browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Menang Sorak Parti Tergadai?

Posted by on May 9, 2013
Adakah sudah tiba masanya? - Gambar Hiasan

Adakah sudah tiba masanya? – Gambar Hiasan

1. Walaupun keputusan PRU-13 kurang memberangsangkan bagi Barisan Nasional di peringkat Parlimen, tetapi jumlah kerusi UMNO bertambah daripada 79 (2008) kepada 88 kerusi pada PRU-13 ini. BN banyak tewas di kerusi yang ditandingi oleh MCA, Gerakan dan MIC.

2. Hal ini membuktikan tsunami pengundi masyarakat Cina benar-benar memberi kesan kepada Barisan Nasional. Buktinya, DAP berjaya memperolehi 38 kerusi daripada 51 kerusi yang ditandinginya. Hampir semua kerusi dalam pertembungan di antara BN(MCA) dan DAP dimenangi oleh DAP.

3. Berbeza pula dengan PAS. Sebelum PRU13 berlangsung, Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang telah mengatakan bahawa Pas akan menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Rakyat dengan menambah kerusi yang ditandinginya daripada 66 kerusi pada tahun 2008 kepada 73 kerusi pada tahun 2013. Namun, nasib kurang menyebelahi PAS yang hanya menang 21 kerusi daripada 73. Pada PRU12 PAS berjaya mendapat 23 kerusi Parlimen, tahun 2013 susut 2 kerusi menjadi 21 kerusi.

4. Ianya memberi petunjuk kepada kekuasaan DAP dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh. DAP mempunyai 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS 21 kerusi. Adakah ini menunjukkan ahli Pas mengundi DAP manakala Cina pula tidak mengundi Pas?

5. Hampir keseluruhan kerusi DAP adalah milik bukan Islam. Manakala PKR adalah parti bercampur-campur bangsa dan tidak semuanya beragama Islam. PAS semuanya beragama Islam, 21 kerusi. Kemungkinan besar wakil rakyat dalam Pakatan Rakyat terdiri daripada bukan Islam.

6. Saya telah membuat pengiraan, jika semua ahli Parlimen Melayu (UMNO dan PAS) dan Bumiputera (Sabah dan Sarawak) bergabung ianya sudahpun boleh menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan.

7. 88(UMNO) + 21(PAS) + 14(PBB) + 6(PRS) + 1(SUPP) + 4(SPDP) + 4(PBS) + 3(UPKO) + 1(PBRS) = 142 (Kurang 6 kerusi sahaja lagi untuk memperolehi kerusi 2/3 parlimen, boleh jemput ahli Parlimen PKR beragama Islam untuk cukupkan kerusi 2/3)

8. Formula di atas adalah hanya satu perkiraan. Hendak melakukannya adalah sukar berdasarkan pola politik semasa. Perkiraan itu bukanlah satu perkiraan yang rasis dan kita perlu memberi tempat kepada orang bukan Islam untuk sama-sama memerintah. Kita hidup dalam masyarakat majmuk yang bersetuju berkongsi kuasa, masing-masing mempunyai hak tersendiri.

9. Ada orang kata, Pakatan Rakyat adalah sebuah gabungan pelbagai kaum. Saya sendiri boleh bersetuju! Namun, Pakatan Rakyat bukanlah sebuah parti gabungan yang menggunakan satu logo seperti Barisan Nasional. Pembahagian kerusinya masih lagi dalam pertikaian dan terdapat parti mereka yang bertanding sesama sendiri di sesebuah kawasan.

10. Adalah lebih malang lagi apabila sebuah parti komponen seperti PAS kalah banyak kerusi dan menidakkan PAS (Orang Melayu/Islam) sebagai dominan dalam Pakatan Rakyat. Dominan bukan bermaksud banyak mana yang ditandingi, tetapi berapa banyak yang kita menangi! Cuba kita perhatikan dalam keputusan PRU13, kaum mana yang lebih dominan dalam Pakatan Rakyat?

11. Sebenarnya, konsep berkongsi kuasa sudah lama dipraktikkan oleh Barisan Nasional. Parti-parti gabungan seperti UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti komponen yang lain telah diberi kerusi mengikut kesefahaman dan keadilan. Dalam Malaysia, kaum Melayu adalah majoriti dan ini bermakna UMNO layak mempunyai kerusi yang lebih untuk ditandingi. Maklum tahu jika BN menang dalam PRU maka Presiden UMNO akan diangkat menjadi Perdana Menteri.

12. UMNO telah membuktikan bahawa mereka parti dominan dalam Barisan Nasional dengan memperoleh 88 kerusi daripada 133 kerusi Barisan Nasional.

13. Pakatan Rakyat tidak dapat dipastikan lagi kedudukannya, jika dilihat dari segi jumlah kerusi yang menang, bermakna wakil daripada DAP lebih layak menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia. Tidakkah kau merasa sedemikian?

14. Saya sedih melihat rakan-rakan saya dalam PAS yang setiap hari bertungkus-lumus di dalam media sosial mempromosikan Pakatan Rakyat dan membantai BN, turun beramai-ramai berdemonstrasi, memberi derma dan memasangkan bendera untuk DAP, hatta mengundi untuk memenangkan DAP selaku rakan dalam sepakatan. Namun hasilnya kurang memihak kepada PAS.

15. Sudah tiba masanya PAS kembali mengkaji kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Jika benci dengan UMNO sekalipun dan tidak mahu bergabung, cukuplah sekadar keluar daripada Pakatan Rakyat dan berjuang sendirian. Itu sudah dianggap lebih mulia daripada menjadi pak turut dan dipergunakan.

16. UMNO juga perlu berlapang dada untuk melupakan sengketa yang berlaku sesama PAS dan UMNO. UMNO perlu lebih terbuka dalam menerima ideologi yang dibawa oleh PAS. PAS dan UMNO adalah terdiri daripada manusia Melayu dan Islam, banyak persamaan daripada perbezaan.

INIKALILAH kita harus bermuhasabah!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 9 Mei 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);