• Bicara Siasah,  Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN,  Ulasan Buku

    Aku Menulis Tanpa Segan

    Kata orang, nak menulis dengan baik kita seharusnya banyak membaca. Membaca itu jambatan ilmu, dan ilmu itu datangnya dari banyak cara. Pembelajaran secara formal atau tidak formal, pengalaman, ilham dan sebagainya. Tetapi pokoknya, ilmu itu harus dicari dan tidak hanya tunggu bulan jatuh ke riba. Zaman dahulu, penulis hanya terdiri daripada orang-orang berpengaruh, wartawan dan orang berpendidikan. Ruangannya juga agak terhad, sebagai contoh Tun Dr. Mahathir mula menjadi penulis ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura. Beliau beruntung kerana ketika itu tidak ada blog dan tidak banyak surat khabar yang diterbitkan, tetapi tulisan Tun berjaya diterbitkan dan dibaca oleh ramai orang dengan nama pena CHE DET. Jika disoroti kembali pengalaman…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    Manifesto Itu Bukan Satu Perjanjian?

    Seorang rakan saya berkata : “Kau memang pandai tarik minat orang untuk baca blog kau-lah Jamal”. Beliau berkata sedemikian kerana beliau tertarik dengan kaedah yang saya gunakan untuk menarik orang lain membaca tulisan saya khususnya apabila saya menulis tentang kisah seram. Meletakkan gambar hantu yang menakutkan dan menarik perhatian, menulis dengan cara yang seram (walaupun tidak seram sebenarnya) dan ‘menggantung cerita’ (Cliff Hanger) supaya pembaca mengakses blog saya untuk mengetahui kesudahan kisah tersebut telah menarik perhatian beliau untuk berkata seperti itu. Saya berkata pula kepada teman saya itu : “Kalau aku gunakan gambar perempuan seksi dan tajuk yang mengghairahkan, pasti lagi ramai yang akan membaca blog aku!”. Share

  • Imam Muda Musim 3,  Nasyid,  Tinta ADMIN

    Konsert Kecil Harapan Besar! : Malam “Semarak Cinta Rasul”

    Sepanjang penglibatan menguruskan industri hiburan, inilah kali pertama saya menulis sebuah Konsert sendiri yang berdurasi selama 1 jam 30 minit. Apa yang lebih mencabar lagi ialah program ini adalah julung-julung kalinya diadakan di kampung saya! Seperti tahun-tahun sebelum ini, JKKKP kampung saya hanya mengadakan ceramah, perarakan dan pertandingan nasyid apabila tiba sambutan Maulidur Rasul. Idea penggabungan ceramah dan hiburan adalah perkara yang boleh dikatakan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat. Lahirnya konsep seperti DIKIR ZIKIR di TV Al Hijrah membuka ruang untuk mengembangkan idea gabungan persembahan dakwah tersebut. Share

  • Bicara Siasah,  Review

    Tun M : Jangan Perjudikan Nasib Negara [WAJIB BACA]

    KE MANA sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar negara, saya akan ditanya bila pilihan raya akan diadakan. Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh lima tahun hayat Parlimen. Soalan seterusnya ialah sama ada Barisan Nasional (BN) akan menang. Jawapan saya BN akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung parliament) atau sebuah kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi. Ramai yang berkata Perikatan/BN…

  • Bercakap Dengan Jin,  Kisah Teladan,  Rawatan Islam

    KISAH SERAM : Siapa Tengku Khairuddin Di Gua Musang?

    Kisah ini berlaku ketika Ustaz Nabil Mahathir, isteri dan pembantunya, Encik Shamsol dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur melalui Gua Musang. Perjalanan melalui jalan Gua Musang sememangnya mencabar. Jalannya yang sunyi dan dikelilingi hutan belantara adalah satu ‘keseraman’ kepada para pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam. Tetapi kisah ini dikisahkan kepada saya, berlaku pada waktu siang! Sewaktu mereka sampai di suatu tempat, ditakdirkan tayar kereta Myvi yang mereka naiki pancit dan terpaksa berhenti di tepi jalan. Encik Shamsol menggalas tanggungjawab untuk menukar tayar spare. Tayar dikeluarkan daripada Boot kereta dan Ustaz Nabil cuba membantunya. Dalam masa tidak berapa lama selepas itu, ada sebuah lagi kereta berjenis Waja juga berhenti di…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Review,  tv@jamalrafaie.com

    [VIDEO] : Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13

    Bicara Minda Tun Dr. Mahathir Mohamad ini telah dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf (Sinar Harian) pada 17 Januari 2013. Bagi saya, ucapan Tun M pada kali ini sangat mendalam. Beliau menunjukkan kerisauan beliau kepada bangsa Melayu dan memberi teguran kepada bangsa Melayu itu sendiri yang sudah kurang untuk bercakap tentang bangsa mereka. Tun M sering dilabel sebagai rasis oleh pembangkang hanya kerana beliau bercakap tentang Melayu tetapi kita tidak berkata bahawa orang yang berkata Tun M rasis juga adalah lebih rasis. Walau bagaimanapun, hanya diri kita sahaja yang mampu mengubah apa-apa tentang diri kita bangsa Melayu. Tun M hanya mampu untuk bercakap dan kesedaran itu harus diterapkan dalam hati masing-masing.…

  • Bicara Siasah

    Kebimbangan Terhadap PRU-13 Jika BN Terus Memerintah?

    Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda. “Akan keluar di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan perkataan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang buruk). Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku ? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah…

  • Bicara Siasah,  Tinta ADMIN,  Ulasan Buku

    Beli Online Buku “Kafirkah Aku?”

    Ramai yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan buku Kafirkah Aku?, karangan C.N Al-Afghani. Bagi pengetahuan semua, buku ini tidak dijual di kedai-kedai buku apatah lagi di ceramah-ceramah Pas. Sebelum ini saya juga mencari buku ini, Alhamdulillah saya sudah memilikinya dengan pembelian secara pos. Anda juga boleh download e-book Kafirkah Aku? dengan melayari laman web ini [KLIK SINI] Kata-kata aluan C.N Al-Afghani dalam buku tersebut : “Dengan terbitnya buku ini, rasanya sekali lagi saya akan diserang oleh pimpinan dan ahli Pas. Pasti saya dituduh kurang ajar terhadap ulama, lawan ulama dan cuba merosakkan perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Suka saya menegaskan, menentang ulama sebagai pewaris Nabi, bukan cita-cita saya. Hanya sekadar…