• Bicara Siasah

    Wahai DAP… UMNO Juga Pernah Dibubar ROS

    1. Lim Guan Eng seperti cacing kepanasan apabila Registry Of Societies (ROS) meminta parti DAP mengadakan semula pemilihan ahli Central Executive Committee (CEC) parti tersebut. Beliau mengatakan bahawa ROS tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengarahkan DAP melakukan pemilihan semula. 2. Bagi saya, jika ROS memberi 1000 alasan yang kukuh sekalipun, pasti Lim Guan Eng tidak akan menerima kenyataan itu. Maklumlah, beliau dan partinya adalah Ultra-Kiasu seperti yang selalu disebut oleh Ustaz Ridhuan Tee Abdullah dan saya juga berfikir label itu benar terhadap DAP berdasarkan sikap yang mereka tunjukkan kepada kita. 3. Rentetan awal skandal pemilihan CEC DAP sudah meragukan. Dan apa yang paling penting dalam isu ini adalah salah…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    Tukar Proton Perdana : Jangan Gopoh Jangan Terngadah

    1. Kerajaan mengumumkan akan menukar kenderaan rasmi kerajaan daripada model Proton Perdana dan Proton Inspira kepada model Honda Accord 2.0L. 2. Saya tidak pasti adakah ini keputusan sebulat suara kerajaan yang terdiri daripada golongan ahli politik ataupun pegawai kerajaan kelas atasan yang kemaruk mendambakan sebuah kereta yang dikatakan mewah. 3. Pelbagai alasan diberikan untuk dijadikan lesen menukar kereta baru tersebut. Antara yang biasa disebut ialah kos penyelenggaraan yang lebih murah daripada kereta nasional. 4. Saya terkejut, sejak bila pula alasan yang “Lebih Murah” digunakan dalam kerja-kerja kerajaan? Jauh sangatkah perbezaan kos penyelenggaraan antara kereta nasional dan kereta import? 5. Ya. Jika lebih murah pun mengapa kereta rasmi kerajaan yang menjadi…

  • Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    Kes Bermusim Versi Malaysia

    1. Cerita-cerita di Malaysia kebanyakkannya bermusim. Kalau ada cerita anak hilang, nescaya esok lusa akan ada juga laporan media bercerita tentang perkara yang sama. 2. Saya masih ingat dahulu ada kes kemalangan ngeri melibatkan bas ekspress dan mengorbankan hampir keseluruhan penumpang. Tidak semena-mena esoknya pula berlaku insiden yang hampir sama. Dua tiga hari selepas itu pula ada kes kemalangan keretapi tergelincir daripada landasan. Pokoknya, kemalangan dan kemalangan. 3. Begitu juga dengan perkahwinan artis. Lepas seorang, seorang artis mendirikan rumahtangga. Tetapi apabila bercerai, satu-satu pula kes yang timbul berkaitan penceraian artis. 4. Apabila ada kes tembak berlaku, esok ada lagi orang kena tembak dan ianya semakin membimbangkan. Individu yang terbunuh dalam…

  • Bicara Siasah,  Info,  KEMBARA,  Tinta ADMIN

    Angkara asing: Apa yang Turki dan Malaysia boleh belajar?

    Oleh : Zaini Hassan (CUIT – Utusan Malaysia) NOSTALGIA saya ke Istanbul, Turki tahun lalu masih jelas di fikiran. Ia adalah sebuah negara anugerah Allah Taala yang tiada tolok-bandingnya. Ia adalah tapak kegemilangan Islam ke seluruh pelosok dunia – ke China, Asia Tengah dan sebahagian Eropah. Suku sakat orang-orang Turki juga merantau sehinggalah ke gugusan Melayu ini – ke nusantara Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu. Datuk Moehamad Izat Emir, usahawan terkenal Malaysia juga adalah dua generasi keturunan dari Turki. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga antara keturunannya. Pendek kata semangat Othmaniah menjalar ke mana-mana. Semasa kunjungan saya ke Istanbul tahun lalu, saya cuba mempelajari semangat Hizmet, satu semangat kesukarelaan atau…

  • Bicara Siasah,  Fitnah Dajjal Al-Masih,  Perspektif,  Review

    Fitnah Dajjal : Terlalu Cepat Mencerca Ulama

    Video ini adalah penjelasan kepada golongan yang mencerca Syeikhul Azhar. Saya faham golongan ini cepat gedebe dengan perkara yang menimpa Ikhwanul Muslimin di Mesir lantas terus mencerca Ulama Mesir dengan mengatakan bahawa Ulama’ tersebut menyokong perampas kuasa. Inilah yang saya maksudkan dalam artikel saya yang bertajuk “CEPAT OBSES CEPAT GEDEBE”. Jangan kita terus marah atas satu-satu perkara dengan memaki dan mencerca. Saya khuatir golongan ini terjerumus dalam kancah perjuangan parti semata-mata dan bukannya memertahankan umat Islam secara keseluruhannya. Apabila saya menegur pihak yang gedebe ini, bukan bermaksud saya redha dengan apa yang dilakukan oleh perampas kuasa bekas Presiden Morsi. Harap semua memahami pendirian saya. Dulu semasa baru balik dari Mesir,…