browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Di Sebalik Dataran Ipoh

Posted by on June 26, 2013

dataran ipoh

Malam ini tiada aktiviti rasmi, saya hanya bersendirian di Hotel Syuen sahaja. Berseorangan itu menyebabkan rasa mahu melihat apa yang terkandung di sebalik bandaraya Ipoh ini. Orang kata, orang Ipoh tak sombong sebab ada orang cakap ; “Ipoh mali talak sombong punya”.

Saya keluar tidak jauh. Mungkin kerana tidak arif tentang jalan dan kawasan yang menarik di sekitar Ipoh ini, saya memilih untuk pergi ke kawasan yang berdekatan sahaja. Dekat-dekat pun naik kereta juga, sebab kereta ada GPS kalau sesat boleh cari jalan pulang.

Baru sahaja keluar daripada hotel saya terlihat kawasan gerai makan yang panjang. Saya lantas memarkir kereta dan berjalan dari hujung ke hujung meninjau menu makanan. Ternyata memang ramai di situ, hampir kesemuanya orang-orang Melayu.

Baru saya perasan tempat itu dinamakan MBI Terrace. Melihat namanya saya pasti ianya adalah satu kawasan yang ditempatkan khas untuk peniaga-peniaga Bumiputera membuka gerai mereka di tengah bandaraya Ipoh.

Di sekeliling kawasan itu saya perhatikan banyak Pub yang pastinya menjual minuman keras. Al-maklum, kawasan Ipoh majoriti adalah kaum Cina yang menyumbang kepada kemenangan DAP di sini. Biarkan mereka, itu hak mereka sebagai orang kafir yang mahukan kesedapan duniawi. Yang penting, pemimpin Islam harus mengawal aktiviti ini agar tidak berlebih-lebihan seperti di Selangor di mana kawasan kampung pun dah ada rumah urut!

Berbalik kepada MBI Terrace, saya memerhati kebanyakkan kedai menjual menu yang sama. Nasi Ayam, goreng-goreng, Yong Tau Fu, Sate, Sup dan yang menarik Nasi Itik.

MBI Terrace - Sumber : The Star

MBI Terrace – Sumber : The Star

Apabila memikirkan itik yang selalu dijual oleh peniaga Cina (tidak disembelih) memang rasa mual. Tapi saya gemar mencuba sesuatu yang tidak selalu dimakan lantas memilih Nasi Itik. Saya bertanya, mengapa orang-orang Melayu jarang makan itik? Adakah kerana mudahnya mendapat ayam? Atau ayam lebih sedap? Atau mungkin ada alasan lain yang lebih munasabah. Saya tidak pasti.

Kebanyakkan gerai ada menjual Nasi Itik, yang mana satu yang harus saya pilih? Gerai mana yang sedap? Adakah kesedapan masakan sesuatu gerai ditunjukkan melalui berapa ramai yang makan di gerainya? Saya tidak terlalu terpengaruh dengan indikator itu. Saya pun singgah ke sebuah kedai yang terletak di hujung kerana mereka sahaja yang mempelawa saya untuk singgah ke gerai mereka.

Selesai menjamu Nasi Itik, tiada yang istimewa bagi saya. Saya tidak pandai menilai masakan sama ada lebih kicap atau kurang lada sulah, apa yang ada boleh saya makan, saya akan makan. Tak memilih sangat. Itik itu agak liat (memang daging itik liat) dan dagingnya lebih padat daripada ayam. Serius, saya lebih gemar ayam daripada itik buat masa ini.

MUSLIM ‘MENJAJA’ ARAK

Selepas tidak tahu ke mana, saya terus menghidupkan enjin kereta dan berjalan entah ke mana. Sekadar pusing-pusing ikut suka dan mahu mencari barangan peribadi seperti ubat gigi (sebab tertinggal di rumah), 7 Eleven saya menyinggah.

7 Eleven, sama sahaja di mana-mana. Kedai 24 jam yang selalu dimasuki oleh orang-orang yang terdesak mencari keperluan di tengah malam. Waktu siang memang amat jarang orang memasukinya kerana banyak lagi kedai lain yang menjual barang keperluan yang jauh lebih murah daripada barang di 7 Eleven.

Seperti di 7 Eleven lain, kebanyakkan pekerja di situ adalah anak-anak muda sebaya saya dan sebangsa dengan saya. Ikut hukum Malaysia, sebangsa dengan saya adalah beragama Islam, InsyaAllah. Sudah lama saya fikirkan, sampai bilakah mereka ini tidak terbela dengan majikan yang menjual arak di kedai tersebut?

Bagaimana jika ada gangster-gangster yang datang ke kedai mereka dan membeli minuman syaitan itu? Tidakkah mereka (pekerja Melayu) juga terlibat mengendalikan minuman keras tanpa disedari. Siapakah yang menyusun arak itu di dalam peti ais? Jika ada non-Muslim yang menyusunnya, siapa pula yang menunggu di kaunter untuk menerima bayaran?

Golongan yang membuat, mengangkat, menyusun, membeli, lebih-lebih lagi meminum termasuk dalam golongan yang ada saham dengan arak.

Sabda Rasulullah S.A.W riwayat Abu Daud:
Ada sembilan golongan yang dilaknat Allah.
a) Peminum arak
b) Orang yang menuangkan arak ke dalam gelas dan sebagainya untuk diminum (kerja sebagai pelayan, bar tender dan sebagainya yang menghidangkan arak).
c) Penjual arak
d) Pembeli arak
e) Orang yang memerah arak (membuat arak)
f) Orang yang minta diperahkan (dibuat arak)
g) Orang yang membawa arak
h) Orang yang dibawa arak kepadanya (dengan izinnya)
i) Orang yang makan hasil arak

Saya fikir usaha menghindarkan arak dengan pekerja Melayu/orang Melayu ini sudah ada. Contohnya, Dato’ Hassan Ali semasa menjadi EXCO Agama di Selangor pernah mengarahkan ‘orang-orang’nya untuk membawa keluar arak daripada kawasan majoriti melayu, tetapi sayangnya dilawan oleh rakan EXCOnya iaitu Ronnie Liu. (Sebab itu saya nasihatkan jangan percaya sangat dengan DAP, mereka hanya mahu laba politik daripada parti Melayu dan beruntung dengan perpecahan orang Melayu).

Saya harap akan ada pemimpin-pemimpin kita yang mengambil berat tentang hal ini. Kasihan mereka, kerjanya di tengah mahu mencari rezeki yang halal, mohon tindakan.

DI SEBALIK DATARAN IPOH

Sama sahaja di mana-mana bandaraya. Cuma perangai manusia di dalamnya sahaja yang membezakan di antara satu sama lain.

Saya mencoret nukilan ini sekadar kenangan berada di sini. Terasa seronok apabila kerajaan negeri Perak menganjurkan ceramah-ceramah agama di Dataran Ipoh. Wacana Intelek bersama Ustaz Kazim dan Ramli Sarip pernah diadakan di dataran ini. Saya mendoakan agar perkara ini berterusan dan mengundang keberkatan daripada Allah Subhanahu Wataa’la.

Di sebalik Dataran Ipoh, tiada apa yang ingin ku nukilkan. Kerana mungkin aku belum mengenalimu.

TANDAS AWAM TETAP 30 SEN DI MANA-MANA

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
Hotel Syuen Bandaraya Ipoh, 26 Jun 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);