• Asmaul Husna,  Dakwah,  Info,  Motivasi,  Perspektif,  Rencah

    Allah Sedang Menghukum Kita?

    Cuaca terasa bahang kebelakangan ini. Bahang PRU13 masih belum reda sudah ditambah pula dengan bahangnya cuaca yang meresahkan ramai orang. “Kenapa terasa panas sangat ni?”, tulis seorang rakan di akaun Twitternya. Di sana sini saya mendengar keluhan rakan-rakan. Ada juga yang menulis status baju basah dibanjiri peluh walaupun kipas di tahap maksimum, aircond pasang tapi macam tak berfungsilah, dan macam-macam lagi. Kolumnis Johardy Ibrahim juga menulis dalam Mingguan Malaysia pada 19 Mei 2013 yang lalu tentang KETIBAS (KETIak BASah). Satu tajuk yang kelakar tetapi membincangkan tentang perihal kita umat manusia yang tidak selesa apabila terasa panas. Beliau juga berkongsi tentang fenomena cuaca dan pengalamannya sendiri ketika di US. Share

  • Bicara Siasah,  Tinta ADMIN

    CUIT : Saya Dan Jalan Lima Utusan Melayu

    OLEH : Zaini Hassan (Diterbitkan pada 26 Jun 2013 – Utusan Malaysia) PEJAM celik, pejam celik sudah 23 tahun saya bersama akhbar ini, Utusan Malaysia. Sepanjang tempoh itu banyak kenangan yang saya lalui. Kewartawanan sesungguhnya hidup saya. Saya memulakan kerjaya sebagai pemberita kadet pada Januari 1989 di Jalan 5, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Terlalu teruja saya dengan dunia ini. Saya mengejar berita di sana-sini. Arahan ketua tidak pernah saya langgar. Kerana terlalu minat saya lakukannya semua tugas diberi. Saya berkahwin pada 1990. Tiga bulan kahwin, isteri saya terbang ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran. Saya tak peduli, walaupun ditinggalkan seorang dalam suasana yang masih membara. Masih teringat…

  • Aktiviti,  Bicara Siasah,  Dakwah,  Jom Makan-Makan,  KEMBARA,  Perspektif,  Rencah

    Di Sebalik Dataran Ipoh

    Malam ini tiada aktiviti rasmi, saya hanya bersendirian di Hotel Syuen sahaja. Berseorangan itu menyebabkan rasa mahu melihat apa yang terkandung di sebalik bandaraya Ipoh ini. Orang kata, orang Ipoh tak sombong sebab ada orang cakap ; “Ipoh mali talak sombong punya”. Saya keluar tidak jauh. Mungkin kerana tidak arif tentang jalan dan kawasan yang menarik di sekitar Ipoh ini, saya memilih untuk pergi ke kawasan yang berdekatan sahaja. Dekat-dekat pun naik kereta juga, sebab kereta ada GPS kalau sesat boleh cari jalan pulang. Baru sahaja keluar daripada hotel saya terlihat kawasan gerai makan yang panjang. Saya lantas memarkir kereta dan berjalan dari hujung ke hujung meninjau menu makanan. Ternyata…

  • Dakwah,  Review,  Sunnah,  tv@jamalrafaie.com

    [VIDEO] : Forum Perdana Terbaik Yang Pernah Saya Tonton

    RECOMMENDED. Saya galakkan kepada anda untuk menonton forum perdana ini yang menampilkan Ustaz Badli Shah sebagai moderator, panelnya terdiri daripada Ustaz Kazim Elias, Ustazah Syarifah Hayati dan Ustaz Don Daniyal. Isu yang diperbincangkan bersempena dengan “RAJA & ULAMA’, RAJA & RAKYAT, SEHATI SEJIWA, BERPISAH TIADA”. Banyak ilmu yang boleh kita perolehi dan sangat menghiburkan hati dalam menuntut ilmu. Selamat menonton. Share

  • Motivasi,  Tinta ADMIN

    Ku Tulis Puisi Untuk Ulama Yang ‘Sunyi’

    Saya menulis puisi ini apabila mendengar sendiri seorang agamawan yang saya hormat beliau seorang yang tinggi ilmunya. Tetapi saya terkejut dengan ‘sikap sembunyi’nya yang tiba-tiba menengking orang dengan kata-kata yang kesat. Semoga beliau kembali kepada sifat para ilmuwan Islam yang sebenar. Mungkin ketika itu beliau tidak dapat menahan kemarahan beliau lantas ‘sunyi’ dari ilmunya. Perkara itu membuatkan saya berasa kesal. Ilmu tanpa akhlak tiada gunanya. Sama-sama kita memperbaiki diri. Walallahua’lam. PUISI ULAMA YANG “SUNYI” Kau dihormati Kau disanjungi Kau impian si dara sunti dijadikan suami Membawa panji ke pintu syurgawi Kau belajar tinggi Nun jauh di bumi Nabawi Hujjahmu di celah gigi Haji dan umrah berkali-kali Bicaramu menyentuh hati Ilmumu…

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Fitnah Dajjal Al-Masih,  Perspektif

    Syiah Tolong Keluar Dari Malaysia!

    Jika nampak belangnya, kita tahu itu Harimau. Jika nampak salibnya, kita tahu itu Paderi. Bagaimana pula jika kita melihat seorang yang berkopiah dan berserban, memakai jubah tetapi sebenarnya dia adalah Syiah tanpa kita sedari? Tahap penghormatan orang kita kepada Ulama’ atau Ustaz-Ustaz masih di tahap tinggi. Lihat sahaja perempuan Muslim yang seksi, tiba-tiba berselisih dengan Ustaz di pertengahan jalan, pasti mereka tersimpul malu. Lihat juga mereka yang tidak bertudung apabila menghadiri majlis ilmu mereka akan bertudung tanda menghormati majlis tersebut. Orang kita apabila terbaca sesuatu yang berkaitan dengan agama juga bersifat obses untuk disampaikan kepada orang lain. Tanpa mengira kesahihan hadis atau terjemahan Quran, kita fikir itulah kebenaran. Manakan tidak,…

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Imam Muda Musim Ketiga,  Info,  KEMBARA,  Memori Imam Muda 3,  Motivasi,  Perspektif

    UUM : Our Generation Is Going Down

    Saya berpeluang berjumpa dengan Prof Dr. Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia merangkap Ketua Kluster Politik Majlis Professor Negara ketika mengiringi Imam Muda Jabar dan Bank Islam di sana. Perjumpaan yang hanya sebentar itu sebenarnya memberi banyak pencerahan minda kepada saya. Mendengar sendiri idea daripada seorang Naib Canselor yang pastinya mempunyai banyak pengalaman mengurus dan berdepan dengan generasi Y yang semakin mencabar. “Our Generation is going down”. Itulah antara yang kami bincangkan. Melihat generasi “Y” yang serba canggih dan banyak tuntutannya. Saya juga seorang Mahasiswa dan anggota generasi muda ini, pastinya saya juga mengakui apa yang menjadi masalah kepada golongan pewaris bangsa di masa akan datang. Share

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    PUISI : LU BUAT GUA MARAH

    LU BUAT GUA MARAH Hati Gua Terluka Dek Lu Maaf Lepas Cakap Gua Berasa Terhina Sebab Lu Hina Raja Gua Bagi Gua Lu Penderhaka Lu Dah Langgar Rukun Negara Tapi Lu Masih Warganegara. Bagi Gua Raja Payung Negara Lu Patut Tahu Raja Gua Ketua Agama Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Jika Lu Ahli Politik Lu Jangan Hanya Fikir Pilihan Raya Lu Bukan Negarawan Sejati Kerana Lu Tidak Fikirkan Kami Asyik Ajak Gua Penuhi Jalan Raya Jangan Sebarangan Corak Gua Yang Putih Jadi Kotor. Lu Jangan Buat Gua Marah Kerana Lu Dan Gua Sama Sahaja Sesama Terpacak Di Bumi Sejarah. KAMARULZAMAN ISMAIL, Kuala Terengganu. Share