browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Bukan Boikot Cina, Cuma Hijrah Ke Produk Muslim

Posted by on May 30, 2013
Jika tidak kita, siapa lagi? - Sumber gambar : Google

Jika tidak kita, siapa lagi? – Sumber gambar : Google

Berkenaan usaha menaikkan ekonomi orang Melayu/Islam/Bumiputera, saya tidak bersetuju dengan istilah BOIKOT barang Cina.

Sentimen BOIKOT adalah bermusim. Lihat sahaja kempen “Boikot Barangan Israel” apabila Israel menyerang Palestin, ketika itu orang-orang kita bersatu hati untuk tidak ke Mc Donald’s kerana mengenangkan nasib saudara kita di Palestin. Bagaimana pula selepas sentimen itu mulai reda? Orang-orang kita kembali semula ke Mc Donald’s menikmati Big Mac!

Adakah dengan sentimen yang ada sekarang mampu melumpuhkan ekonomi bangsa mereka? Saya fikir tidak. Ianya akan berkurangan dan terus berkurangan apabila orang sudah letih mempromosikannya.

Kita harus sedar bahawa kita tidak akan mampu untuk melumpuhkan keseluruhan ekonomi mereka, adalah lebih baik jika kita berusaha menaikkan ekonomi bangsa kita.

Apakah yang harus kita lakukan?

Sebenarnya program-program kesedaran dan bantuan daripada kerajaan sudah banyak dilaksanakan. Sebagai contohnya TEKUN dan penubuhan pelbagai agensi seperti FAMA dan MARA banyak memberi peluang kepada Melayu dan Bumiputera untuk terlibat dalam perniagaan.

Cuma mungkin kita tidak begitu berminat dengan selok belok perniagaan atau tidak merebut peluang yang diberikan oleh pihak kerajaan.

Walaupun begitu, saya mencadangkan agar kita lebih banyak mempromosikan produk-produk keluaran Muslim/Melayu/Bumiputera dan program seperti ini perlu terus dilaksanakan. Saya fikir, bahagian PEMASARAN & PEMBUNGKUSAN adalah perkara yang paling perlu dititikberatkan oleh agensi kerajaan bagi membantu peniaga-peniaga Melayu kita.

Mengikut pemerhatian saya, produk keluaran Bumiputera mempunyai kualiti yang terbaik, tetapi mengapa ianya tidak juga mendapat perhatian? Mungkin kerana pembungkusan yang tidak menarik dan ruang pasaran yang tidak begitu terbuka atau sekadar dijual mengikut sistem MLM.

Jika tidak kita yang memberi sokongan kepada produk kita, siapa lagi?

Jika ada produk yang dihasilkan oleh orang Melayu dan ianya sama kualiti dengan produk bukan Islam, sudilah kita membeli produk keluaran orang kita walaupun harganya sedikit mahal daripada produk yang sedia ada.

Kita harus menyedari kadang kala harga produk itu lebih mahal adalah kerana kos bahan mentah pada peringkat awal adalah tinggi. Kita perlu sedar bahawa bahan mentah bukan dikuasi oleh kita.

Seterusnya, saya ingin memberi cadangan agar kita MENGHENTIKAN TAWAR MENAWAR semasa membeli barangan terutamanya kepada peniaga Melayu. Orang Melayu terkenal dengan sikap tawar-menawar, sikap ini boleh mengurangkan kadar keuntungan para peniaga.

Kita orang Melayu selalu minta kurang daripada peniaga Melayu tetapi jarang dengan peniaga Cina. Jika dengan peniaga Cina : “Berapa harga?”. “RM20, mau angkat tak mau?”. Lantas kita terus membayarnya tanpa banyak soal.

Semasa dengan peniaga Melayu : “Berapa harga ni kak?” “RM20” “RM18 boleh kak?”,┬áItulah yang selalu saya perhatikan. Bukan tidak boleh tawar menawar, tetapi jika harga yang diberikan sesuai dengan barangan tersebut, apa salahnya jika kita membayar dengan harga jualan tersebut.

PENIAGA MELAYU PERLU “UPGRADE”

Apabila kempen hijrah ke produk Islam/Melayu/Bumiputera bertiup kencang, para peniaga tidak boleh mengambil mudah hal demikian. Contohnya, kualiti produk perlu sentiasa diambil berat bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

Stok barangan juga perlu sentiasa dipantau agar stok tidak terputus sehingga mengecewakan para pelanggan. Kita tidak mahu soal remeh, kualiti dan masalah pengurusan menyebabkan pelanggan Melayu hilang ‘selera’ dengan peniaga-peniaga Melayu sendiri.

Jika kita tak mampu kuasai semua, jangan kita tinggal semua bidang yang patut diceburi. Naikkan ekonomi Melayu Islam kerana ianya sunnah Nabi dan 9/10 rezeki adalah daripada perniagaan.

ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 30 Mei 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Bukan Boikot Cina, Cuma Hijrah Ke Produk Muslim

  1. Melayu Bukan Islam

    Melayu itu Islam tetapi bukan semuanya Islam. Ada yang free thinker, atheist, keluar Islam.
    Melayu Bukan Islam´s last blog post ..Melayu Tabiat Bukan Islam – Rogol, Seks Luar Tabii

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Adalah satu yang buang masa kepada anda yg nak bawa ideologi bahawa Melayu itu bukan Islam. Kamu bawa isu ini seolah-olah anda bukan Islam dan mahu menuntut hak supaya Melayu tak semestinya Islam untuk membolehkan orang Melayu menukar agama mereka

    Anda mengarut bagi saya walaupun apa yg anda kata adalah betul, tetapi ini bukan tempatnya berjuang tentang hal itu.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);