browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Dirgahayu Utusan Malaysia

Posted by on July 7, 2013
Tunku Abdul Rahman ketika merasmikan bangunan Utusan Malaysia

Tunku Abdul Rahman ketika merasmikan bangunan Utusan Malaysia

Akhbar keramat ini berusia 75 tahun. Jika akhbar ini diibaratkan sebagai seorang manusia, pastinya orang ini sudah terlalu tua. Penuh dengan pengalaman, jatuh bangun, sepak terajang dalam kehidupan kewartawanan sebagai PEMANGKIN FIKIRAN RAKYAT.

Pengarang silih berganti, pembaca juga silih berganti. Saya juga difahamkan (selepas membaca CUIT) Datuk Nik Aziz Nik Mat juga adalah seorang pembaca tegar Utusan Malaysia ketika mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dahulu.

Saya juga pernah membaca bahawa penulis Subky Latif (bekas pengarang Harakah) juga pernah menjadi penulis pojok di Utusan Malaysia. Tidak hairanlah jika dikatakan Utusan Malaysia pernah dipimpin oleh pengarang berhaluan kiri seperti A.Samad Ismail. Sejarah pengarang dan perjalanan Utusan Malaysia menarik untuk dibaca, pernah ditutup dan pernah dipulau oleh pekerjanya sendiri.

Walaupun begitu, Utusan Malaysia masih tetap relevan sebagai suara orang-orang Melayu walaupun dihentam sebegitu teruk seperti yang berlaku pada hari ini. Bagi saya, jika sesuatu akhbar itu ditentang, itu bermakna suara akhbar itu mempunyai pengaruh yang tersendiri yang digeruni musuh.

Kalau tidak ada pengaruh, mengapa perlu diboikot?

MALUKAH MEMBACA UTUSAN MALAYSIA?

Selalunya orang beranggapan bahawa pembaca akhbar terdiri daripada orang-orang tua yang saban hari melepak di kedai kopi sambil berbual perihal isu-isu semasa sampai ke senja.

Saya adalah antara orang-orang muda yang setiap hari ke kedai membeli akhbar Utusan Malaysia. Mungkin ramai yang sebaya dengan saya membaca akhbar ini, tetapi secara online. Saya juga melayari secara online sekiranya mencari maklumat untuk mengisi artikel.

Zaman sudah berbeza. Generasi muda lebih mudah untuk mendapatkan berita di internet yang percuma dan cepat. Tidak seperti cetakan akhbar yang dijual di kedai-kedai akhbar yang kebanyakkannya melaporkan berita untuk hari sebelumnya.

Kepesatan teknologi maklumat memberi akses yang mudah kepada pembaca bagi mendapatkan berita yang bersifat real-time dan up-to-date. Telefon Galaxy Note di tangan saya sering menjadi sumber berita yang tangkas dan berkesan.

Namun begitu, membaca akhbar menerusi akhbar yang dicetak memberi nilai sentimental kepada diri saya. Saya tidak malu jika dikatakan Old School kerana membaca akhbar Utusan Malaysia. Bagi saya, Utusan Malaysia adalah akhbar yang berani memperjuangkan isu-isu yang sensitif lebih-lebih lagi tentang soal Melayu dan Islam.

Berkenaan berita tanah runtuh, bisnes, rompakan bank tidak begitu obses bagi saya apabila membaca akhbar. Kebanyakan berita itu adalah sama jika dibaca di mana-mana akhbar sekalipun. Apa yang membezakan jenis pembacaan adalah artikel atau rencana yang ditulis oleh editor dan penulis pojok.

Antara penulisan yang selalu saya ikuti adalah CUIT oleh Zaini Hassan, Untung Sabut Timbul oleh Zin Mahmud, celoteh Johardy Ibrahim setiap Ahad di Mingguan Malaysia, Kolum Warung Politik oleh Zulkifli Hamzah, analisa dari Zulkifli Bakar, Dr. Ridhuan Tee dan ramai lagi.

CABARAN DAN MEDIA BARU

Salah satu modus operandi pihak pembangkang adalah memburuk dan melancarkan kempen BOIKOT terhadap sesuatu media yang tidak sealiran dengan mereka.

Walaupun saya membaca Utusan Malaysia, saya tidak pula pernah menyuruh orang untuk memboikot akhbar lain. Melancarkan kempen boikot adalah salah satu cara menutup hak kebebasan media dan bersuara kepada satu-satu akhbar. Saya sering mendengar teman-teman dari pembangkang yang mengatakan kerajaan bersikap pilih bulu dan menutup kebebasan media di negara ini. Benarkah?

Jika dilihat dari mata kasar memang begitu. Televisyen dikuasai oleh pihak kerajaan. Pengeluaran akhbar pembangkang dihadkan kepada ahli mereka sahaja. Nampak ianya tidak adil dari pandangan mata kasar, tetapi kita harus ingat, ADIL itu bukan bermaksud sama rata sama rasa, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Mari kita perhatikan, meskipun belum diberi kuasa memerintah kepada pembangkang mereka sudah melancarkan boikot terhadap sesuatu media, bagaimana pula jika diberi kuasa?

Jika kerajaan Barisan Nasional menyekat pembangkang namun masih diberi hak untuk menerbitkan akhbar mereka, tidak mustahil pembangkang menjadi lebih teruk dengan menutup terus atau terus melancarkan boikot dan mencari kesalahan satu-satu akhbar bagi menjatuhkan imej akhbar tersebut di mata rakyat.

Sehingga ke hari ini, saya tidak pernah mendengar dari mulut pemimpin-pemimpin kerajaan yang menyuruh agar penyokongnya memboikot Harakah, Suara Keadilan, Malaysian Insider dan MalaysiaKini.

Akhbar, sama ada Harakah atau Utusan Malaysia adalah ditulis oleh manusia. Apabila ditulis oleh manusia ianya tidak terlepas daripada salah dan silap. Harakah dan Utusan masing-masing pernah disaman. Perbuatan menjatuhkan imej dan asyik mencari kesalahan adalah tidak baik bagi memberi kebebasan bersuara kepada semua.

Itu adalah hak masing-masing untuk memilih sumber bacaan mana yang perlu dibaca. Usah mengatakan itu salah dan ini sahaja yang betul. Saya yang membaca Utusan Malaysia tidaklah terlalu obses dan menutup mata terhadap kebaikan akhbar lain.

CADANGAN SAYA KEPADA AKHBAR UTUSAN MALAYSIA :

1. Mengangkat penulis pojok* dan melahirkan lebih ramai penulis muda bagi memberi penghargaan kepada golongan muda dalam bidang penulisan.
2. Menerbitkan buku-buku atau koleksi rencana yang diterbitkan dalam akhbar harian.
3. Menganjurkan seminar atau wacana seperti yang dilakukan oleh akhbar Sinar Harian. Saya fikir cara ini dapat merapatkan lagi hubungan di antara pembaca dan sidang redaksi Utusan Malaysia.
4. Mengelakkan lubang-lubang yang boleh digunakan pembangkang untuk memanipulasi isu.
5. Mengubah suai Utusan Online agar lebih mesra pembaca dan lebih tersusun. Versi sekarang saya lihat sukar untuk membaca berita dan rencana. Jika boleh, asingkan berita-berita penting dan rencana dalam laman web yang berlainan.

Semoga terus sukses kepada Utusan Malaysia. Saya hanya mampu menulis di blog saya sendiri. Mudah-mudahan artikel ini dapat sampai kepada penggerak Utusan Malaysia.

*POJOK : ruangan dalam akhbar atau majalah yang dikhaskan untuk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan.

NOTA : Kalau ada yang mengatakan apa guna membaca Utusan Malaysia, tanya semula kepada diri anda; “Apa guna membaca Harakah?”.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 6 Julai 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

2 Responses to Dirgahayu Utusan Malaysia

  1. Silver Price

    Satu lagi formula apabila hendak membaca Utusan itu, dengan membaca ‘auzubillah’ 33 kali sebelum membuka dan membaca akhbar itu… Jangan lupa apabila membacanya, mesti membacanya dengan terbalik.
    Silver Price´s last blog post ..No last blog posts to return.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Bagaimana apabila membaca Harakah? Perlukah juga Nauzubillahi Syaitonirajim? Hembus kiri 7 kali?

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);