungkin kita sudah tidak perlu masak nasi, semuanya boleh kenyang dengan telan kapsul macam cerita Dragon Ball!

Hanya Tuhan Yang Tahu apa yang akan berlaku. Bersedia sahajalah Yop!

BELI GAJET HARI INI ESOK DAH KELUAR MODEL BARU.. MELEPASSSSS…

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 6 Disember 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);