browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Apa Ada Dengan Vikingdom?

Posted by on September 23, 2013

Sebelum pergi jauh, kita baca dulu Sinopsis filem Vikingdom.

“Berdasarkan legenda Viking dan pantun yang ditinggalkan mereka, filem aksi ini berkisahkan seorang raja yang dilupai, Eirick yang telah diberi tugas mustahil untuk menewaskan Thor, Dewa Guruh. Misi Thor ialah mengumpul semua kunci artifak purba, “Mjolnir” – tukul Thor dari Valhalla, “Necklace of Mary Magdalene” dari Mitgard dan “Horn” dari Helheim. Semua artifak harus dikumpul sebelum Blood Eclipse yang berlaku sekali setiap 800 tahun. Jika gagal, para Dewa Viking tidak boleh memerintah manusia lagi.

Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Teknik pembikinan filem Vikingdom ada persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana “surreal” bagi filem aksi ini.

Norman Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Yusry Abd Halim (Pengarah)
Barisan pelakon bertaraf Hollywod seperti Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).”

ULASAN JURAGAN RUMAH API:
Saya menonton filem ini atas niat untuk melihat hasil seni anak tempatan kita, KRU Studios. Dari segi hasil kerja, KRU sudah melangkah ke hadapan dengan penggunaan teknik CGI yang baik berbanding filem-filem mereka sebelum ini. Susunan muzik oleh Edry juga kena dengan situasi babak dan aksi. Tahniah. Bunyi dan muzik didengar sempurna.

Namun begitu, saya tidak pasti sama ada saya sependapat dengan penonton lain, pencahayaan filem ini macam terlalu gelap dan nampak terlalu ‘studio’. Tak tahulah kalau masalah ini disebabkan oleh mutu pawagam tempat saya tonton.

Filem ini langsung tidak mengambarkan budaya Malaysia. Juga tidak menyentuh langsung agama Islam tetapi banyak bercerita tentang mitos Thor melawan agama Kristian. Kalau kita tidak tahu siapa penerbitnya, persis filem-filem epik Hollywood.

Penulis skrip filem ini ditulis oleh ‘Mat Saleh’ dan Yusry hanya menjadi pengarah dan Norman keluarkan duit (Penerbit). Walaupun ramai yang mempertikai KRU tidak patriotik kerana tidak memaparkan satu pun budaya Malaysia dalam filem Vikingdom, kita seharusnya berpandangan baik kepada KRU Studios kerana ini adalah cubaan mereka untuk menembusi ‘market’ di negara luar. Apabila sudah ada nama dan ‘track record’ yang baik di luar negara, agak mudah untuk pengedar-pengedar filem luar negara membeli filem-filem KRU pada masa akan datang.

Kita seharusnya bangga dengan filem Merong Mahawangsa yang mengangkat sejarah awal Tanah Melayu, itu adalah permulaan yang baik oleh KRU. Harus kita faham bahawa pembikinan filem-filem seperti ini menelan belanja yang tinggu iaitu mencecah puluhan juta ringgit berbanding filem-filem tempatan yang lain. Bagaimana mahu mendapat kutipan yang memadai jika KRU tidak dapat menembusi pasaran luar? Kalau nak harap kutipan tempatan, mungkin tak dapat tampung pun kos yang keluar.

Mudah-mudahan apabila KRU sudah ada market di luar, mereka akan mengangkat lebih banyak budaya Malaysia di mata dunia. Filem boleh membuatkan Malaysia lebih dikenali seperti mana Tun Mahathir membina KLIA, KLCC dan sebagainya, satu dunia tahu Malaysia!

Bagi yang sibuk sangat kata KRU tak patriotik tu, buat-buatlah tonton dan hayati dulu filem Tanda Putera, Bukit Kepong, Leftenan Adnan. Jangan sibuk kata orang tak berjiwa TEMPATAN tapi diri sendiri tak nak menyokong filem tempatan (patriotik).

Betul juga kata sahabat saya seorang pengarah di sebuah stesen televisyen, kalau banyak KOMEN TAK MEMBINA, lebih baik buat filem sendiri!

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 21 September 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);