• Bicara Siasah,  Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN,  tv@jamalrafaie.com

    Apa Pendapat Kamu Tentang PDRM?

    Sewaktu di Univesiti dahulu, saya pernah ternampak seorang rakan menampal poster di lokernya yang ditulis “BELIA BENCI POLIS”. Saya bertanya kepadanya apa yang menyebabkan beliau begitu membenci Polis, katanya “Sebab Polis saman aku”. Saya mengakui kadang-kadang kita ini beremosi tentang sesuatu perkara. Saya juga pernah kena saman dengan Polis, saya pun berasa tidak puas hati juga apabila terkena saman. Namun, lama kelamaan saya terfikir semula bahawa ‘sebab kena saman’ adalah disebabkan kesalahan yang dibuat oleh diri saya sendiri. Share

  • Nasyid,  Tinta ADMIN

    MALAM CINTA RASUL | Dataran Merdeka 23 Mac 2013

    Kepada teman-teman yang berkesempatan tu, jom kita ke Konsert Malam Cinta Rasul yang akan diadakan pada 23 Mac 2013 bertempat di Dataran Merdeka. Majlis akan dimeriahkan dengan alunan Qasidah daripada Habib Syech dan Habib Ali Zainal Abidin bersama kumpulan nasyid terkenal Malaysia seperti Inteam dan Al Mawlid. Kepada yang semangat sangat masa perhimpunan BERSIH hari tu, jomlah kita ramai-ramai datang memenuhkan ruang yang ada berselawat ke atas Nabi kita, Nabi Muhammad Sholallahu A’laihi Wasallam di Dataran Merdeka. Jangan semangat masa BERSIH saja, hati tu pun kena bersihkan juga. Jangan terasa ya kepada yang tidak ada kena mengena. Ya Hanana! Ya Hanana! SHOLLU A’LANNABI! Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com 57000 Bukit Jalil, 22…

  • Aktiviti,  Hiburan,  Info,  Review

    Konsert Gegar 5 Lagenda Memang Rock Ooo!

    Saya budak baru belajar. Kehadiran ke Konsert Gegar 5 Lagenda adalah yang pertama buat saya di Istana Budaya (IB). Apa yang berlaku? Saya hampir memakai pakaian seperti orang yang hendak pergi Interview! Siap nak pakai Tie pulak tu! Nasib baik tak pakai baju interview! Maklumlah sebelum ini kita dengar, apabila nak menonton persembahan di IB, para pengunjung perlu mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan. Menurut kawan-kawan yang dah biasa ke IB, pada awal pembukaan IB memang etika pemakaian sangat strict, tetapi selepas tak ramai orang nak datang, etika itu dilonggarkan sedikit. Pakai kasut, baju berkolar saja. Maklumat lanjut boleh hubungi IB ya! Share

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah,  Review

    [TUN M] : Melayu Malu Mereka Melayu

    SAYA diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil. Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam. Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah. Penjajah tetap…

  • Bicara Siasah

    Amaran Papa Gomo Kepada Anwar Ibrahim

    Kisah liwat atau video seks Anwar Ibrahim kembali lagi. Kata orang-orang pembangkang : “Ini adalah kospirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar ibrahim”. Jawapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim apabila ditanya wartawan juga tidak mendapat jawapan yang memuaskan. “Adakah Dato’ Seri Homoseksual atau Biseksual?”, tanya wartawan. Jawapannya : ” Ini semua propaganda UMNO”. (Lihat Video). Persoalannya, beliau buat perkara itu atau tidak, bukan konspirasi daripada siapa-siapa. Saya tidaklah mengatakan bahawa orang dalam video itu adalah Anwar Ibrahim kerana bukan saya yang merakam dan tidak pula berada di dalam bilik itu. Tetapi orang dalam gambar yang disiarkan oleh PapaGomo adalah mirip Anwar Ibrahim. Share

  • Bicara Siasah,  Tinta ADMIN,  tv@jamalrafaie.com

    [VIDEO] : Inilah Barisan Kita! Khas Untuk Pejuang #Lahad Datu

    Dengan sepenuh pengharapan kepada Allah, agar-Mu memberi kemudahan dan kemenangan kepada pejuang-pejuang kami di Lahad Datu. Ini adalah sebuah perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan negara. Semoga ianya mendapat restu-Mu Ya Allah. Bantulah kami. INILAH BARISAN KITA! Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com 45700 Bukit Rotan, 18 Mac 2013. Share

  • Review,  Tinta ADMIN

    Blog Saya Di Sinar Harian!

    Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Gee daripada Sinar Harian yang sudi untuk menerbit dan membuat liputan tentang blog saya. Blog ini tidaklah sepopular blog-blog yang lain dan blog ini hanya menceritakan ‘suara’ saya dalam dunia maya. Ini adalah satu penghargaan buat saya daripada pihak media walaupun saya ini biasa sahaja. Impian saya adalah menjadi blogger yang biasa tetapi luar biasa impaknya. Blog adalah satu medium yang membawa suara kita ke seluruh dunia. Tidak kira kita ini siapa pun, hatta seorang tukang kebun, suara kita dapat tetap dapat dibaca! Dalam artikel itu, blog ini menceritakan tentang serba sedikit tentang keseluruhan blog yang saya sayangi ini.…

  • Tinta ADMIN

    [BELASUNGKAWA] : Pakcik Mat Sudah Tiada

    Selepas pulang dari melawat Pakcik Mat di Hospital Klang, sanak saudara pulang dengan setangkai doa agar diberi kesembuhan oleh Allah kepada Pakcik kami, Sakiran Bin Jacomah. Malam itu saya tidak sedap hati. Rakan dan jiran tetangga mula bertanya khabar tentang Pakcik kami. Mereka tidak berkesempatan menziarahi di Hospital, hanya khabar dan doa mampu diberikan. Jawapan saya, semua ok. Dengan tidak disangka-sangka, saya menerima panggilan telefon daripada sepupu saya dan mengatakan : “Paie, Pakcik Mat dah tak ada..”. Share