browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

[REVIEW] : Hantu Kak Limah 2, Tak Seperti Yang Digambarkan

Posted by on February 11, 2013

poster kak limah 2

Jika anda membaca tajuk posting ini, pasti anda akan tahu apa yang saya rasakan.

Tetapi adakah ianya seteruk yang digambarkan? Filem ini adalah filem sambungan siri Geng Kampung Pisang. Bermula dengan Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan yang terbaru Husin, Mon, Dan Hantu Pakai Toncit.

Filem terbaru ini lebih sinonim dengan nama “Hantu Kak Limah 2” yang saya percaya adalah untuk menumpang impak filem sebelumnya yang bukan sahaja memecah panggung tetapi menjadi sebut-sebutan masyarakat.

“Kite Bakor jerr”. Watak Usop Wilcha memang sungguh berkesan dalam filem Hantu Kak Limah. Saya juga percaya bahawa populariti Usop Wilcha itu memberi peluang kepada Shy8 (pelakon watak Usop) mendapat tempat sebagai DJ di Hot FM.

Saya puji dengan kreativiti Mamat Khalid yang mencipta identiti yang unik dalam setiap watak di dalam filem tersebut. Usop yang bergaya penarinya, Husin (Awie) yang kelakar berbanding Awie yang sebenar, Pak Jabit, dan watak-watak lain yang menggunakan pelakon yang tidak popular tetapi mempunyai nilai yang tersendiri.

Apakah yang dibawa oleh pengarah dan penulis skripnya (Mamat Khalid) dalam filem Hantu Kak Limah 2 ini? Mari kita baca sinopsisnya.

SINOPSIS HUSIN, MON, DAN JIN PAKAI TONCIT

Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian “Hantu Kak Limah Balik Rumah”, Husin yang telah muflis akibat ditipu skim cepat kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon, kekasih lamanya sewaktu Kampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh. Nampaknya, sejarah 45 Tahun dulu kembali semula. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di Kampung itu kembali menghantui.

Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura dan mempelawa Husin menjadi pembantunya. Namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK gagal mengesan dimanakah Husin berada. Yang tinggal hanyalah mee maggi Singapura…..

Di dalam kekecohan itu Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana Husin. Apakah sebenarnya yang berlaku…? Siapakah yang menculik Husin…?

PANDANGAN KESELURUHAN FILEM INI

Secara jujurnya, filem ini tidaklah seteruk filem-filem lain.

Saya puji dengan usaha Mamat Khalid yang menggunakan teknik Computer Generated Image (CGI) dalam filem ini. Kita dapat saksikannya dalam babak Dr. Samsudin (Rashidi Ishak) menunjukkan keadaan Husin di alam bunian kepada penduduk kampung.

Satu lagi penggunaan teknik CGI yang baik ialah ketika Dr. Samsudin bertukar menjadi ‘hantu pakai toncit’ yang saya rasa di dalam filem ala Hollywood seperti Transformers.

Bagi saya jalan cerita Mamat Khalid ini sangat baik. Beliau mahu membawa penonton untuk mengurai lagenda dan rahsia penduduk Kampung Pisang pada tahun 1880-an. Siapa yang sangka Kampung Pisang yang banyak kontroversi itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Siapakah yang membuka Kampung Pisang ini? Mengapakah setiap 45 tahun pasti ada jejaka teruna Kampung Pisang yang hilang? Mengapa ianya terjadi? Itulah yang perlu dijawab apabila Aflin Shauki dimamah oleh ‘sesuatu yang ghaib”.

Saya amat meminati filem seperti ini, kerana jalan ceritanya lain daripada yang lain. Saya kurang minat dengan filem Melayu lain yang mempunyai latar dan skrip yang hampir sama dalam setiap filem terutamanya filem terbitan MiG. Korporat, orang kaya, percintaan, gangster, rempit, hantu dan lawak yang tak berapa nak lawak dan seram.

Filem Hantu Kak Limah 2 ini juga mempunyai elemen yang saya sebutkan tadi. Tetapi olahan cerita membuatkan filem Mamat Khalid mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri. Anda boleh perhatikan.

Jika semuanya baik, apa yang membuatkan saya rasa tidak seperti digambarkan dalam benak fikiran saya sebelum menonton filem ini?

Salah satu babak dalam Hantu Kak Limah 2 - (Sumber : jomss.blogspot.com)

Salah satu babak dalam Hantu Kak Limah 2 – (Sumber : jomss.blogspot.com)

Jawapannya ialah, lawak dalam filem Kak Limah 2 ini lebih kurang sama dengan ‘filem pecah panggung’ Hantu Kak Limah Balik Rumah. Perbandingan kedua-dua filem ini nampak klise. Walaupun kita tahu ini adalah filem sambungan tetapi lawak yang sama membuatkan ianya nampak biasa sahaja.

Saya beranggapan filem ini sudah siap pengambarannya sekitar tahun 2011 lagi, iaitu selepas sahaja filem Hantu Kak Limah ditayangkan. Hal ini kerana Allahyarham Zami Ismail masih lagi hidup ketika itu. Mungkin kerana itu filem Kak Limah 2 ini belum sempat lagi dikembangkan ideanya.

Itu hanya pendapat peribadi sahaja. Tidak tahu pula jawapan daripada pihak produksi.

Apa pun, tidak rugi sebenarnya menonton filem Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon Dan Hantu Pakai Toncit. Kerana kes yang baru pula menimpa penduduk-penduduk Kampung Pisang. Hantu Pakai Toncit tu memang ganas!

Rasanya ada lagi sambungan filem ini kerana ada kelibat hantu-hantu berterbangan di awangan semasa Husin pergi meninggalkan Kampung Pisang di akhir babak.

Selamat menonton dan kalau nak tahu apa jadi dengan Kak Limah sekarang, jangan lepaskan peluang tonton filem ini ya!

APA PULA KISAH KAMPUNG PISANG SELEPAS INI?

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 11 Februari 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

4 Responses to [REVIEW] : Hantu Kak Limah 2, Tak Seperti Yang Digambarkan

  1. cyda yusof

    baca review dah rasa tak sabar nak tengok. HEhehe 🙂
    cyda yusof´s last blog post ..Segmen Blog Kesayangan : Blog Coklateyes

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Memang terbaikkkkk….

    [Reply]

  2. Badrol

    Saya dah tonton filem ni dan scene paling kelakar bagi saya bila adegan Pak Jabit cakap SHUT UP YOU pada Yem Sekupang, serius saya gelak sampai sesak nafas !!!!

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Tapi bagi saya filem Hantu Kak Limah balik rumah adalah LAGEND!!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);