• Bicara Siasah,  Dakwah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    Hina Islam : Bukan Kerana Tak Faham

    1. Satu kenyataan yang paling berpengaruh dalam membincangkan tentang penghinaan Bukan Islam terhadap agama Islam adalah ; “Mereka tidak faham Islam, biarkan mereka, ajari mereka ke arah Islam yang sebenar”. 2. Orang Bukan Islam terbahagi kepada dua ; satu Kafir Harbi dan satu lagi Kafir Zimmi. Apakah perbezaaannya? Adakah dua-duanya harus kita ajari mereka dengan lemah lembut atau perangi mereka habis-habisnya? Kafir Zimmi harus kita lindungi mereka kerana tidak memerangi Islam tetapi Kafir Harbi adalah kafir yang kita harus bertegas kepada mereka! Harbi menghina dan memerangi Islam, tidak kiralah secara halus atau terbuka. 3. Di Malaysia, agama yang dianuti antara lainnya ialah Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh. Secara logiknya, kita…

  • Bicara Siasah,  Motivasi,  Review

    [PUISI] : Di Atas Runtuhan Kota Melaka

    DI ATAS RUNTUHAN KOTA MELAKA Di atas runtuhan Melaka Lama penyair termenung seorang diri ingat Melayu kala jayanya pusat kebesaran nenek bahari Di sini dahulu laksamana Hang Tuah satria moyang Melayu sejati jaya perkasa gagah dan mewah “tidak Melayu hilang di bumi” Di sini dahulu payung berkembang megah bendahara Seri Maharaja bendahara cerdik tumpuan dagang lubuk budi laut bicara Pun banyak pula penjual negeri mengharap emas perak bertimba untuk keuntungan diri sendiri biarlah bangsa menjadi hamba Inilah sebab bangsaku jatuh baik dahulu atau sekarang inilah sebabnya kakinya lumpuh menjadi budak jajahan orang Sakitnya bangsaku bukan di luar tapi terhunjam di dalam nyawa walau diubat walau ditawar semangat hancur apakan daya…

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    Siapa Syiah Di Malaysia?

    1. Syiah dikatakan sudah melular di Malaysia. Lebih mengejutkan kita apabila ada yang mendakwa sebuah markas Syiah telah dibina di Klang. 2. Jika dakwaan itu benar, kes ini perlu ditangani dengan segera. Sebuah parti berlabel agama juga didakwa dianggotai oleh pengikut Syiah. 3. Pelbagai kempen sudah dilaksanakan. Saya perhatikan juga, rakyat sudah dapat mengenal Syiah secara asas, sebagai contoh orang Syiah apabila solat akan sujud di atas batu dan azan menambah perkataan Saidina Ali. 4. Tetapi, kita sangat jarang mendengar azan persis ajaran Syiah di Malaysia kerana kita hanya mempunyai satu mazhab sahaja iaitu Mazhab Syafie. 5. Saya berpendapat bahawa, rakyat Malaysia tidak sukar untuk menolak Syiah. Tetapi yang menjadi…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah,  Review

    The Chinese Dilemma

    Terjemahan artikel Tun Dr Mahathir ‘The Chinese Dilemma’ di NST (26th July 2013) kepada Bahasa Melayu. Konsep ‘Kongsi’: Setiap pihak perlu berkorban sesuatu supaya pihak lain boleh mendapat sesuatu. Tindak balas kepada kemunculan parti politik Melayu, Umno dan kejayaan menolak ilham British Malayan Union, masyarakat Cina tahun 1940-an melihat keperluan untuk menubuhkan parti politik mereka sendiri untuk membawa pandangan mereka kepada kerajaan British. Oleh itu MCA dilahirkan, dan diketuai oleh Sir Tan Cheng Lock. Walaupun ia bertujuan untuk melawan pengaruh Umno dan melindungi kepentingan masyarakat Cina, zaman mengubah strategi dan peranan MCA. Pada tahun 1952, pemimpin Umno Kuala Lumpur dan pemimpin MCA Kuala Lumpur memutuskan bahawa di pilihan raya perbandaran…

  • Bicara Siasah,  Rencah,  Review

    UMNO Menang Bukan Kerana Kuat

    1. Tahniah buat UMNO kerana berjaya menambah jumlah kerusi Parlimen dalam PRU13. Dulu ada 79 kerusi dan sekarang sudah ada 88 kerusi Parlimen yang dimiliki oleh UMNO. 2. PAS pula hanya berpuas hati dengan 21 kerusi, merosot 2 kerusi daripada PRU sebelum ini. 3. Bilangan kerusi UMNO bertambah manakala bilangan kerusi PAS berkurang. Adakah ini bermakna UMNO semakin kuat dan PAS semakin lemah? 4. Secara jujurnya saya merasakan bahawa UMNO tidak kuat dan PAS tidaklah lemah seperti yang disangka. Fenomena ini berlaku adalah kerana orang-orang Melayu sudah tidak mempunyai pilihan untuk bergantung harap selain daripada bergantung kepada UMNO. Baik buruk UMNO, itu sahajalah pilihan mereka (bagi kebanyakkan orang Melayu). 5.…

  • Dakwah,  Info,  Kisah Para Nabi,  Kisah Sahabat,  Perspektif,  Rencah

    Susahlah Jika Banyak Beralasan

    1. Majlis Fatwa telah mengharamkan wanita Islam daripada menyertai pertandingan Ratu Cantik. Peserta Islam itu mempertahankan penyertaan mereka dengan alasan ; “Mengapa sukan gimnastik atau renang yang lebih seksi pemakaiannya boleh, kami pula peserta Ratu Cantik tak boleh?”. Ada juga yang mempertikaikan ; “Mengapa lelaki boleh sertai Mr. Universe? Mereka pun dedahkan aurat juga! Mengapa perempuan tak boleh sertai Ratu Cantik pulak? Bukankah sama mendedahkan aurat?”. 2. Pengharaman Shisha sudah dikuatkuasakan. Ianya dilarang untuk dijual di kedai-kedai makan atau di premis awam. Ada orang yang mempertikaikan ; “Rokok pun haram juga, mengapa rokok tak diharamkan dijual di kedai? Mengapa Shisha tak boleh?”. Inilah alasan yang digunakan oleh penggemar Shisha, kerana…

  • Bicara Siasah,  Info,  Perspektif,  Rencah

    Tongkat Bangsaku

    “Dalam keghairahan kita melaksanakan dasar untuk membantu kaum bumiputera, kita kurang memberi perhatian kepada soal KUALITI. apa yang diutamakan adalah kuantiti dan amat kurang menekankan pembinaan KEUPAYAAN dan MENAMBAH NILAI. Kaum bumiputera dianggap kurang mempunyai daya saing dan ketahanan. Maka timbullah anjuran melahirkan perubahan besar dalam sikap, revolusi mental untuk bumiputera. Bumiputera telah digesa agar lebih berdikari, lebih mengutamakan ilmu pengetahuan dan lebih rajin. Revolusi mental amat penting dalam menghadapi dunia yang semakin tinggi daya saingnya. Ekonomi negara kini menghadapi tekanan luaran ; produk kita menghadapi persaingan daripada negara lain. Jika kita lambat mengubah sikap, jika kita tidak meningkatkan daya saing, akan terlepaslah pelaburan, kerja dan peluang niaga kepada negara…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    Jauh Sungguh PAS Dari Kemenangan Islam

    1. Saya terbaca status di Facebook seorang rakan : “Allah tangguhkan kemenangan Islam di Kuala Besut. Kami redha kami kalah, tetapi kami tak redha dengan penipuan BN,”. Sebelum hari pembuangan undi, saya juga terbaca sebuah status : “Pihak yang HAK(PAS) akan menang di Kuala Besut, yang TAGHUT(UMNO) pasti akan kalah!”. 2. Keputusan PRK Kuala Besut sudah diumumkan. BN diisytiharkan menang di kawasan itu. Kemenangan diiringi dengan syukur oleh jentera yang terlibat. Formula 16:16 berjaya ditolak dan formula 17:15 masih kekal di Terengganu. Orang Pas berkata 16:16 dapat membentuk sebuah kerajaan yang harmoni, tetapi saya tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana 16:16 memang nampak seimbang tetapi sejarah telah membuktikan bahawa ‘kestabilan’…