browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Besarnya Ujian Buat Tok Guru

Posted by on February 4, 2013
TG Nik Aziz : Menteri Besar Kelantan (1990 -  sekarang)

TG Nik Aziz : Menteri Besar Kelantan (1990 – sekarang)

“Besarnya ujian yang Tok Guru tempuh sepanjang karier politiknya”, kata rakan saya.

Saya bersama rakan-rakan melawat Masjid Tok Guru dan Maahad Nurul Anuar di Pulau Melaka, Kelantan. Siapa yang tidak kenal dengan Tok Guru Nik Aziz? Namanya cukup terkenal di Malaysia, lebih-lebih lagi di negeri Kelantan.

Sebut sahaja Kelantan, pasti akan teringat dengan Nik Aziz dan PAS sehingga kita sukar untuk melihat bendera UMNO di sana. Begitu besar penangan pengaruhnya.

Saya sempat ke Masjid Tok Guru dan sekolah agamanya. Keluasannya agak kecil tetapi memuatkan sekolah dan masjid yang agak padat. Persis sebuah perkampungan.

Kata rakan saya itu, kesemua binaan dan sekolah yang ada di sini adalah sumbangan orang awam. Saya tidak dapat bertemu dengan Dato’ Nik Aziz ketika itu kerana difahamkan tidak ada di Kelantan, mungkin beliau ke Pulau Pinang berjumpa dengan Karpal Singh jika dibaca di dalam laporan media.

Sempat juga saya berborak dengan penduduk sekeliling, mereka melaporkan Tok Guru sudah agak tidak sihat dan sering membatalkan kuliahnya kerana uzur.

SIFAT ORANG KELANTAN

Amat sukar saya menulis tentang orang Kelantan. Saya faham benar dengan sifat mereka, rakan-rakan saya juga ramai yang berasal daripada Kelantan. Jika silap komen, pasti akan dimarahi dan akan terus diboikot di kemudian hari.

Mengikut pengalaman dan bertanya sendiri kepada orang Kelantan, mereka adalah keturunan yang amat mementingkan bangsa mereka. Jika kita perhatikan, ada seorang Kelantan bersama dengan kita dan tiba-tiba bertemu dengan seorang lagi anak Kelantan (mungkin juga mereka saling tidak mengenali) pastinya mereka akan ‘meninggalkan’ kita yang bukan orang Kelantan.

Kita akan jadi kera sumbang, lebih-lebih lagi jika kita berada di tengah-tengah di antara mereka kerana mereka akan berbual sesama sendiri tanpa mempedulikan kehadiran kita di situ. Mungkin itu adalah sifat segelintir, saya tidak kata semua.

Dalam buku “Berani Tanpa Segan” karangan Tan Sri Abdullah Ahmad, beliau menulis orang Kelantan ialah suka berusaha sendiri, minat bisnes, rela berhijrah, cinta ilmu pengetahuan, simpan duit, sering berani mengambil risiko, tidak suka menonjol-nonjol (ada yang terkecuali), riang dan asyik berpolitik – teokrasi, nasionalis, ekstrem, liberal dan oportunis : tidak minat sukan kecuali bola sepak, acapkali bercinta, bernikah dan bercerai; kuat beragama, juga ketagih duniawi di antaranya makan dan minum, relaks, lepak dan hiburan.

(Ciri-ciri di atas ditulis oleh penulis yang memang asalnya orang Kok Lanas, Kelantan)

Kesimpulannya, mereka adalah suku bangsa yang mempunyai ciri yang tersendiri. Mungkin juga mereka mempunyai raut wajah yang unik sehingga kita dapat meneka mereka dari mana : “Kamu orang Pasir Mas ye?”.

BESARNYA UJIAN TOK GURU

Berbalik semula tentang soal Dato’ Nik Aziz. Beliau sangat berpengaruh sehinggakan ramai orang sanggup melekat stiker di kereta dan menggantung gambarnya di rumah. Termasuk juga orang-orang UMNO di sana, mereka juga amat menghormati beliau.

Fenomena ini adalah satu cabaran buat UMNO dan Barisan Nasional bertapak di Kelantan. Apa yang diperhatikan ialah PAS berjaya mem’branding’ nama Tok Guru Nik Aziz di seluruh Malaysia sehinggakan apa yang disebut beliau adalah satu fatwa dan tiada cacat celanya.

Saya tidak mahu membicarakan apa yang difatwakan kerana saya bukan ahli dalam bidang tersebut dan biarlah orang-orang agama sendiri yang menegur beliau jika ada salah dan silap. Apa yang merisaukan adalah sifat ketaksuban yang tinggi boleh memberi implikasi yang buruk kepada umat Islam.

Khususnya dalam politik, saya boleh membuat kesimpulan dalam diri saya sendiri berkenaan beliau. Kemungkinan beliau masih mempunyai perasaan dendam atau marah yang menebal kepada UMNO sehinggakan dengar sahaja nama UMNO seperti satu perkara yang tidak dapat diterima oleh beliau. Dan banyak usaha-usaha ke arah penyatuan semula UMNO dan PAS gagal disebabkan campur tangan beliau.

Ramai di kalangan umat Islam mahukan penyatuan ummat. Tetapi keadaan semasa tidak membenarkan kita melaksanakannya. Kedua-dua parti sama ada UMNO dan PAS sebenarnya belum bersedia (atau tidak ikhlas?) untuk membina kerajaan perpaduan.

Manakan PAS mahu bergabung dengan UMNO sedangkan mereka masih berada dalam Pakatan Rakyat? Apa kata DAP dan PKR jika mereka bersetuju bergabung dengan UMNO?

Kata Mat Sabu : “Saya lebih rela makan babi dengan Lim Guan Eng daripada makan ayam dengan Najib”. Aktivis pembangkang, Khalid Ismeth berkata : “Kalau Imam UMNO, aku lagi rela solat dalam tokong Cina”.

Jelas, dendam dan marah masih menebal. Bukan ini masanya untuk kembali berpaut jika diperhatikan dengan keadaan semasa.

Saya rasa UMNO masih belum kuat untuk menawan Kelantan dan kerajaan perpaduan masih belum dapat terjalin selagi Tahaluf Siyasi Pakatan Rakyat tidak terputus (suami isteri pun boleh bercerai, inikan pula parti politik).

Tetapi bila?

Saya bukan ahli nujum untuk menelek. Tetapi rasanya selepas zaman Tuan Guru Nik Aziz menjadi Menteri Besar atau Mursyidul Am PAS, baru boleh kita bincangkan semula isu ini.

Besarnya ujian yang diterima oleh Nik Aziz, baik dalaman atau luaran parti. Tetapi ingat, orang lain juga ada ujiannya yang tersendiri.

ULAMA’ PEWARIS NABI

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 4 Februari 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to Besarnya Ujian Buat Tok Guru

  1. littleantzz

    dendam??? siapa kita manusia biasa yang menghukum seseorang yang kita sendiri tidak tahu apa di dalam hatinya…sedangkan kita sendiri terkadang tidak jelas dengan apa yang ada dalam hati kita…hanya Allah Yang Maha mengetahui setiap lintasan hati-hati hamba-Nya, teruslah mencari hikmah wahai sahabat…

    [Reply]

  2. Rahmat

    Assalamualaikum. Saudara dilihat sangat sibuk dengan harapan tertubuhnya kerajaan perpaduan. Ini kerana melihat kepada UMNO yang semakin nazak. Pengalaman PAS bersama UMNO sedikitpun tidak memberi faedah kepada PAS. UMNO lebih sukan menjaga periuk nasi sendiri dan lebih mementingkan diri sendiri. Keangkuhan UMNO jelas kelihatan walaupun ia semakin lemah, terutama dalam keikhlasan untuk melaksanakan Islam secara syumul serta kerajaan yang berintegriti tanpa korupsi. Apa yang saya nampak ialah, sekiranya UMNO bersetuju untuk melaksanakan Islam secara syumul, ia mestilah ditunjukkan melalui usaha dan kesungguhan. PAS tidaklah berhasrat jika berjaya mentadbir negara, maka undang2 hudud segera dilaksanakan, tetapi saya rasa PAS boleh menerima gabungan dengan UMNO jika UMNO sendiri rela dan menunjukkan kesungguhan ke arah perlaksanaan Islam secara syumul, mempunyai objektif jangka pendek dan jangka panjang. UMNO sendiri dilihat takut dengan undang2 Islam kerana rata2 pemimpin UMNO jauh daripada Islam, korup, salah guna kuasa, mementingkan pencarian harta untuk peribadi dsb. yang mana jika dilaksanakan hukum Islam, maka sudah tentu ramai pemimpin UMNO yang akan dihukum mengikut hukum Islam. Tuan Guru Nik Aziz sendiri selalu mengulangi syarat bergabung dengan UMNO ialah, UMNO mesti bersedia menerima Islam melebihi kebangsaan.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Wasalam. Saudara, saya merasakan ada beberapa perkara yang tidak tepat daripada pihak saudara.

    1. Dikatanya UMNO nazak kerana itulah mahu bergabung bersama PAS. Itu tidak tepat, dalam PRU13 ini kedudukan UMNO adalah semakin kuat apabila dilihat jumlah kerusi dimenangi UMNO di Parlimen bertambah 9 kerusi berbanding 2008. UMNO perolehi 88 kerusi (2013) berbanding 79 kerusi (2008). Sebenarnya PAS yang semakin lemah dengan penurunan 2 kerusi menjadi 21 kerusi berbanding 23 (2008). PAS menambah kerusi yang ditandingi tetapi banyak kerusi yang tewas malah semakin menurun.

    2. Kelemahan BN bukanlah kejutan daripada bangsa Melayu tetapi penangan daripada bangsa Cina. Mengikut kajian, pengundi Melayu memberi sokongan yang tinggi kepada BN berbanding PR. Kerusi-kerusi yang PAS menang pun kebanyakkan dimenangi disebabkan pertolongan bangsa Cina mengundi Pas dan bukannya kerana kuatnya bangsa Melayu menyokong pembangkang. Tetapi kes ini berlainan bagi PAS di Kelantan.

    3. Kes-kes korupsi itu bukanlah masalah parti, itu adalah masalah peribadi pemimpin itu sendiri. Pemimpin yang korupsi sudah menerima padahnya. Jika ada digembar-gemburkan lagi, semua itu adalah propaganda pembangkang untuk menghasut rakyat. Pembangkang ternyata mempunyai kemahiran yang tinggi untuk menghasut rakyat.

    4. Tentang syarat meninggalkan sentimen bangsa jika mahu bergabung adalah tidak saya persetujui. Adakah UMNO tidak Islam? Mengapa PAS boleh menerima PKR yang jelas mahukan Pluralisme dalam agama? Adakah PKR terlalu Islamik? Bagi saya, ianya mudah. Sebenarnya benci sahaja, bukan tak boleh bergabung. Apabila sudah tenang hati semuanya boleh bertaut lagi.

    5. Kerana itulah saya berani mengatakan, walaupun zaman TG Nik Aziz sekarang kita tak mahu bergabung, mungkin apabila beliau sudah tiada, kita akan bersama-sama kembali. Saya yakin masanya akan tiba.

    Mengapa bersungguh-sungguh menghalang perpaduan? Adakah Islam mengajar sedemikian?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);