browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

PAS : Menang Dalam Slogan Acuan Sendiri

Posted by on July 14, 2013

1017331_10151595640523751_1754624905_n

Apa yang ditulis mereka adalah benar. Nabi pernah bersabda bahawa Islam akan bangkit di akhir zaman dari sebelah timur, tetapi saya tidak pasti pula ada hadis berbunyi begitu : “HADIS NABI : ISLAM AKAN BANGUN DARI ARAH TIMUR.. MALAYSIA BAKAL BERUBAH..”? Jika menulis, biarlah beradab lebih-lebih lagi menulis tentang hadis Nabi wahai sahabatku.

Saya tidak pasti adakah PAS sedang lemas dalam perjuangan mereka? Setiap hari saya memerhati dan membaca status-status penyokong Pas yang saban hari membantai UMNO dan menulis ayat-ayat perjuangan Islam, tetapi lemah apabila berhadapan dengan kafir daripada PKR dan DAP.

Sudah terlalu banyak untuk ditunjuk tentang kelemahan PAS dalam mempertahankan Islam apabila dibangkitkan oleh DAP. Pas hanya dilihat gagah apabila membantai UMNO dan kecut untuk membantai DAP.

Adakah ini yang dikatakan bahawa Islam akan bangkit dari timur? Di Selangor pun begitu juga, penyokong PAS berbangga dengan ceramah ‘agama berbaur politik’ yang banyak saban malam di masjid dan surau. Adakah itu penunjuk Islam bangkit? (saya tidak mempertikai kuliah agama, cuma kuliah politik bertopengkan agama). Adakah Islam akan bangkit hanya apabila parti PAS menang? Bagaimana pula dengan dasar-dasar yang dibuat oleh DAP di Selangor yang melihat kuasa orang Islam sedikit demi sedikit dicabar?

Saya melihat kekuatan PAS sekarang adalah seperti kita di zaman penjajah dahulu. Pembesar Melayu hanya diberi kuasa dalam hal pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, hal-hal lain penjajah yang jaga. ‘Penjajah’ pada zaman sekarang adalah DAP, mereka bagi ‘kebebasan’ kepada PAS untuk menjalankan aktiviti agama tetapi jangan masuk campur tentang pentadbiran mereka. Persis penjajah zaman silam.

Saya masih memikirkan kepentingan PAS dalam Pakatan Rakyat, adakah ianya begitu perlu atau sekadar memenuhkan korum? Saya memerhatikan Pakatan Rakyat berkempen dengan kononnya memperjuangkan semua golongan termasuk golongan LGBT untuk mendapat laba politik.

Dalam Pilihanraya, undi adalah amat penting. Disebabkan itu, semua golongan perlu diambil hati bagi memberi kemenangan kepada parti, itu adat dalam Pilihanraya. Undi orang tua, orang muda, di kota di desa, agamawan, kafir, miskin, kaya, gay, lesbian semuanya dikira sebagai undi jika mereka mendaftar sebagai pemilih dalam Pilihanraya.

Oleh itu, Pakatan Rakyat bersikap SAPU SEMUA. Jika di kampung, mereka dilihat memperjuangkan hak orang miskin dengan berpakaian compang camping dan menaiki kereta buruk. Di kota pula mereka kononnya memperjuangankan nasib orang kaya dengan berterampilan tali leher dan berkemeja. Di masjid pula berbicara memperjuangkan Islam seolah-olah hanya dengan Pakatan Rakyat, Islam akan menang. Untuk “Mak Nyah” pun diberi tempat sebagai Setiausaha Politik oleh Pakatan Rakyat.

Itulah yang dikatakan SUARA RAKYAT. SUARA RAKYAT menyebabkan keadaan menjadi serba salah. PAS mahu memperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama DAP menghentam Islam. Semua itu dilabel sebagai suara rakyat, jika menentang takut hilang kawan sepakatan.

Di manakah PAS ketika memperjuangkan Kalimah Allah? Di manakah PAS apabila DAP minta untuk dihapuskan pelajaran agama Islam di IPTS? Di manakah PAS yang sebelum ini mahu merobohkan kilang arak di Shah Alam yang kini sunyi seribu bahasa? Di manakah PAS untuk membangkitkan soal rumah urut dan perjudian yang banyak di negeri Selangor?

Oleh kerana itulah saya berasa sedih dengan ayat : ISLAM AKAN BANGKIT DARI TIMUR (sambil dibawahnya ada logo parti). Belajarlah dari sejarah, ramai benar yang mengaku dirinya Imam Mahdi atau tentera Bani Tamim dan akhirnya mereka ini tewas sebelum berperang.

Islam akan bangkit dengan kesatuan Islam, bukan disebabkan kesatuan Pakatan Rakyat yang menghimpunkan semua golongan penentang dan penyokong Islam di dalamnya. Semua ini hanyalah gimik politik kepartian yang menggunakan agama sebagai laba politik mereka.

PAS hanya kuat untuk melawan UMNO, dengan DAP kecut sekali. Yang sedih, apabila UMNO melawan DAP, dikatanya UMNO rasis dan anti-perpaduan. PAS menjadi penjawab soalan kepada DAP untuk mempertahankan mereka.

Apabila orang Islam beria-ia mempertahankan orang bukan Islam lebih daripada orang Islam itu sendiri, saya tidak tahu bilakah Islam itu akan bangkit dari arah Timur. Sesungguhnya benar kata Nabi bahawa Islam akan bangkit di akhir zaman, tetapi ianya belum pasti adakah yang bangkit itu adalah PAS?

Saya fikir, PAS hanya menang dalam acuannya sendiri.

TUKAR “MEMBANGUN BERSAMA ISLAM” KEPADA “BANGUNKAN ISLAM!”

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 14 Julai 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

3 Responses to PAS : Menang Dalam Slogan Acuan Sendiri

  1. asmannasution

    Mereka2 ini telah di belenggu dengan dengan kuasa tamak halober ,mereka memperjuang kan agama konon tp hati mereka di jajah ,di luar merdeka di dalam di jajah huhuhuhuhuhu macam boneka

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Emm.. Penyokong pembangkang akan label kita pencacai kalau bantai mereka. Maklumlah ada yang membangkang si pembangkang, panas punggunglah.

    [Reply]

    Jamal Rafaie Reply:

    Betul..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);