browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

[BELASUNGKAWA] : Pakcik Mat Sudah Tiada

Posted by on March 12, 2013
Suasana sebelum mengebumikan jenazah

Suasana sebelum mengebumikan jenazah

Selepas pulang dari melawat Pakcik Mat di Hospital Klang, sanak saudara pulang dengan setangkai doa agar diberi kesembuhan oleh Allah kepada Pakcik kami, Sakiran Bin Jacomah.

Malam itu saya tidak sedap hati. Rakan dan jiran tetangga mula bertanya khabar tentang Pakcik kami. Mereka tidak berkesempatan menziarahi di Hospital, hanya khabar dan doa mampu diberikan. Jawapan saya, semua ok.

Dengan tidak disangka-sangka, saya menerima panggilan telefon daripada sepupu saya dan mengatakan : “Paie, Pakcik Mat dah tak ada..”.

Mengantuk saya pada tengah malam itu terus hilang lantas menghubungi rakan-rakan yang lain. Saya, Along Saiful, Enjah Kecik dan Cik Udin terus bergegas ke Hospital Ampuan Rahimah Klang.

Kami sempat turut serta dalam memandikan jenazah dan saya juga berada di dalam van jenazah di sepanjang perjalanan daripada Hospital Klang ke rumah.

Sanak saudara dan sahabat handai sedia menunggu di rumah dan kami sampai di rumah Pakcik pada pukul 5.30 pagi.

HUJAN MEMBASAHI BUMI

Pagi itu sebelum jenazah dikebumikan, hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Ramai yang hadir ketika itu untuk memberi penghormatan terakhir dan menyolatkan jenazah.

Abang saya, Mas Kiran atau Kieran Hot FM turut hadir tetapi tidak sempat melihat wajah Pakcik Mat buat kali terakhir. Apa pun, cadangan kami sekeluarga untuk berkumpul pada hari tersebut bagi membincangkan persiapan Hari Keluarga ternyata menghimpunkan seluruh ahli keluarga walaupun dalam kesedihan.

Kami amat merinduimu Pakcik Mat. Semoga Allah memberkatimu di SANA. Pakcik Mat Sakiran meninggal dunia pada 25 Februari 2013 pada pukul 1 pagi.

Ketulan : Arwah Pakcik Mat dikuburkan di sebelah  kubur anaknya, Sahar Bin Sakiran

Ketulan : Arwah Pakcik Mat dikuburkan di sebelah kubur anaknya, Sahar Bin Sakiran

Innalillahi Wainnalillahi Rajiu’n. Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

Semoga Allah mengurniakan kita Husnul Khatimah (kesudahan yang baik) dan menuju Jannah. Insya-Allah.

PERGI TAK KEMBALI

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
57000 Bukit Jalil, 12 Mac 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);