Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

Kes Bermusim Versi Malaysia

1. Cerita-cerita di Malaysia kebanyakkannya bermusim. Kalau ada cerita anak hilang, nescaya esok lusa akan ada juga laporan media bercerita tentang perkara yang sama.

2. Saya masih ingat dahulu ada kes kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress dan mengorbankan hampir keseluruhan penumpang. Tidak semena-mena esoknya pula berlaku insiden yang hampir sama. Dua tiga hari selepas itu pula ada kes kemalangan keretapi tergelincir daripada landasan. Pokoknya, kemalangan dan kemalangan.

3. Begitu juga dengan perkahwinan artis. Lepas seorang, seorang artis mendirikan rumahtangga. Tetapi apabila bercerai, satu-satu pula kes yang timbul berkaitan penceraian artis.

4. Apabila ada kes tembak berlaku, esok ada lagi orang kena tembak dan ianya semakin membimbangkan. Individu yang terbunuh dalam kes tembakan pula kebanyakkan mereka tidaklah begitu popular. Mungkin pihak Polis pun sukar menyelesaikan masalah ini. Tembakan sukar diduga dan punca pembunuhan tidak dijangka.

5. Saya tidak pasti adakah semua ini adalah kebetulan. Tetapi memang kebiasaannya semua yang berlaku terjadi mengikut musim.

6. Itulah aturan Alam.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45000 Kuala Selangor, 1 Ogos 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge