browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Tukar Proton Perdana : Jangan Gopoh Jangan Terngadah

Posted by on August 3, 2013

1. Kerajaan mengumumkan akan menukar kenderaan rasmi kerajaan daripada model Proton Perdana dan Proton Inspira kepada model Honda Accord 2.0L.

2. Saya tidak pasti adakah ini keputusan sebulat suara kerajaan yang terdiri daripada golongan ahli politik ataupun pegawai kerajaan kelas atasan yang kemaruk mendambakan sebuah kereta yang dikatakan mewah.

3. Pelbagai alasan diberikan untuk dijadikan lesen menukar kereta baru tersebut. Antara yang biasa disebut ialah kos penyelenggaraan yang lebih murah daripada kereta nasional.

4. Saya terkejut, sejak bila pula alasan yang “Lebih Murah” digunakan dalam kerja-kerja kerajaan? Jauh sangatkah perbezaan kos penyelenggaraan antara kereta nasional dan kereta import?

5. Ya. Jika lebih murah pun mengapa kereta rasmi kerajaan yang menjadi mangsa? Kerajaan mendukung dasar “Belilah Barangan Buatan Malaysia” tetapi dalam soal ini mereka tidak begitu Patriotik. Kepimpinan ini tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat, bagaimana rakyat mahu mencontohi?

6. Apa yang lebih menjengkelkan ialah apabila kerajaan pembangkang mahu menukar kereta rasmi Proton Perdana kepada Toyota Camry, habis dibantai kepada mereka itu dengan alasan tidak patriotik dan sebagainya. Bila tiba masa kita menukar kenderaan rasmi kita, tiba-tiba 2×5 juga.

7. Pembangkang memang sudah kita tahu tidak patriotik dan hampeh, jangan pula ditambah dengan perangai segelintir daripada ahli politik BN/pegawai kerajaan kelas atasan yang bersikap liberal. Suka memberi peluru percuma kepada pembangkang untuk menembak kerajaan, ini mesti diambil tindakan segera.

8. Sebelum pembangkang mengguna peluru itu, saya sebagai penyokong kerajaan ingin menembak kerajaan dengan peluru itu. Kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat khususnya orang-orang Melayu yang memberi undi kepada mereka, harus bersikap sensitif dengan setiap tindakan yang diambil. Jika tidak mahu mendengar kata pembangkang, sekurang-kurangnya dengarlah suara orang yang menyokong kamu. Tetapi kerajaan dilihat lebih mengutamakan pembangkang daripada penyokong sendiri.

9. Saya berharap pihak kerajaan dapat menangguhkan dulu arahan yang baharu dikeluarkan itu. Tidak bolehkah kerajaan menunggu model Proton baharu yang bakal menggantikan model Proton Perdana? Mungkin tidak ada arah melintang, tahun depan keluarlah model itu. Bersabarlah sedikit.

image

10. Saya tidak mahu kerajaan cakap tak serupa bikin. Kepimpinan melalui tauladan, baru rakyat salute! Jangan gopoh nanti terngadah apabila tindakan tergesa-gesa diambil. Kita tunggu dan lihat.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 3 Ogos 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);