Bicara Siasah,  Dakwah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

Hina Islam : Bukan Kerana Tak Faham

1. Satu kenyataan yang paling berpengaruh dalam membincangkan tentang penghinaan Bukan Islam terhadap agama Islam adalah ; “Mereka tidak faham Islam, biarkan mereka, ajari mereka ke arah Islam yang sebenar”.

2. Orang Bukan Islam terbahagi kepada dua ; satu Kafir Harbi dan satu lagi Kafir Zimmi. Apakah perbezaaannya? Adakah dua-duanya harus kita ajari mereka dengan lemah lembut atau perangi mereka habis-habisnya? Kafir Zimmi harus kita lindungi mereka kerana tidak memerangi Islam tetapi Kafir Harbi adalah kafir yang kita harus bertegas kepada mereka! Harbi menghina dan memerangi Islam, tidak kiralah secara halus atau terbuka.

3. Di Malaysia, agama yang dianuti antara lainnya ialah Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh. Secara logiknya, kita di Malaysia saling menghormati agama orang lain walaupun kita tidak arif tentang agama mereka. Contohnya, kita tahu orang Hindu akan merayakan Deepavali dan Thaipusam. Kita juga tahu bahawa Hindu tidak makan Daging lembu atas sifat Vegetarian dan menghormati sembahan mereka.

4. Adakah kerana kita tidak faham agama mereka kita boleh mempermainkan agama mereka? Contohnya kita membuat Ucapan Sambutan perayaan mereka dengan kata-kata : “Selamat makan daging lembu di hari perayaan, sedap dan terbaik dari ladang”. Tidakkah mereka juga akan berasa marah kerana mempermainkan agama mereka? Dan saya pasti mereka juga tidak akan beranggapan bahawa kita mahu mendekati agama mereka dengan cara sedemikian.

5. Saya tidak faham dengan sikap segelintir orang Islam yang tidak sensitif apabila agamanya dipermainkan oleh orang lain. Lebih kelakar apabila ada yang tiba-tiba menjadi ‘pendakwah tersohor’ dengan memberi alasan “mereka tak faham Islam” dan “maafkanlah mereka, Islam agama rahmat”. Sedangkan sebelum ini tidaklah nampak kerja-kerja dakwah yang dilakukannya.

6. Saya fikir orang yang menghina Islam bukan kerana tak faham Islam (baca: tak tahu langsung tentang sensiviti orang Islam) atau nak mencari Nur Hidayah Ilahi, tetapi sengaja berbuat begitu kerana mahu mencetuskan kemarahan kita. Senang bicara mereka sedang membenci kita.

7. Adalah tidak masuk akal jika mereka kata tidak tahu sensiviti orang Islam sedangkan mereka sejak lahir lagi sudah menetap dan bergaul dengan orang Islam di Malaysia. Adakah mereka tidak tahu orang Islam haram makan babi lantas membuat kad ucapan Ramadan sambil menikmati Bak Kut Teh? Adakah mereka tidak tahu anjing adalah najis Mughalazah dan budaya Melayu tidak gemar dengan anjing, lantas memuatnaik video ucapan Raya bersama anjing-anjing di pagi hari raya? Kononnya nak kata Islam itu baik dengan semua makhluk, tetapi kenapa pilih anjing? Kenapa tak kucing?

8. Saya harap kita dapat membezakan yang mana satu individu yang menghina Islam atau individu yang ingin tahu tentang Islam. Kebiasaan sikap anak Adam adalah apabila mereka mengambil tahu tentang satu-satu perkara, ianya kerana berminat atau mereka mahu mencari kelemahan dan berusaha mencacinya.

9. Musuh Islam sentiasa mencari kelemahan kita untuk menyerang kita. Saya fikir jika orang Melayu di Malaysia ini bersatu, orang Islam akan jadi kuat dan mereka tidak berani untuk menghina kita.

10. Sayangnya, kita masih terpinga-pinga untuk bersatu dan lewat mengambil tindakan terhadap penghina agama. Lantas mereka gembira di luar sana dan kita hilang entah ke mana.

11. ISLAM AGAMA RAHMAT. ISLAM TIDAK RUGI JIKA DIHINA KERANA ISLAM ITU TINGGI DAN TIDAK ADA YANG LEBIH TINGGI DARIPADANYA. YANG MENGHINA SENGSARA, TAK BERAMAL DERITA.

Walallahua’lam.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 30 Julai 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge