browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

KBS : Jangan Lebihkan Sukan Dari Belia

Posted by on May 22, 2013

PUTRAJAYA, 17 Mei — Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi tumpuan lensa pada hari pertamanya bertugas di pejabatnya di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
Turut sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan (tiga, kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Muhid Mohamed (kanan).
— Utusan Malaysia

1. Tahniah untuk YB Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Menteri Belia Dan Sukan yang baharu. Ramai orang muda termasuk saya menyambut baik pelantikan ini. Kementerian yang menjaga kepentingan orang-orang muda perlu dipimpin oleh orang muda itu sendiri, terima kasih juga kepada Dato’ Seri Najib di atas kepercayaan ini.

2. Saya pernah menyampaikan isi hati saya dalam satu perjumpaan belia. Saya kata, orang-orang muda ketika ini kurang pengisian dalam dirinya. Tidak kira pengisian jati diri ataupun kerohanian. Saya juga bertanya kepada mereka, mengapa ramai orang muda di Malaysia sanggup turun ke jalanan untuk berdemonstrasi?

3. Mengapa mereka sanggup buat baju proganda dan sanggup membelinya sendiri tanpa diberi percuma? Mengapa mereka beramai-ramai berjuang di alam siber menyebarkan propaganda mereka yang tidak benar itu? Bukan soal bayar atau tidak, tetapi semangat itu sudah berjaya ditanam oleh ‘seseorang’ kepada mereka. Buat apa pun mereka sanggup untuk ‘orang’ itu!

4. Bukan saya kata Kementerian Belia dan Sukan tak buat kerja. Bukan saya kata pegawai belia makan gaji buta. Tetapi saya mahukan pembaharuan dan pengisian yang lebih baik daripada ‘orang-orang yang menjaga orang muda’. Bukan kita tidak mahu mantapkan sukan, bukan tidak mahu menidakkan kebajikan atlet, cuma saya impikan satu model pembangunan belia yang menyeluruh di Malaysia.

5. Saya secara peribadi sudah bosan dengan program santai, konvoi, dan futsal. Bukan kerana saya tidak obses dengan futsal tetapi disebabkan kurangnya pengisian. Jika kita perhatikan, program-program kesedaran, usrah dan ceramah banyak dilaksanakan oleh pihak pembangkang. Program seperti itu banyak memberi kesan kepada penyokong-penyokong mereka. Mereka dapat merasakan matlamat dalam perjuangan mereka dan mereka mula bertindak!

6. Saya melihat amat kurang program-program kesedaran Jatidiri seperti BTN, Team Building, kursus kepimpinan, kelas-kelas agama, wacana dan dialog orang muda dilaksanakan. Jika ada, kita perlu mengembangkan lagi idea itu secara menyeluruh dari peringkat nasional sehingga ke akar umbi.

7. Orang muda mahukan suara mereka didengari oleh pemimpin. Saya fikir ruang dan sokongan untuk perkara itu kurang diberi oleh kerajaan. Disebabkan itu, mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka di Facebook dan pembangkang pula mengangkat perkara itu sebagai satu peluang kepada orang muda dengan menganjurkan rapat umum di jalanan.

8. Forum-forum dan flatform ‘luahan rasa’ daripada belia perlu dibina. Walaupun kemungkinan kritikan itu menegur kepimpinan negara secara terus, saya fikir itu adalah satu proses MEMBINA NEGARA dengan cara yang sihat. Kritikan dan pandangan terus didengar oleh pemimpin dan pemimpin boleh berubah ke arah yang lebih baik. Saya fikir cara ini dapat mengeratkan lagi kerajaan kepada rakyat khususnya anak-anak muda.

9. Saya tidak bersetuju dengan cara orang muda pembangkang menyampaikan hasrat mereka. Huru-hara, keganasan, kata-kata kesat membuktikan proganda pembangkang adalah BUSUK. Peluang inilah yang perlu diambil oleh Kementerian agar kita dapat memberi alternatif yang LEBIH BAIK kepada belia untuk bersama membina negara.

10. Saya juga berpendapat bahawa konsep RAKAN MUDA yang dilaksanakan dahulu perlu terus diperkasakan dengan branding baharu seperti 1M4U. Dengan cara itu, para belia mempunyai flatform yang bagus untuk aktif dalam bermasyarakat. Nama 1M4U saya fikir adalah satu nama yang kuat! Saya dapat melihat ramai orang muda memakai baju 1M4U di mana-mana sahaja saya pergi, itu adalah perkembangan yang baik.

11. Perkongsian yang matang, kritikan yang membina, pengisian jati diri dan kerohanian, program yang menarik, sistem komunikasi yang mesra belia adalah di antara cadangan-cadangan saya bagi memantapkan lagi fungsi Kementerian Belia dan Sukan. Sejajar dengan kata-kata awal menterinya sewaktu mula melangkah masuk ke pejabat : “Saya Menteri Untuk Semua”.

12. Selamat bekerja kepada semua. Bersama-sama MEMBINA NEGARA dengan sihat dan bertamadun. Majulah sukan untuk negara.

ANAK MUDA SOKONG KERAJAAN

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 21 Mei 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);