• Bicara Siasah

    UMNO-PAS : Bersatu Tidak Semestinya Bergabung

    (Respon kepada pendirian terbuka UMNO bersatu dengan PAS & Usul Ulama Pas terhadap kajian Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat) Sebelum pergi jauh mari kita perhatikan. Apakah warna baju rasmi MCA, GERAKAN dan DAP? Ianya berwarna putih. Mengapa parti-parti Cina atau majoriti Cina memilih warna putih? Bukan masalah warna putih tetapi itulah petunjuk mereka BERSATU DALAM SENYAP. Jarang-jarang kita melihat pertembungan di antara DAP, Gerakan dan MCA jika berbicara soal kaum Cina. Seia, sekata, sehati, sejiwa. Tidak kira parti kerajaan atau pembangkang, MCA pertahan Cina, DAP juga pertahan Cina. Berlainan sungguh dengan pendirian parti kita orang Melayu. Perbezaan parti dilihat sangat menuntut untuk PERBEZAAN dan KETIDAKSAMAAN. Semuanya serba salah. Saya fikir…

  • Filem,  Review

    Apa Ada Dengan Vikingdom?

    Sebelum pergi jauh, kita baca dulu Sinopsis filem Vikingdom. “Berdasarkan legenda Viking dan pantun yang ditinggalkan mereka, filem aksi ini berkisahkan seorang raja yang dilupai, Eirick yang telah diberi tugas mustahil untuk menewaskan Thor, Dewa Guruh. Misi Thor ialah mengumpul semua kunci artifak purba, “Mjolnir” – tukul Thor dari Valhalla, “Necklace of Mary Magdalene” dari Mitgard dan “Horn” dari Helheim. Semua artifak harus dikumpul sebelum Blood Eclipse yang berlaku sekali setiap 800 tahun. Jika gagal, para Dewa Viking tidak boleh memerintah manusia lagi. Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang…

  • Bicara Siasah,  Info,  Perspektif

    Chin Peng Sudah Pergi, Kita Ke Mana Pergi?

    KOMUNISME tidak pernah berjaya. Sebuah ideologi politik yang menggalakkan penubuhan masyarakat tanpa kelas dan pembawakan ideologi pemilikan harta secara umum. Makna kata, semua orang perlu sama, sama kaya sama miskin, SAMA RATA SAMA RASA. Negara China yang pernah mengamalkan dasar Komunis pun akhirnya bertukar kepada sistem Kapitalis. Konsep ini nampak adil, semuanya sama. Tapi itu apa yang kita nampak, bukan menggambarkan apa yang sebenarnya bermaksud Adil. ADIL bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya semua sama sahaja. Hakikatnya, manusia tidak pernah sama. Man Jadda Wa Jada, siapa yang berusaha dia yang akan berjaya, bukannya ambil harta orang lain dan diberikan kepada orang lain untuk bersikap ‘adil’. Askar-askar Parti Komunis Malaya pernah…

  • Filem,  Review

    MENANTI FILEM-FILEM MELAYU ISLAM DI PAWAGAM

    KLISE. Genre filem kita sama sahaja. Jika tidak Rempit, Gangster. Jika tidak hantu, cinta. Jika tidak lawak, seram-seram kuku. Filem-filem kita perlukan perubahan. Saya bersetuju dengan pendapat penulis Rohami Shafie di Utusan Malaysia (17 September 2013) yang berpendapat penerbit dan pengarah filem perlu menggunakan filem sebagai satu medium menaikkan semangat orang-orang kita. Orang kita, saya yakin mereka dahagakan filem-filem yang memberi pengajaran dan manfaat, bukan sekadar hiburan yang melalaikan. Amerika Syarikat menggunakan filem sebagai penyebar propaganda kehebatan mereka. Contohnya filem Rambo yang mengisahkan seorang askar Komando US yang mampu menewaskan ratusan tentera Vietnam dalam Rambo 4. Sedangkan sejarah yang sebenar, US kalah teruk di Vietnam. Lihatlah betapa US pandai menggunakan…

  • Bicara Siasah,  Tinta ADMIN

    Jangan Panggil Saya YB

    (Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran ayah saya yang ke 61) PRU 13 telah berlalu. Saya turut serta secara langsung dalam kempen Pilihan Raya bersama-sama jentera parti dan ayah saya, calon BN untuk DUN Bukit Melawati. Sebelum ini saya tidak berapa merasai bagaimana berdepan dengan rakyat/pengundi yang mempunyai perangai dan latar belakang yang berbeza. Ternyata memang sangat mencabar. Antara peristiwa yang saya ingat adalah sewaktu calon BN sedang merayu undi, tiba-tiba hadir seorang lelaki India menyorong ibunya yang duduk di atas kerusi roda. Katanya: “Saya undi BN juga, ini ibu saya pun undi BN juga. Mana itu bantuan?”. Beliau memprovok kami sambil memegang bendera kecil BN tanda beliau ‘penyokong BN’. Apabila…

  • Bicara Siasah,  Rencah,  Tongkat Bangsaku

    Resepi Pemimpin Korup & Pengambil Kesempatan

    1. UMNO sering dicop sebagai korupsi, kenapa? Kerana Umno adalah parti pemerintah yang mempunyai kuasa meluluskan projek yang kecil ataupun besar. Buat apa masuk parti pembangkang, kerana mereka tidak ada apa-apa yang boleh diberikan (projek) kepada penyokong mereka. Lantas, ramailah yang berpusu-pusu masuk Umno kononnya pejuang Umno tetapi sebenarnya hanya pengambil kesempatan. 2. Itu sebelum 2008. 3. Telahan saya mungkin benar, apabila kerajaan BN tumbang di Selangor, terlalu ramai pemimpin Umno (terutama kontraktor) keluar Umno dan menyertai PKR. Kata mereka Umno rasuah dan sebagainya, namun sebenarnya merekalah yang membuat onar semasa di dalam Umno dahulu. Tinggallah Umno yang busuk namanya dan pemimpin itu menubuhkan ranting/cabang PKR di kawasan mereka. Diperhatikan,…