browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Wahai DAP… UMNO Juga Pernah Dibubar ROS

Posted by on August 5, 2013

1. Lim Guan Eng seperti cacing kepanasan apabila Registry Of Societies (ROS) meminta parti DAP mengadakan semula pemilihan ahli Central Executive Committee (CEC) parti tersebut. Beliau mengatakan bahawa ROS tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengarahkan DAP melakukan pemilihan semula.

2. Bagi saya, jika ROS memberi 1000 alasan yang kukuh sekalipun, pasti Lim Guan Eng tidak akan menerima kenyataan itu. Maklumlah, beliau dan partinya adalah Ultra-Kiasu seperti yang selalu disebut oleh Ustaz Ridhuan Tee Abdullah dan saya juga berfikir label itu benar terhadap DAP berdasarkan sikap yang mereka tunjukkan kepada kita.

3. Rentetan awal skandal pemilihan CEC DAP sudah meragukan. Dan apa yang paling penting dalam isu ini adalah salah laku Jawatankuasa Pemilihan CEC dilaporkan sendiri oleh ahli DAP, David Dass dan rakan-rakannya. Harus kita ketahui, bukan UMNO dan Barisan Nasional yang mendedahkan salah laku ini.

4. Pembangkang heboh dan mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat satu-satu isu yang melibatkan parti pemerintah apabila didedahkan oleh mereka, seperti itu jugalah pihak berkuasa akan menyiasat laporan yang didedahkan oleh ahli DAP terhadap DAP. Oh! Bila kena dekat BN, sibuk. Bila kena dekat batang hidung sendiri pun sibuk juga! Sibuk mengatakan ROS menipu, digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan DAP.

5. DAP sudah hilang kredibiliti untuk mempertikaikan SPR semasa PRU kerana perjalanan pemilihan parti sendiri pun sudah meragukan. Pemenang tempat ke-6 tiba-tiba diisytihar kalah kerana tersilap kira, kalau tempat ke-20 mungkin boleh masuk akal, ini tempat ke-6, DAP sudah kantoi. Pandai mempertikaikan SPR tidak telus padahal DAP lebih tidak telus. Dibakulsampahkan sahaja slogan Competency, Accountability and Transparency. Hebat membantai orang, bila diri sendiri dibantai? Semua orang dipersalahkannya.

6. Lim Guan Eng berkata ; “Mana boleh suka-suka cakap macam itu (arahan pilih semula CEC)? Hari ini rasa tidak syok, suruh buat pemilihan semula. Kalau konsep ini dipakai di mahkamah, habislah Malaysia. Hakim kalau tidak syok, terus hukuman dijatuhkan, mana boleh begini? Namun mahkamah tidak begitu, mereka ada prosedur yang perlu dipatuhi cuma ROS sahaja yang begitu,”.

7. Guan Eng hanya retorik berdasarkan kata-katanya di atas, hari ini beliau dan konco-konconya tidak syok dengan keputusan PRU, mereka ajak pengikutnya turun ke jalan raya. Mempertikaikan keputusan PRU hanya boleh dipertikaikan melalui petisyen di mahkamah dan bukannya di jalan raya seperti Pakatan Rakyat anjurkan itu. Guan Eng nak kata ROS sama macam Pakatan Rakyat ke? Menghukum orang tanpa prosedur? Saya tepuk tangan kepada kamu, Guan Eng.

8. Wahai Guan Eng, pasti SPR ada kesukaran dan kelemahan dalam menjalankan PRU kerana SPR nak jaga pengundi berjumlah berjuta-juta orang yang sentiasa mati dan berpindah-randah alamatnya, . Namun, kamu dan DAP hanya jaga ribuan ahli sahaja, itu pun sudah nampak kepincangan. Itulah dia “Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih”. Terimalah hakikat bahawa DAP ada buat kesilapan dan itu adalah kelemahan manusia. Manusia mana yang tak melakukan kesilapan? Betul tak?

9. Wahai DAP. Ini bukan arahan UMNO untuk menjatuhkan DAP. Kalau perkara ini boleh menjatuhkan DAP, saya pasti sudah lama BN menggunakan cara ini untuk menutup mulut DAP, tapi ini bukan arahan sesiapa. Arahan dari ROS itu adalah berdasarkan oleh laporan ahli kamu sendiri yang tidak berpuas hati dengan cara pemilihan kamu yang dilaporkan tidak telus dan menidakkan undi para perwakilan khususnya daripada kaum India.

10. ROS ada hak. Dan HAK itu bukannya bermaksud kena ikut acuan kamu. Ingatlah, UMNO juga pernah dibubarkan oleh ROS akibat krisis dalaman parti yang bermula pada tahun 1986. UMNO itu siapa wahai DAP? UMNO adalah parti pemerintah, mereka juga tidak terlepas daripada undang-undang.

11. Kalau parti pemerintah pun tidak terlepas daripada undang-undang, mengapa pula DAP tidak boleh diambil tindakan?

12. Apakah DAP ini terlalu istimewa? Fikir-fikirkan.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 5 Ogos 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);