browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Alvin & Vivian : Bukan Kerana Ku Tak Mahu Memaafkanmu

Posted by on July 20, 2013

1. Ulasan daripada pemimpin PAS ditunggu-tunggu dalam kes Vivian dan Alvin yang didakwa menghina kesucian agama Islam. Akhirnya pemimpin PAS bersuara. Saya sudah dapat menjangka apa yang akan mereka katakan, ternyata pemimpin PAS ‘menyokong’ Vivian dan Alvin. Saya tidak tahu mengapa, adakah kerana kaum Cina begitu memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan itu menyebabkan mereka bersikap menyokong dan lebih selamat, berdiam diri?

2. Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu ada asasnya. Benar juga apa yang disebutnya itu. Kenyataan beliau tidak salah tetapi bagi saya kurang kena dengan tempat dan masanya. Islam adalah agama rahmat. Allah Subhanahu Wa Taa’la adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mengapa kita perlu menghukum orang bukan Islam seperti Alvin dan Vivian yang menghina Islam? Biarlah, mereka tidak tahu tentang agama kita, Islam.

3. Itu bukan masalahnya, MP Sepang itu juga bercerita tentang kisah seorang kafir yang menghina Islam dan akhirnya masuk Islam disebabkan layanan baik daripada orang Islam. Apa yang diceritakannya itu juga adalah betul. Saya juga bersetuju, tidak salah.

4. Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya memaafkan pasangan Alvin dan Vivian yang telah menghina agama Islam. Namun, hukuman perlu dilaksanakan dengan sewajarnya agar ia menjadi pengajaran kepada orang lain sama ada orang Islam atau bukan Islam di Malaysia agar tidak menghina agama orang lain. Keharmonian perlu dijaga, jangan cuba jolok sarang tebuan, pasti tebuan akan menyerang!

5. Setiap orang atau agama mempunyai sensitiviti masing-masing. Ada orang berkulit gelap, jika kita mengejek “Hoi Hitam, mari sini!”, siapa yang tidak marah? Ada orang gemuk, tiba-tiba kita menengking beliau “Tak padan dengan gemuk! Makan banyak!”, pasti dia juga akan terasa hati dan berasa marah. Begitu juga dengan sentiviti beragama, jangan kita menghina agama orang lain. Saya fikir mereka tahu orang Islam haram makan babi, mengapa ditulis “Bak Kut Teh, wangi enak dan menyelerakan” beserta logo Halal, tidakkah itu menghina namanya?

6. Mengapa kita perlu ambil tindakan yang tegas terhadap Alvin dan Vivian? Hal ini kerana untuk mengekang kes seperti ini daripada berulang kembali. Bayangkan jika pasangan ini (Alvin & Vivian) dilepaskan atas sifat “Islam adalah agama RAHMAT”, ini bermakna jika muncul lagi pasangan seperti mereka pada masa akan datang, kita juga perlu memberi kemaafan dan melepaskan mereka daripada sebarang tindakan undang-undang. Mengapa Alvin lepas dan mengapa pula saya tidak lepas? Mungkin itu alasan yang akan digunakan oleh pasangan lain yang mungkin muncul pada masa akan datang. Harus diingat, sejarah akan tercatat dan manusia akan menjadikannya sebagai alasan untuk menyelamatkan diri.

7. Saya menyokong penuh tindakan keras yang bakal dikenakan kepada pasangan ini. Bukan kerana dasar benci ke atas satu-satu bangsa, tetapi kerana tindakan mereka yang boleh mencetuskan huru-hara di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Saya lebih rela badan kehakiman dituduh zalim kepada pasangan ini daripada berlaku zalim kepada seluruh rakyat Malaysia.

8. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Oleh itu, saya berpendapat bahawa pasangan ini layak untuk dimasukkan ke dalam penjara dan bertepatan dengan maksud ADIL itu. Orang seperti ini harus disimpan daripada menghuru-harakan masyarakat dan lebih ditakuti memberi galakan kepada orang lain untuk sewenang-wenangnya menghina orang lain.

9. Maaf MP Sepang, saya fikir pendapat anda untuk memberi peluang kepada mereka buat masa ini adalah tidak tepat. Saya juga tidak pasti adakah pendapat anda terdorong dengan semangat politik anda sendiri. Jangan disebabkan kepentingan politik menyebabkan maruah agama tergadai.

10. Mudah-mudahan pasangan ini akan berubah ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Tetapi maafkan saya, tindakan yang keras perlu diambil sebelum orang lain keras kepala!

11. Islam agama rahmat. Dalam Islam juga ada undang-undang.

vivian pesta seks makan babi (1)

LAKUM DINUKUM WALIADIN

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 20 Julai 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Alvin & Vivian : Bukan Kerana Ku Tak Mahu Memaafkanmu

  1. Megat Mohd Hisemudin Bin Megat Kasim

    Apakah dalam kes penghinaan terhadap ugama Islam yang begitu dahsyat sekali maka Pas masih lagi mahu bermain politik?

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/alvin-dan-vivian-hina-islam-mahkamah.html
    Megat Mohd Hisemudin Bin Megat Kasim´s last blog post ..Alvin dan Vivian hina Islam : Mahkamah larang ikat jamin ditahan hingga hari perbicaraan

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Melayu lemah, sebab itu kena pijak.

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);