browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

RCI, 13 Mei & Perpaduan Kaum Di Malaysia

Posted by on February 9, 2013
Meraikan keharmonian kaum & budaya - Kredit : The Portal Perak Today

Meraikan keharmonian kaum- Kredit : The Perak Today

Anwar Ibrahim membangkitkan isu tentang pemberian hak kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah. Tun Dr. Mahathir menjawab bahawa pemberian kerakyatan kepada pendatang di Sabah adalah mengikut undang-undang seperti tinggal melebihi 20 tahun, sudah boleh berbahasa Melayu dan sudah berbudaya Malaysia.

Anwar Ibrahim juga mendakwa pemberian kerakyatan kepada pendatang Sabah adalah untuk menaikkan jumlah pengundi di Sabah dan menyokong Barisan Nasional. Tun Mahathir menjawab, kalau kita buat sebelum PRU atau selepas PRU, pembangkang akan kata juga BN guna mereka sebagai pengundi BN.

Hakikatnya, kita tidak dapat memastikan mereka mengundi BN kerana setiap pengundi ada hak memilih parti pilihan mereka. Yang pastinya, mereka memilih tidak semestinya BN.

Tun Dr. Mahathir juga berkata zaman pemberian kerakyatan itu juga melibatkan Anwar Ibrahim yang ketika itu menjawat jawatan dalam kabinet. Akhirnya Anwar Ibrahim terperangkap dengan dakwaannya sendiri.

Tun M memberi arahan memberi kerakyatan mengikut undang-undang, tetapi tidak tahulah Anwar Ibrahim buat kerja masa dulu sebab apa.

Tun Mahathir juga menjawab secara sinis ; jika mahu menyalahkan beliau dengan memberi kerakyatan kepada pendatang Sabah, kita lebih harus mempersalahkan Tunku Abdul Rahman yang memberi kerakyatan kepada kaum Cina dan India semasa proses kemerdekaan dahulu dan jumlah kerakyatan itu lebih ramai daripada isu kerakyatan Sabah ini.

Kita juga tahu, ‘pendatang’ itu sekarang sudah lama menjadi warganegara Malaysia dan ada pula yang menjadi wakil rakyat dan menteri. Adakah mereka semua menyokong BN? Adakah Tunku memberi kerakyatan kepada ‘pendatang’ semata-mata untuk memberi undi kepada BN?

Negara kita ada undang-undang. Jika dirasakan seseorang itu layak menjadi rakyat Malaysia dan mengikut prosedur yang betul, tidak salah jika kita memberi penghormatan kepada mereka dengan menjadi rakyat Malaysia.

Adakah kerana dilihat pengundi di Sabah kurang memihak kepada Anwar Ibrahim, beliau membangkitkan isu ini? Adakah pula beliau akan membuka isu ini jika pengundi di sana memihak kepada beliau?

Siapa yang berfikir dan membaca sejarah perjuangan Anwar, pasti akan tahu permainan ini. Mulutnya manis, sehinggakan Tun Mahathir pun terpesona dengan beliau! Saya beranggapan jika tidak silap gayanya, beliau sendiri yang akan didakwa dan terperangkap dengan mainan isu ini.

JANGAN BANGKIT ISU PERKAUMAN

Malaysia adalah sebuah negara unik. Kita masih lagi boleh mengekalkan keharmonian kepelbagaian kaum dan hidup secara aman. Kita juga tahu ada negara yang hanya mempunyai satu kaum sahaja, tetapi masih bertelagah dan berperang sesama sendiri.

Ada juga negara berbilang kaum seperti Ireland Utara yang berperang di antara kaum. Alhamdulillah, walaupun kita mempunyai pelbagai kaum dan agama, kita hidup secara aman dan selesa.

Setiap daripada kaum mempunyai isu sensitif yang tersendiri. Sejarah membuktikan bahawa membangkitkan isu sensitif akan menyebabkan pergaduhan di antara kaum. Tidak lama dahulu, DAP dan Gerakan (sebelum menyertai BN) hampir menguasai negeri Selangor khususnya di kawasan Kuala Lumpur dan mereka turun ke jalanan dengan membawa penyapu besar dengan berkata “Negara ini Cina punya”, “Melayu balik kampung”, “Malay-si” dan sebagainya.

Perkara seperti itu pastinya membawa perpecahan dan kemarahan orang Melayu. Maka, terjadilah peristiwa 13 Mei 1969.

GERAKAN & DAP membuat demontrasi selepas menang banyak kerusi di KL

GERAKAN & DAP membuat demontrasi selepas menang banyak kerusi di KL

Tidak salah untuk memperjuangkan nasib bangsa sendiri, tetapi jangan terlalu rasis seperti DAP yang menekan dan menjatuhkan maruah bangsa lain. Cukuplah membincangkan kebajikan bangsa dan berfikir untuk meningkatkan taraf hidup bangsa sendiri. Yang lain jangan kacau!

Kita harus mengambil pengajaran daripada peristiwa bersejarah itu untuk mengekalkan keamanan negara. Berjuang untuk bangsa haruslah tidak bermakna kita anti kepada bangsa lain. Jika rasis, itu sifat Yahudi!

MERAIKAN KEPELBAGAIAN BANGSA DAN BUDAYA

Sempena Tahun Baru Cina ini, kita orang Melayu dan bangsa India dapat merasa buah Limau yang banyak berada di pasaran. Sama ada kita beli sendiri atau pun diberi oleh kenalan berbangsa Cina, mudah cerita siapa nak makan limau boleh dapat percuma! Minta sahaja!

Bulan Ramadan dan Aidilfitri pula, bangsa-bangsa lain turut mendapat nikmat. Saya selalu perhatikan ramai di kalangan bukan Melayu turut membeli juadah yang dijual di Bazar Ramadan. Mereka tahu pelbagai menu makanan dapat diperolehi di Bazar Ramadan setahun sekali yang sukar didapati di waktu lain. Open House raya juga mendapat sambutan daripada pelbagai kaum.

Rakyat Malaysia juga suka lepak di Kedai Mamak dan saya juga suka makan Tosai. Semasa kecil, saya selalu makan Puttumayam yang dijual oleh Uncle Maniam. Puttumayam cicah gula merah memang terbaik!

Setiap rakyat Malaysia tidak kira dari mana-mana kaum pun, menyumbang kepada kemajuan Malaysia. Kita tidak boleh anti kepada mana-mana kaum yang lain dan perlu menghormati di antara satu sama lain.

Sempena Tahun Baru Cina 2013 (Tahun Ular Air), GONG XI FA CAI untuk rakan-rakan dari kalangan bangsa Cina.

Itu asas! Perpaduan kaum. Barulah senang cari makan!

1MALAYSIA : PERPADUAN SESAMA KAUM, BUKAN SEMUA SAMA RATA SAMA RASA

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 9 Februari 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);