browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Ku Tulis Puisi Untuk Ulama Yang ‘Sunyi’

Posted by on June 20, 2013
Kata-kata kesat dari seorang Ulama' lebih diingati daripada si jahil yang tidak ketahuan - Gambar Hiasan (Sumber : Google)

Kata-kata kesat dari seorang Ulama’ lebih diingati daripada si jahil yang tidak ketahuan – Gambar Hiasan (Sumber : Google)

Saya menulis puisi ini apabila mendengar sendiri seorang agamawan yang saya hormat beliau seorang yang tinggi ilmunya. Tetapi saya terkejut dengan ‘sikap sembunyi’nya yang tiba-tiba menengking orang dengan kata-kata yang kesat.

Semoga beliau kembali kepada sifat para ilmuwan Islam yang sebenar. Mungkin ketika itu beliau tidak dapat menahan kemarahan beliau lantas ‘sunyi’ dari ilmunya. Perkara itu membuatkan saya berasa kesal. Ilmu tanpa akhlak tiada gunanya. Sama-sama kita memperbaiki diri. Walallahua’lam.

PUISI ULAMA YANG “SUNYI”

Kau dihormati
Kau disanjungi
Kau impian si dara sunti dijadikan suami
Membawa panji ke pintu syurgawi

Kau belajar tinggi
Nun jauh di bumi Nabawi
Hujjahmu di celah gigi
Haji dan umrah berkali-kali
Bicaramu menyentuh hati
Ilmumu sungguh bererti

Tapi..
Kau mencerca
Kau menghina
Kau amarah
Kau angkat muka

Jauh sungguh tebalnya serbanmu
Jauh sungguh lebatnya janggutmu
Jauh sungguh belajar tinggimu
Jauh sungguh Title-mu
Yang selama ini kau idolaku
Yang selama ini tempat rujukanku

Apa gunanya ilmu meninggi
Jika akhlakmu tidak bersemi?

Ku berkecil hati..
Ke mana perginya “Ulama Yang Disegani”?

Kau sudah hilang dibawa mentari?
Yang telah lupa di puncak tertinggi?
Yang hanyut dek pujian yang membanjiri?
Maafkan aku..
Ulama yang sunyi…
Akhlakmu hilang di balik mimpi
Moga kembali ke jalan hakiki..

Jamal Rafaie Jakiran
12 Jun 2013, Kuala Selangor.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);