browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Chin Peng Sudah Pergi, Kita Ke Mana Pergi?

Posted by on September 18, 2013

KOMUNISME tidak pernah berjaya. Sebuah ideologi politik yang menggalakkan penubuhan masyarakat tanpa kelas dan pembawakan ideologi pemilikan harta secara umum. Makna kata, semua orang perlu sama, sama kaya sama miskin, SAMA RATA SAMA RASA. Negara China yang pernah mengamalkan dasar Komunis pun akhirnya bertukar kepada sistem Kapitalis.

Konsep ini nampak adil, semuanya sama. Tapi itu apa yang kita nampak, bukan menggambarkan apa yang sebenarnya bermaksud Adil. ADIL bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukannya semua sama sahaja. Hakikatnya, manusia tidak pernah sama. Man Jadda Wa Jada, siapa yang berusaha dia yang akan berjaya, bukannya ambil harta orang lain dan diberikan kepada orang lain untuk bersikap ‘adil’.

Askar-askar Parti Komunis Malaya pernah membunuh Sir Henry Gurney di Bukit Fraser. Kata orang yang buta sejarah, Komunis adalah pejuang kemerdekaan kerana mereka menentang British. Alasan itu tidak bertempat, Komunis menentang British disebabkan British adalah pihak yang berkuasa ketika itu dan bukan kerana mereka hendak berjuang memerdekakan Tanah Melayu! Buktinya, selepas Persekutuan Tanah Melayu dibentuk, Komunis masih meneruskan gerakan gerila dan menentang kerajaan Parti Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman. Jika mereka benar-benar pejuang kemerdekaan, mereka akan letak senjata dan bersetuju dengan tawaran pengampunan oleh Tunku yang telah dibincangkan di Baling pada 28 & 29 Disember 1955. Tanah Melayu ketika itu dalam proses kemerdekaan, mengapa mereka tidak menyokong?

Intipati Tawaran Tunku Kepada Komunis Dalam Rundingan Baling 1955 : “Anggota komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Mereka yang menunjukkan taat setia dan ikhlas kepada negara ini akan dibenarkan hidup bebas sebagai rakyat biasa. Sekatan kebebasan akan dikenakan kepada mereka, tetapi bagi mereka yang ingin pulang ke negara China akan diberikan pertimbangan oleh kerajaan”.

Tahun-tahun selepas merdeka, Komunis masih aktif dan terlibat dengan pembunuhan Ketua Polis Negara, Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim pada tahun 1974 dan pembunuhan Ketua Polis Perak, Khoo Chong Kong pada tahun 1975 di Ipoh. Inilah juga bukti Komunis bukan pejuang kemerdekaan, setelah lebih 10 tahun merdeka pun mereka masih menentang pemerintah!

Saya pernah terdengar kata-kata penyokong pembangkang mengatakan bahawa Komunis menentang Parti Perikatan kerana katanya Perikatan adalah barua British. Ini tidak betul, kerana Komunis juga membantu British menentang Jepun semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kalau begitu Komunis juga adalah barua British kerana membantu menentang Jepun?

Senang cerita, Komunis bukanlah hero untuk membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Kebebasan bagi Komunis adalah apabila mereka dapat memerintah, barulah ia dikira sebagai kebebasan bagi mereka. Ciri-ciri ini memang diwarisi oleh sebuah parti bernama DAP. Kerana itulah DAP bermati-matian mahu membawa pulang Chin Peng ke Malaysia. Ini bahaya jika abu Chin Peng dibawa pulang, DAP akan meresapi pemikiran penyokongnya dan membina tugu peringatan. Orang terpedaya, pasti akan terikut dengan dakyah fahaman Tiada Tuhan ini!

Sayang seribu kali sayang, disebabkan politik orang Melayu pun ada yang menyokong Komunis. Tidak banyak yang boleh dikatakan. Pemikiran orang sukar diubah melainkan mereka sendiri sedar. Saya sedih.

Ini bukan soal “Perkara yang lepas jangan dikenang” atau “Kesian dekat keluarga Chin Peng”, tetapi ianya soal prinsip kenegaraan dan kita tidaklah begitu membenci sehingga mencaci dan menghina Chin Peng. Komunis MUSUH NEGARA. NOKTAH!

Biarkan Chin Peng ‘pergi’, kita yang masih hidup ini jangan pula kita bergaduh. Belajarlah sejarah dan hayatilah. Pastikan kita tidur tidak diganggu dengan HANTU CHIN PENG (ideologi Komunis).

RUJUKAN :
1) http://sejarah2u.blogspot.com/2010/03/rundingan-baling-1955.html
2) http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Komunisme

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 17 September 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);