browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

[PERSEPSI] : Kassim Ahmad VS Ambiga

Posted by on February 18, 2013
ambiga keratan akhbar

Tak suka orang kat rumahnya, tapi suka di Dataran Merdeka

Ambiga Sreenevasan, bekas Pengerusi Majlis Peguam menyokong Sambutan Seksualiti Merdeka, menyokong sambutan itu menggambarkan beliau menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LBGT).

LGBT adalah haram dalam agama Islam dan juga melanggar tabiat manusia. Lesbian melakukan hubungan seks antara sesama perempuan, Gay pula sesama lelaki, Biseksual pula lelaki boleh perempuan pun boleh. Transgender pula proses menukar jantina seperti pembedahan membuang alat kemaluan lelaki untuk menjadi ‘wanita sejati’.

Ambiga juga adalah Pengerusi NGO bernama BERSIH dan pernah mengadakan perhimpunan sebanyak 3 kali setakat ini.

Ramai yang mempertikaikan kredibiliti Ambiga yang memimpin NGO itu dan beliau disokong oleh parti-parti pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS yang terdiri daripada golongan agamawan pun turut menyokong beliau.

Apabila wartawan bertanya kepada golongan agamawan ini tentang peribadi Ambiga yang menyokong LGBT, mereka menjawab itu tidak ada kena mengena dengan perjuangan mereka.

Pernah juga dilaporkan Nik Aziz pernah berkata bahawa jika Syaitan pun mahu menolong PAS menjatuhkan UMNO, beliau akan terima bantuan syaitan itu. Ianya sudah menggambarkan bahawa siapa sahaja yang ingin menjatuhkan UMNO, itu adalah sahabat. Dan siapa yang mempertahankan UMNO, adalah musuh bagi Nik Aziz.

PERIHAL KASSIM AHMAD

Kassim Ahmad adalah seorang yang dicop sebagai ANTI-HADIS. Buku tulisannnya (Hadis : Satu Penilaian Semula) pernah diharamkan oleh JAKIM (ketika itu namanya Pusat Islam) dan pernah dimasukkan ke dalam ISA selama 5 tahun kerana berfikiran kiri, sosialis dan Komunis.

Beliau pernah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun dan bekas banduan ISA ini pernah mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan memberi dalil Al-Quran dengan ayat bermaksud “Kemudaratan Kecil Boleh Mencegah Kemudaratan Yang Lebih Besar”.

Kassim Ahmad bersama bukunya, HADIS : Jawapan Untuk Pengkritik

Kassim Ahmad bersama bukunya, HADIS : Jawapan Untuk Pengkritik

Kassim Ahmad ketika ini (setelah terlibat dalam kes-kes terdahulu) diberi peluang oleh Utusan Malaysia untuk menyumbangkan artikel dan pendapat dalam ruangan akhbar tersebut.

Saya juga pernah membaca artikel yang ditulis oleh beliau tetapi tidaklah menyentuh soal anti-Hadith dan sebagainya. Beliau menulis di Utusan Malaysia tentang polemik politik semasa dan pandangan beliau tentang politik itu sendiri.

Hari ini, ada orang sudah mendesak agak Utusan Malaysia menghentikan penerbitan artikel daripada Kassim Ahmad kerana didakwa bahawa Kassim Ahmad mendokong ideologi Komunis.

INI SEMUA TENTANG PERSEPSI

Saya melihat perkara ini adalah berkenaan tentang persepsi. Apabila orang itu berpihak kepada kita, kita menyokongnya, apabila orang itu tidak menyokong kita, kita tidak suka.

Mat Sabu juga pernah mengangkat Mat Indera sebagai hero kerana menyerang Polis Melayu di Bukit Kepong dengan alasan Polis Melayu ketika itu di bawah pentadbiran British (penjajah), jadi Mat Indera adalah hero kerana melawan penjajah walaupun kisah sebenarnya Mat Indera adalah tali barut kepada Komunis ketika itu.

Disebabkan perkara itu Mat Sabu yang berkata, semua pengikut PAS terikut dan terpedaya dengan cakap-cakap Mat Sabu sehingga ada yang tergamak untuk meletakkan papan tanda peringatan kubur Mat Indera walaupun kubur itu bukan Kubur Mat Indera. Hal ini persis adegan Kassim Selamat ditipu mak mertuanya dalam filem Ibu Mertuaku.

Papan Tanda boleh mengubah persepsi seseorang sehinggakannya adalah BENAR! - Sumber : TaipingMali

Papan Tanda boleh mengubah persepsi seseorang sehinggakannya adalah BENAR! – Sumber : TaipingMali

Jika dikatakan ‘syaitan pun boleh membantu’ oleh Nik Aziz. Mungkin UMNO juga boleh mengatakan bahawa Kassim Ahmad yang dianggap ‘syaitan’ pun boleh membantu UMNO?

Jika orang PAS kata Ambiga (menyokong LGBT) tidak ada kena mengena dengan perjuangan BERSIH, kenapa pula dipertikaikan tentang Kassim Ahmad yang menulis di Utusan Malaysia, adakah beliau masih menulis tentang ideologi Komunis dalam Utusan Malaysia?

Apabila bercakap (pembangkang) tentang orang (kerajaan) memang sedap dan disebar-sebarkan walaupun tak tahu betul ke tak, tapi bila orang lain bercakap tentang mereka, mereka akan gunakan ayat Quran ini :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”.
[Al Hujurat : 6]

Tetapi apabila orang PAS berkata tentang orang lain, mereka lupa pula tentang ayat yang mereka sendiri ingatkan kepada musuh mereka.

Manakan tidak, isu Altantuya, cincin Rosmah masih berlegar di kalangan ahli pembangkang. Entah betul entah tidak, tetapi adakah pemimpin PAS mengingatkan juga kepada ahlinya?

ITULAH PERSEPSI

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 18 Februari 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);