browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Tongkat Bangsaku

Posted by on July 25, 2013

“Dalam keghairahan kita melaksanakan dasar untuk membantu kaum bumiputera, kita kurang memberi perhatian kepada soal KUALITI. apa yang diutamakan adalah kuantiti dan amat kurang menekankan pembinaan KEUPAYAAN dan MENAMBAH NILAI.

Kaum bumiputera dianggap kurang mempunyai daya saing dan ketahanan. Maka timbullah anjuran melahirkan perubahan besar dalam sikap, revolusi mental untuk bumiputera. Bumiputera telah digesa agar lebih berdikari, lebih mengutamakan ilmu pengetahuan dan lebih rajin.

Revolusi mental amat penting dalam menghadapi dunia yang semakin tinggi daya saingnya. Ekonomi negara kini menghadapi tekanan luaran ; produk kita menghadapi persaingan daripada negara lain. Jika kita lambat mengubah sikap, jika kita tidak meningkatkan daya saing, akan terlepaslah pelaburan, kerja dan peluang niaga kepada negara yang lebih cekap dan lebih daya saingnya.

Kenyataan bahawa kaum bumiputera ketinggalan di belakang bukanlah perkara yang baru saja disedari.
Sebahagian bumiputera sedar akan keadaan ini dan khuatir akan wujudnya jurang tersebut. Ramai merasakan bahawa masalah kaum bumiputera adalah berpunca daripada pemikiran dan sikap. Bumiputera sendiri tidak menolak tanggapan ini.

Ramai bumiputera mahu kita mengubah sikap kita agar dapat berdikari dan lebih berdaya saing, namun begitu dalam nafas yang sama mereka meminta PERLINDUNGAN yang lebih tinggi. Bumiputera dianggap masih lemah dan belum bersedia lagi untuk berhadapan dengan pasaran terbuka.

Bumiputera sedar bahawa mereka masih bergantung kepada TONGKAT dan ingin mengetepikan tongkat itu ; tetapi mereka takut hendak membuangnya. Lantaran kebimbangan ini, mereka balik mengamalkan perangai lama, berkehendakkan cara penyelesaian segera dan menyalahkan orang lain. Jika sikap demikian dibiarkan berleluasa, nescaya bumiputera akan menjadi semakin lemah lagi. Terus-menerus bergantung kepada TONGKAT akan tambah melemahkan kita, dan pada akhirnya nanti kita akan terpaksa duduk di atas kerusi roda.

Jika kita jujur dengan diri sendiri, kita akan mengakui bahawa barang siapa memperolehi sesuatu dengan begitu mudah sebenarnya tidak memiliki kekuatan dalaman.”

– Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Abdullah: Memperkasa Malaysia : Selangor, Limkokwing Integreted sdn. Bhd.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);