• Bicara Siasah,  Perspektif,  Review

    Alvin & Vivian : Bukan Kerana Ku Tak Mahu Memaafkanmu

    1. Ulasan daripada pemimpin PAS ditunggu-tunggu dalam kes Vivian dan Alvin yang didakwa menghina kesucian agama Islam. Akhirnya pemimpin PAS bersuara. Saya sudah dapat menjangka apa yang akan mereka katakan, ternyata pemimpin PAS ‘menyokong’ Vivian dan Alvin. Saya tidak tahu mengapa, adakah kerana kaum Cina begitu memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan itu menyebabkan mereka bersikap menyokong dan lebih selamat, berdiam diri? 2. Apa yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Sepang dari PAS itu ada asasnya. Benar juga apa yang disebutnya itu. Kenyataan beliau tidak salah tetapi bagi saya kurang kena dengan tempat dan masanya. Islam adalah agama rahmat. Allah Subhanahu Wa Taa’la adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Mengapa kita…

  • Dakwah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    Bagi Sedekah Biar Berpada?

    Orang kata; “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali”. Buat baik kenapa pula perlu berpada-pada? Bukankah ‘buat baik’ adalah satu amalan yang mulia? Saya setuju dengan pepatah buat baik berpada-pada, ianya bukan bermakna kita harus bertindak jahat sekali-sekala, tetapi berbuat baiklah selagi ianya tidak mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri. Rakan saya seorang Ustaz, seorang Ustaz yang sangat baik pada pandangan saya. Kata-katanya sungguh lembut, tidak pernah pula saya mendengar beliau marah. Sangat menghormati ibu bapa dan bergaul dengan pergaulan yang baik dengan orang yang dikenali mahupun yang tidak dikenali. Share

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    PAS : Menang Dalam Slogan Acuan Sendiri

    Apa yang ditulis mereka adalah benar. Nabi pernah bersabda bahawa Islam akan bangkit di akhir zaman dari sebelah timur, tetapi saya tidak pasti pula ada hadis berbunyi begitu : “HADIS NABI : ISLAM AKAN BANGUN DARI ARAH TIMUR.. MALAYSIA BAKAL BERUBAH..”? Jika menulis, biarlah beradab lebih-lebih lagi menulis tentang hadis Nabi wahai sahabatku. Saya tidak pasti adakah PAS sedang lemas dalam perjuangan mereka? Setiap hari saya memerhati dan membaca status-status penyokong Pas yang saban hari membantai UMNO dan menulis ayat-ayat perjuangan Islam, tetapi lemah apabila berhadapan dengan kafir daripada PKR dan DAP. Sudah terlalu banyak untuk ditunjuk tentang kelemahan PAS dalam mempertahankan Islam apabila dibangkitkan oleh DAP. Pas hanya dilihat…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    BN Kena Pandai Tempelak, Hentam

    SURUHANJAYA Pilihan Raya menetapkan hari ini berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu manakala 13 hari selepas itu – 24 Julai sebagai hari pengundian. Dalam pertandingan ini yang sudah mengesahkan bertanding ialah calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas. BN menyandarkan harapan kepada anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, manakala Pas mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor. PRK Kuala Besut akan memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah bersedia dengan pasukan propagandanya atau tidak. Share

  • Bicara Siasah,  Info,  Perspektif,  Rencah

    Cepat Obses Cepat Gedebe

    Saya puji perangai segelintir rakyat Malaysia yang begitu mengambil tahu tentang sesuatu perkara. Fenomena ini boleh membuatkan kita tidak perlu lagi berita di TV dan portal berita di Internet. Semua berita boleh didapati apabila kita scroll sahaja status update di Facebook. Ketika artikel ini ditulis, segelintir rakyat Malaysia begitu obses dengan isu yang berlaku di Mesir. Pelbagai kata-kata yang membangkitkan semangat juang menentang pemberontakan, ada yang berkongsi gambar-gambar kanak-kanak diserang, ada yang memaki dan ada juga yang turut mengambil laba politik dengan membandingkan kebaikan Morsi dengan pemimpin Malaysia. Jika orang Mesir tahu, pasti mereka terharu dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Malaysia. Pastinya, seekor kambing dihidangkan kepada kita…

  • Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN,  Ulasan Buku

    Dirgahayu Utusan Malaysia

    Akhbar keramat ini berusia 75 tahun. Jika akhbar ini diibaratkan sebagai seorang manusia, pastinya orang ini sudah terlalu tua. Penuh dengan pengalaman, jatuh bangun, sepak terajang dalam kehidupan kewartawanan sebagai PEMANGKIN FIKIRAN RAKYAT. Pengarang silih berganti, pembaca juga silih berganti. Saya juga difahamkan (selepas membaca CUIT) Datuk Nik Aziz Nik Mat juga adalah seorang pembaca tegar Utusan Malaysia ketika mula-mula menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dahulu. Saya juga pernah membaca bahawa penulis Subky Latif (bekas pengarang Harakah) juga pernah menjadi penulis pojok di Utusan Malaysia. Tidak hairanlah jika dikatakan Utusan Malaysia pernah dipimpin oleh pengarang berhaluan kiri seperti A.Samad Ismail. Sejarah pengarang dan perjalanan Utusan Malaysia menarik untuk dibaca,…