browser icon
You are using an insecure version of your web browser. Please update your browser!
Using an outdated browser makes your computer unsafe. For a safer, faster, more enjoyable user experience, please update your browser today or try a newer browser.

UMNO-PAS : Bersatu Tidak Semestinya Bergabung

Posted by on September 23, 2013

(Respon kepada pendirian terbuka UMNO bersatu dengan PAS & Usul Ulama Pas terhadap kajian Tahaluf Siyasi dalam Pakatan Rakyat)

Sebelum pergi jauh mari kita perhatikan. Apakah warna baju rasmi MCA, GERAKAN dan DAP? Ianya berwarna putih. Mengapa parti-parti Cina atau majoriti Cina memilih warna putih? Bukan masalah warna putih tetapi itulah petunjuk mereka BERSATU DALAM SENYAP.

Jarang-jarang kita melihat pertembungan di antara DAP, Gerakan dan MCA jika berbicara soal kaum Cina. Seia, sekata, sehati, sejiwa. Tidak kira parti kerajaan atau pembangkang, MCA pertahan Cina, DAP juga pertahan Cina.

Berlainan sungguh dengan pendirian parti kita orang Melayu. Perbezaan parti dilihat sangat menuntut untuk PERBEZAAN dan KETIDAKSAMAAN.

Semuanya serba salah.

Saya fikir penyatuan UMNO-PAS tidak dapat dilaksanakan buat masa terdekat. Terlalu banyak masalah dan halangan yang perlu ditempuh oleh kedua-dua parti.

UMNO melalui TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat UMNO secara terbuka untuk bersama-sama dengan Pas. Tetapi selalu yang kita dengar Pas akan mempelekehkan Umno dengan mengatakan ; “Dah lemah baru nak bergabung.” Hakikatnya, UMNO ada 88 kerusi parlimen berbanding PAS yang hanya ada 21 kerusi. Siapa yang lemah sebenarnya?

Saya fikir itu benar. Orang Melayu kalau tidak bersatu bangsa-bangsa lain naik tocang. Bangsa Melayu, bila sudah lemah mulalah mencari sokongan Bukan Melayu untuk bertambah kuat. Balasannya, untuk mendapatkan sokongan Bukan Melayu, parti Melayu perlu menyokong ideologi orang Bukan Melayu. Kerana itulah bangsa Melayu menjadi lemah dan agama kita dipermainkan sesuka hati oleh orang Bukan Islam. Ini mengancam survival Melayu Islam.

Parti Melayu Islam yang mendapat sokongan Bukan Islam apabila tersepit, mulalah mempertahankan tindakan menghina Islam oleh rakan mereka atau untuk kelihatan selamat – senyap tak perlu kata apa-apa.

Pas sudah semakin melalut semenjak berkawan dengan DAP dan PKR. Perjuangannya sudah kurang ke atas Islam walaupun masih berserban dan berjubah. Mereka kini lebih suka berbicara tentang ekonomi, nilai ringgit, harga minyak, heret motor, harga kereta, dan turun ramai-ramai berdemonstrasi. Apabila timbul isu berkaitan Islam, mereka seolah-olah lupa dan tak berbuat apa-apa malah mempertahankan pula tuntutan agama lain. Timbullah dalil-dalil yang dilihat memberi kelebihan kepada hujah-hujah mereka. Astaghfirullah.

Daripada idea Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Nampakkah mesej tersirat?

Walaupun Pas nampak kuat, tetapi bagi saya itu bukan kekuatan sebenar. Semua itu bersyarat dan Pas kadang kala perlu mengadaikan prinsipnya. Baru sahaja Dewan Ulama mereka membuat usul mengkaji semula Tahaluf Siyasi bersama PKR dan DAP sudah ditolak oleh pucuk pimpinan parti. Formula asas, Pas keluar Pakatan Rakyat, mereka akan kalah.

Saya pernah mendengar komen rakan dari Pas berkata ; “Bila Ulama’ bercakap nanti kata Ulama’ bising”. Makna kata, golongan Ulama’ adalah majoriti dalam senyap.

BERSATU TAK SEMESTINYA BERGABUNG

Saya mahu mengulangi pendapat saya bahawa Pas dan Umno mungkin tidak akan bersatu dalam masa terdekat. Faktor-faktor semasa tidak menjurus ke arah itu. Melainkan ada Factor-X yang tiba-tiba hadir untuk menyatukan bangsa Melayu Islam.

Banyak isu yang melibatkan agama tetapi Melayu Islam masih tidak boleh bersatu malah bertambah berpecah. Makna kata, isu-isu ini bukan Factor-X.

Apa yang boleh dibuat ialah Umno dan Pas perlu menyamakan prinsip mereka walaupun tidak bergabung parti. Sekarang berlaku, jika UMNO pertahan Melayu, PAS mempertikai. UMNO pertahan Islam (kalimah Allah), PAS anggap tidak menguntungkan mereka. UMNO tolak Komunis, PAS pertahan Komunis. UMNO promosi Jalur Gemilang, konco PAS nak tukar bendera.

Orang Melayu begitu khuatir tentang perkara ini. Dulu tidak begini, walaupun ada perbezaan pendapat di antara UMNO dan PAS dalam persimpangan ideologi Melayu-Islam, kini isu sudah melarat kepada isu yang lebih menguntungkan orang Bukan Islam. PAS sudah dilihat lebih membela orang Bukan Melayu-Islam yang banyak menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang lalu. Paling tidak dilupakan, tindakan Khalid Samad (MP Shah Alam-PAS) dan beberapa pemimpin Anwarinas Pas menyokong secara terbuka penggunaan kalimah Allah dalam agama Kristian. Saya yakin ramai di kalangan Pas tidak bersetuju, namun apakan daya, banyak bercakap hilanglah undi orang Kristian.

PAS & UMNO tidak perlu dibubar. Cuma yang diperlukan adalah persefahaman dari segi prinsip perjuangan Melayu Islam. Saya sudah jelek dengan alasan “Melayu Bukan Islam”. “Kenapa Perjuangkan Bangsa?”. Hakikatnya, hampir semua ahli Pas yang katanya pejuang Islam itu adalah MELAYU. Dan ramai di antara mereka mendapat nikmat daripada agenda Melayu & Bumiputera.

DAP & PKR akan kecut perut dengan situasi UMNO-PAS ini. Kerana mereka akan kehilangan pasukan ‘tentera’ yang besar yang boleh diperalatkan bagi memenuhi kehendak mereka.

LEBIH MULIA PAS BERJUANG SENDIRIAN. KERANA MEREKA BERGABUNG PUN, KERUSI YANG MENANG PUN TAK BERTAMBAH JUGA. MALAH SEMAKIN KURANG.

Fikir-fikirkan..

Jamalie_Jam @ jamalrafaie.com
45700 Bukit Rotan, 22 September 2013.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

} window.setInterval("cycle1()",10000);