browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

Jangan Panggil Saya YB

Posted by on September 14, 2013

(Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran ayah saya yang ke 61)

PRU 13 telah berlalu. Saya turut serta secara langsung dalam kempen Pilihan Raya bersama-sama jentera parti dan ayah saya, calon BN untuk DUN Bukit Melawati.

Sebelum ini saya tidak berapa merasai bagaimana berdepan dengan rakyat/pengundi yang mempunyai perangai dan latar belakang yang berbeza. Ternyata memang sangat mencabar.

Antara peristiwa yang saya ingat adalah sewaktu calon BN sedang merayu undi, tiba-tiba hadir seorang lelaki India menyorong ibunya yang duduk di atas kerusi roda. Katanya: “Saya undi BN juga, ini ibu saya pun undi BN juga. Mana itu bantuan?”. Beliau memprovok kami sambil memegang bendera kecil BN tanda beliau ‘penyokong BN’. Apabila kami menyiasat, sebenarnya lelaki India itu adalah penyokong PKR yang sengaja buat onar dan ibunya memang sudah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seorang jentera BN memberitahu, bendera kecil di keretanya telah dipatahkan dan ternyata lelaki India itulah yang mematahkannya.

Antara yang mencuit hati ialah sewaktu lawatan rumah ke rumah, kami dimarahi oleh seorang penduduk. “Longkang-longkang dekat sini semua tak pernah bersih, sampah lambat ambil, susah mahu bagi undi kalau macam ni!”. Kami menerangkan bahawa kerja-kerja penyelenggaraan Taman, semua terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri (Majlis Daerah/Pihak Berkuasa Tempatan) dan tidak ada kena mengena dengan BN, siapa Kerajaan Negeri Selangor? Bukankah PKR? Orang itu minta maaf sebab tak tahu Selangor di bawah PKR, dia ingat semua kerajaan adalah Barisan Nasional. Itulah nasib, benda busuk Kerajaan Negeri (PKR) buat semua salahkan BN. Benda baik Kerajaan Pusat (BN) buat, PKR dakwa mereka buat dan bina Billboard tumpang publisiti.

Menyampaikan sumbangan  Ramadan kepada penerima sumbangan.

Menyampaikan sumbangan Ramadan kepada penerima sumbangan.

Parlimen Kuala Selangor mempunyai 3 DUN iaitu DUN Bukit Melawati, DUN Ijok dan DUN Jeram. PRU 12 yang lalu, BN tewas di kerusi Parlimen Kuala Selangor (Dr. Dzulkefly Ahmad-PAS), Dun Bukit Melawati (Ir. Muthiah-PKR), Dun Ijok (Tan Sri Khalid Ibrahim-PKR) dan hanya dapat mempertahankan Dun Jeram (Dato’ Amiruddin Setro-BN).

Dipendekkan cerita, ayah saya (Jakiran Jacomah-BN) menang dan mengambil semula kerusi Dun Bukit Melawati dalam PRU13 daripada PKR. BN juga berjaya mengambil semula Parlimen Kuala Selangor (Dato’ Hj. Irmohizam Ibrahim-BN), mengekalkan Dun Jeram (Dato’ Amiruddin Setro-BN) tetapi masih tewas di Dun Ijok (Dr. Idris Bin Ahmad-PKR) walaupun Wakil Rakyat jarang turun kawasan, Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) lari ke DUN Pelabuhan Klang.

Kejayaan 3-1 (PRU13) berbanding 1-3 (PRU12) adalah berkat usaha jentera-jentera parti BN semua peringkat di Kuala Selangor. Sesungguhnya Allah berhak menaikkan dan menurunkan satu-satu pihak mengikut ketetapannya. Selangor, masih di tangan Pakatan Rakyat dengan mereka beroleh jumlah kerusi yang lebih besar berbanding 2008.

JANGAN PANGGIL SAYA YB

Ayah saya bermula daripada peringkat akar umbi. Mula melibatkan diri dalam politik semenjak remaja lagi iaitu sekitar tahun 70-an. Jawatan pertamanya dalam UMNO adalah Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pasir Tuntong sehingga menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Selangor dan menjawat jawatan lain di peringkat bahagian sehingga sekarang. Banyak juga terlibat dengan aktiviti masyarakat, belia, sukan, kesenian kompang dan sebagainya. Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada 4 orang Wakil Rakyat iaitu YB Mahalingam, YB Sivalingam, YB Ustaz Sayuti Said dan mantan Menteri Besar Selangor, Ybhg. Tan Sri Dato’ Seri Utama (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar.

Selepas kekalahan BN di Selangor dan gagal mempertahankan kerusi Dun Bukit Melawati, beliau dilantik untuk menggalas tanggungjawab sebagai PENYELARAS DUN BUKIT MELAWATI yang bertindak sebagai wakil BN di kawasan yang BN tewas. Alhamdulillah, beliau dipilih menjadi calon BN dalam PRU13 walaupun penyelaras tidak dijamin menjadi calon dan beliau seorang sahaja penyelaras yang dipilih menjadi calon di seluruh Selangor.

Dari kiri : Dato Amiruddin Setro (Jeram), Bapak-Jakiran Jacomah (Bukit Melawati), YB Syukor (Kuang) dan Dato Johan Aziz (Semenyih)

Dari kiri : Dato Amiruddin Setro (Jeram), Bapak-Jakiran Jacomah (Bukit Melawati), YB Syukor (Kuang) dan Dato Johan Aziz (Semenyih)

Apabila menang dalam Pilihanraya, seorang Wakil Rakyat akan bergelar Yang Berhormat. Maka, ramailah dari sanak saudara, sahabat handai, ahli-ahli parti memanggil ayah saya sebagai “YB”. Ternyata beliau tidak selesa dengan perkara ini.

Bukannya tidak boleh dipanggil “YB”, tetapi biarlah kemesraan yang ada sebelum ini tidak ada ‘gap’ di antara kawan-kawan. Jika sudah biasa memanggil “JJ” kepada ayah saya, teruskan dan tidak pula beliau terasa hati. Jika dalam majlis-majlis rasmi dan surat menyurat tidak mengapa jika dipanggil Yang Berhormat kerana itu adalah protokol, jika tidak mengikut protokol, agak tidak manis dipandang orang.

Pesan beliau yang sudah berpengalaman melihat gelagat manusia, gelaran YB-lah yang telah merosakkan ramai orang. Masing-masing masuk politik hanya kerana mengejar pangkat dan kedudukan. Apabila sudah menjadi Wakil Rakyat, pasti susah hendak turun walaupun sudah tidak relevan lagi di kalangan masyarakat sehingga nak pegang jawatan lebih 3 penggal. Berbeza pula dengan yang tak dapat jadi calon, mereka merajuk, sabotaj parti dan paling teruk masuk parti lawan. Kadang-kadang yang masuk parti lawan untuk dapat kedudukan pun akhirnya tak diberi kedudukan oleh parti yang baharu disertainya.

Kedudukan dan pangkat bukanlah untuk dibanggakan. Sebaliknya adalah amanah sebesar Bukit Malawati yang diletak bahu pemimpin. Itulah yang perlu difikirkan dan perlulah seorang pemimpin melakukan yang terbaik mengikut kemampuannya.

Ayah saya berasa terkilan kerana tidak dapat memberi bantuan kepada lebih ramai orang. Menjadi Wakil Rakyat pembangkang tidak mendapat keistimewaan daripada Kerajaan Negeri melainkan sedikit ehsan daripada Kerajaan Persekutuan. Apa yang ada itulah yang diberikan kepada rakyat tetapi tidak banyak yang boleh diberikan.

Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran beliau yang ke 61. Lahir pada 14 September 1952, saya mendoakan Bapak, En. Jakiran Bin Jacomah agar diberikan kesihatan yang baik, umur yang berkat, keselamatan di dunia dan akhirat, iman yang mantap, rezeki yang bermanfaat dan selamat menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat di Dewan Negeri Selangor Kawasan Bukit Melawati. Semoga Allah Subhanahu Wa Taa’la merahmati dan memberkatimu dan kita semua.

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 14 September 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);