• Bicara Siasah

    Rahim Noor : Amanat Yang Membawa Padah

    MUKADIMAH AMANAT Haji Hadi yang pernah diucapkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 telah menghangatkan polemik kafir-mengkafir sesama Islam di negara ini. Amanat itu dilihat sebagai punca di sebalik insiden-insiden pelik tetapi benar seperti solat fardu dua imam, mengharamkan sembelihan orang UMNO dan mengulangi akad nikah sekiranya dinikahkan oleh kadi kerajaan. Amanat itu juga dikatakan menjadi pencetus peristiwa Memali pada 19 November 1985. Namun, seperti yang dijelaskan oleh bekas Ketua Polis Negara, TAN SRI ABDUL RAHIM NOOR kepada wartawan Mingguan Malaysia, HUSSAINI AMRAN dan jurufoto, ZAINI HUSIN dalam satu wawancara eksklusif di kediamannya di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor,…