browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Review : Istanbul Aku Datang (Full Movie)

Posted by on December 8, 2012

ISRAEL AKU DATANG : Kempen Selamatkan Gaza

SINOPSIS “ISTANBUL AKU DATANG”

Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras mereka masingmasing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim.

KOMEN UNTUK “ISTANBUL AKU DATANG”

Ramai yang nak menonton filem ini disebabkan latar tempat Istanbul yang begitu asyik dan indah.

Tidak dapat dinafikan juga ramai yang nak menyaksikan lakonan Lisa Surihani yang comel dan manja dalam filem ini. Bagi peminat-peminat Aizat Amdan, pastinya mereka juga mahu menonton lakonan artis pujaan mereka ini.

Kualiti filem Melayu sangat mendukacitakan apabila kita menontonnya seperti filem PER3 yang malas untuk saya ulas! Saya pun tidak tahu mengapa saya boleh menonton filem ini. Tanpa membaca review daripada bloggers dan pengkritik filem, saya pergi menonton filem ini pada hari kedua filem ini ditayangkan. Komen saya?

Filem ini sangat best! Sehinggakan saya mempromosikan kepada kawan-kawan lain untuk menonton filem ini. Bagi saya filem ini lain daripada yang lain mengikut genrenya yang bersifat romantik. Filem-filem romantik yang lain amat menjengkel dan menggelikan tetapi tidak untuk “Istanbul Aku Datang”.

Pertama, skrip yang ditulis oleh Rafidah 3R nampaknya sangat kemas dan menjawab setiap persoalan yang timbul di hati penonton. Saya pun susah nak menerangkan bagaimana yang dimaksudkan dengan ‘skrip yang kemas’ itu, tetapi sebagai penonton kita akan faham dan mudah memahami perjalanan cerita dan kita tidak perlu berfikir tentang skrip yang berbelit-belit.

Dari segi pelakon, saya lihat Lisa Surihani bertindak sebagai penghidup cerita. Tomok agak kurang menyengat tetapi diselamatkan dengan jalan cerita yang menarik. Ha! Penampilan istimewa Aizat Amdan lebih menambah kemeriahan dalam filem ini.

Pemilihan lagu dan latar tempat baik pun banyak membantu dalam keceriaan filem ini. Kita sebagai penonton pastinya akan dibawa ke Istanbul dan dapat merasai sendiri celah-celah kehidupan di Istanbul.

Eh..! Ada full movie?

Untuk filem ini, saya meletakkan filem wajib tonton.

ISRAEL AKU DATANG! (KEMPEN SELAMATKAN GAZA)

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 8 Disember 2012.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Review : Istanbul Aku Datang (Full Movie)

  1. ain

    Cantik gmbr tu!! Edit ke? Nk share la:-)
    ain´s last blog post ..Biasakan HATI

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Bukan saya yang edit, tak tahu siapa yang edit, nampak menarik sebab tu amik.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);